gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
UPDATE: AYAH
Reflected by Vagg© on Friday, July 23, 2010 at 8:53 AMok, update. tapi panjang. sebab takde gambo pape. no time to upload any pics. kat kampung, thank God ada broadband. tengkiu celcom. dan kalo ada typo, abaikan je la.. pandai-pandai la ganti ngan perkataan sesuai heh. aku malas nak check.
- 7 julai 2010- ayah bagitau dia jatuh bilik air. pitam katanya. rasa tak sedap ati dah. ajak pi klinik dia cakap badan lenguh-lenguh sebab jatuh je kot. so aku tunggu. sebab sebelum ni dia pernah jatuh, so biasa la rasa lenguh-lenguh tu. tak expect la dia jadi letih tak bermaya sebab benda lain.
- naik tingkat atas (rumah 2 tingkat, bilik ayah atas, aku bawah).. tengok 1 plastik kulit durian. Ya Allah ayah.. kenapa ikut sangat selera tu. speechless. maybe salah aku gak sebab tak alert sibuk sangat dengan Afi, lagipun musim durian skang so bila terbau durian aku tak expect la datang dari rumah aku pun, ingatkan dari rumah jiran. sejak dah ada Afi, aku tak sempat nak naik jenguk atas slalu. kekadang kalo naik pun amik baju-baju kotor nak basuh.
- 8 julai 2010- plan nak bawak ayah pegi klinik, dia nak rehat je. so beli multivitamin lagi dengan harapan dia makin sihat.
- 9 Julai 2010- pagi jumaat. tengok ayah bila bercakap macam tak dapat nak bukak mulut elok-elok. risau gile, dalam pale bimbang dia kena stroke. trus bagitau kakngah.
- kakngah, abang faizul dan family sampai. bawak ayah ke hospital trus even ayah takmo. bawak je hospital, dia punya diabetes BEYOND READING. reading paling tinggi tahap gula/glucose dalam darah 33, tapi ayah punya lagi tinggi dari tuh. keadaan jantung pun tak ok. immediately admitted.
- kakngah dan abang faizul terpaksa balik since abang faizul kena handle program kat skolah esoknya. malam tu sedih gile takde sape tunggu ayah kat ward. aku plak ada Afi dan mama yang kena dijaga kat rumah. Gabanz plak kat KB.
- Gabanz decide dari KB trus balik KT 2-3 hari esoknya. nak tunggu ayah kat ward. so dia tak balik KL lagi. lega.
- 11 julai 2010- glucose reading ayah ok sket, turun ke 22. tapi since wad penuh, doc cakap dah leh discharge. aku pun ok je la since aku rasa kalo dia kat wad skalipun, ngan keadaan wad yang crowded, yang sakit lagi tambah sakit. huhuh. tambah lagi ngan keadaan ayah kena jalan berpimpin, takkan nak expect nurse jaga 24 jam kan. oleh sebab hari sebelumnya dah buat sume rawatan penting, aku ok je la dia discharge dah walaupun belum sihat sepenuhnya pun.
- ayah cam confuse dan mamai bila dah balik rumah. “sape bawak ayah pegi hospital?” soalan yang sangat menyedihkan hati aku. dan banyak lagi la yang ayah jadi tak ingat, contoh: anak kakngah brape orang.. anak aku brape orang. time taip nih rasa sedih gilos huhuh. tapi aku dah tau awal-awal tuh keadaan normal bagi pesakit yang paras gula dalam darah terlalu tinggi, leh bagi kesan pada fikiran dia. once dah reda paras gula tuh, akan ok balik.
- 12 julai 2010- kakngah amik cuti dan datang temankan jaga ayah, gabanz pun dah kena balik KL dulu settlekan sume keja dan amik keja untuk dateline baru. 15hb balik sini smula. so aku lega sket kakngah ada sama. sebab setabah-tabah aku selama ni, hati aku tersentuh gila bila dengar ayah cakap “ayah ni entah umur panjang ke tak entah..” sebab sebelum ni dia takpernah sebut camtuh.. yang slalu sebut.. “umur ayah ni panjang..”
- 13 julai 2010- kami decide bawak ayah balik ke kampung, Dungun. rumah arwah mak. senang kat sana ramai sedara kalo jadi pape senang nak mintak tolong. petang abang faizul datang ambik, bawak ayah dan mama. satu kereta. aku plak drive bawak kakngah dan Afi. Afi sayang, baik anak ibu sebab tak meragam dalam keta. 1st time jalan long distance.
- 15 julai. Gabanz balik. happy. orang tersayang ada bersama, so jadi lebih kuat. macam minum milo muahaha. da, 15 julai jugak, BIRTHDAY AYAH. happy birthday, ayah. masa peluk cium ayah, aku mintak maaf semua salah silap aku. dia jawab, “ya ayah maaf semua. nanti buat salah, mintak maaf buat lagi.hahahaah (dia gelak)” hahaha laser gile kan? aku tau dia tengah mamai macam tu, kalo tak sebelum ni anak-anak buat salah pun dia takde cakap laser gitu. ayah seorang ayah yang penyabar gile. tapi kalo sesekali (pertama kali) dia cakap gitu, elok gak untuk anak macam aku ni. time turun dapur, tengok mata kakngah merah. malas nak tanya lah. skang nih semua ada emosi sendiri, yang penting kita paham-paham sendiri je dah.
- icad demam. sian kakngah. note: irfan ngan imran kakngah tinggal kat abang faizul kat rumah dia sana. icad dan adib plak tinggal kat kaksom, pengasuh diorang. so selama 3 hari kakngah sama-sama jaga ayah, dia tinggalkan anak-anak dia. thanks to her.
- ramai gak yang datang lawat ayah, tapi dia memang nampak tak larat dan macam biasa, masih confuse dan mamai.
- petang 15 hb, kakngah balik rumah dia. aku pun memang nak suruh dia balik, kesian gak tinggal rumah lelama ngan anak plak demam. aku ok dah since gabanz pun ada sama.
- 18 julai 2010- gabanz balik KL malamnya. petang tuh aku dah siap-siap masak pape yang patut, simpan dalam fridge, senang esok panaskan je. ngan Afi yang kekadang susah nak letak bawah lelama, kena buat gitula.
- ayah dah nampak makin sihat, tapi aku tak kasi dia keluar memana lagi. tau dia pun boring, tapi nak buat cemana. kena sehat bebetul dulu.
- ingatan ayah pun dah makin ok, dah ingat balik cucu-cucu dia brapa orang etc.
- tapi paras glucose ayah masih tak stabil, kena monitor gile-gile.
- memula aku ada gak rasa cam hectic gile kena urus itu ini. ngan mama yang alzheimer (ala-ala nyanyuk gitu, ke bukan ala-ala dah? memang? whatever..) tapi memang pening jugak la bila hari-hari dia duk tanya ayah “bila nak balik KT?”. member belum sempat nak rehat, baru nak lelap tidur dah terbangun kena kejut tanya soalan sama. tapi masalahnya kalo balik KT skalipun, hari-hari tuh gak soalan yang dia tanya. ahaahah. so dah 2 tahun lebih dengar soalan sama, aku dah lali dah. hahaah. cuma bila banyak kali dia ganggu ayah, boleh mendatangkan amarah di hati gua jugak la. berbalik pada rasa penat gile urus itu ini, pikir balik, tengok balik keadaan orang yang ada ahli keluarga kurang upaya, nak kena jaga ayah mak yang sakit teruk, ngan anak-anak tak sihat, kehidupan tak menentu mana, aku rasa aku lagi beruntung sebab at least.. aku ada kekuatan dengan orang-orang tersayang sekeliling aku. so this is a test, a challenge given by him. i’ll definitely take it.
- memang la dalam pale pening pikir dah 3 minggu tak kerja so no work no pay. pikir pasal study yang dah 2 kuliah aku skip. tapi aku rasa ada benda yang lebih penting aku kena tumpu buat masa ni. biar sume dah reda dulu, dah ok balik. ada timenya, bila kita berada bersama dengan insan tersayang yang memerlukan kita sedangkan kita sepatutnya berada di tempat yang lebih boleh menyenangkan kita.. bersama yang memerlukan kita tuh lebih memuaskan ati.
- thanks to ady, misty, farihah for all your supports.thanks to all the messages kat FB, EMAIL as well as at nini3posen.com. kalo ada nama yang aku tak sebut, sori sebab lupa dan takleh nak pikir panjang nih. banyak benda nak pikir dalam pale.
- take care all. see u.
Reader's Comments
Blog ini adalah blog personal, bukan blog orang ramai. Motip??? Hahaha.






malam kang aku call. standby…
tak call pong hahaha
vagg, seirus aku tertinggal ketapi ni. ya Allah…terkejut aku baca kronologi ayah ko ni.
aku doakan korang saekeluarga tabah ye.
tq intan, insyaALLAH
sedih bc n3 vagg..xpelah vagg anggap ujian yer..xper berssh pyh untuk mama n ayah..ade ganjarannya…mgkin ni time ayah vagg mana tau nnti bila time vagg anak akan jg kita mcm kita jg parents kita dulu..sabar yer..take care ok..
insyaALLAH, hanim. u tkcare too
Sabar vagg..
Moga ko terus menjadi anak yg tabah n sabar..dan insyaallah balasan baik yg pasti ko terima sebab menjaga kedua org tua ko dengan penuh kasih sayang..dan aku yakin, ko seorg anak yg teramat baik utk parents ko..
Aku doakan dari jauh..moga ayah sihat seperti biasa dan semoga ko sentiasa tenang & sabar…
Amin
amin, tq mandots
kuatkn semangat demi ayah tercinta!!
smoga ayah kembali sihat.
kak enn pun take care jugak tau!
tq mija.. u too