gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
2009- KERJA
Reflected by Vagg© on Wednesday, January 6, 2010 at 8:00 AMDari segi kerja.. 2009 adalah tahun kedua aku jadik Personal Tutor kepada 2 student aku. Adik beradik nih hah. Untuk tahun 2009.. prestasi diorang amat memuaskan hati aku..
1. Si adik, Khairil.. dapat 5A dalam UPSR nya.. yang mana 4 dari 5 subjek tuh subjek yang diberikan tanggungjawab untuk aku ajar.
2. Si abang, Khairul, walaupun hanya dapat 3A dalam PMR.. tapi ketiga-tiga subjek yang dia dapat A tuh adalah semua subjek yang aku ajar.. so aku bersyukur dengan apa yang dia dapat.
Mengimbau balik pasal kerja..
Aku mula kerja sebagai;
1. Guru tadika
-selama hampir 4 tahun.. kerja yang sangat aku suka dan takkan lupakan. Takkan boleh lawan la keja-keja yang lain-lain yang aku penah keja. Wahh.

2006.. lawatan ke Turtle Sanctuary..kanak-kanak ku adalah excited melampau. ni duk diam bila nak amik gambo je. oh ke sebab teacher diorang jegil mata macam mak tiri? wakakakaaka.
2. Guru tuisyen
– nih part time aku buat untuk dapatkan side income aku. Sejak 2004..Ye la time tuh aku start keja ngajar kat tadika dengan hanya starting tak sampai 800.. mana nak bayo sewa rumah, kereta, bagi ayah, duit minyak, duit belanja dapur, bayar yuran Part time Study aku.. mana nak cekau kalo takdek side income?? Aku keja kat tadika dulu ikut office hours.. 8-5 petang. Malam la digunakan untuk buat tuisyen nih.. direct 5 hari keja tuh, memalam buat tuisyen.

motip tetibe ada gambo makanan? hahaha ni mengimbau nih.. antara makanan yang aku pernah angkat time student aku rehat 10-15 minit.. hahaha. aku kasi diorang makan.. aku masuk bilik kebabom lelap jap. abis 10 minit.. cecepat bangun pakai tudung pakai bedak hahahah nak kasi nampak fresh. time tuh sangatle penting walau tido seminit dua.asik tak cukup tido je.. weekend pun pagi ke petang menengguk kat kuliah.
3. Personal assistant
– nih lepas aku resign dari tadika.. resign bukan sebab aku tak suka ngajo kat tadika tuh.. tapi sebab aku fikir untuk cari pengalaman lain jugak.. dan untuk memajukan diri aku.. luaskan pengetahuan tengok benda baru. Keja PA nih.. so-so je pada aku hahaha. Mana leh lawan keja lama i.

memula keja baru nih.. idup tak tenteram tiap malam termimpi anak murid lama hahahaa. tiap kali mimpi.. bangun nangeh teresak-esak. haha sabo je la.
4. Project Officer.
-Tak lama keja.. promoted, dapat jawatan tuh. Sangat tak boleh blahhhhh. Walaupun bos cakap performance keja aku dari mula jadik PA sampai la jadik Officer tuh sangat tip top.. tapi aku rasa aku TAKDEK LIFE. Aku tak rasa pape pun orang nak cakap bagus ke tip top ke. Sebab aku rasa cam bebetul takdek life.. huhuh..

Aku tak suka kena pegi sana sini ke site atau attend meeting, forum atau pape untuk gantikan bos.. kat ofis plak ngan sebeban masalah itu ini nak kena handle.. aku tercari-cari life lama aku. Aku perform bersungguh dalam keja.. tapi aku takdapat kepuasan dalam diri aku walopon aku dapat memuaskan hati bos. Padahal masa jadik officer nih.. kul 5 lebih dah balik.. malam dah leh rilek takyah pikir nak carik side income dah. Tapi time tuh.. nak buat assignment untuk study aku pun aku takleh nak buat. Sebab otak gile letih.

Sedangkan masa keja lama.. kul 10 lebih baru abis ngajo pun aku masih BERSEMANGAT WAJA sambung buat assignment plak. Padahal dah seharian keja tuh hahaaha.

5. Penganggur haha
Pikir punya pikir… aku tau le nape keja jadik cikgu sebelum tuh walau dah seharian di tadika, malam plak ngajo tuisyen, lepas tuh sambung buat revision untuk part time study aku.. weekend lak 8-6 petang menengguk duduk attend kuliah kat uitm.. kiranya 7 hari seminggu aku tuh penuh je.. tapi aku takde rasa letih SELETIH KEJA JADIK P.A DAN OFFICER. Sebabnya.. keja jadik cikgu tuh keja yang aku suka.. lama mana pun aku tak rasa pressure.. tak stress.. sebab aku suka keja tuh.

Keja P.A..officer..orang cakap gaji best pun.. aku rasa cam biasa je.. lagi banyak kuor duit ada.. ye la duduk lagi jauh dari sebelum nih. Kena pikir nak ulang alik balik weekend lagi.. ulang alik ke kuliah lagi. Maybe pada orang lain.. keja tuh rileks je berbanding keja kat tadika dulu.. kekadang leh duk goyang kaki je buat keja tanpa perlu aku pening pale handle perangai budak-budak.. tapi still aku rasa life aku TAK BERMAKNA.
Sebab? Benda tu tak sesuai ngan jiwa aku. So, campur ngan niat aku nak balik KT jaga ayah mama hape sume.. aku GAMBLE je.. resign kat company lama tuh.. balik KT sebagai seorang PENGANGGUR. Takdek back-up plan langsung. Sebenonya ada, tapi takde le serius sangat. Wakakakaa. Takat berpegang pada motto.. REZEKI ADA DI MANA-MANA.. yang penting gua akan jadik cikgu semula haha.

6. Cikgu tadika balik.
- Pas 2 minggu jadik PENGANGGUR.. aku dapat keja jadik cikgu tadika kat satu pre-school institution yang langsung TAK LAYAK jadik pelindung kanak-kanak. Malas nak cite panjang.. kalo nak baca.. korang leh baca kat sini, vo.1, vol.2, vol.3, vol.4 dan vol.5. Haha. Yang pasti.. AKU KEJA SEHARI JE. Pastuh aku blah. Tak koser aku nak ngadap muka bos mental tu lagik.
7. Personal tutor
Pastuh jadik penganggur lagik.. 2minggu.. tak lama rezeki datang, lepas aku iklankan sesapa yang nak anto anak untuk aku ajo tuisyen.. silakan. Masa tu aku buat 2 pakej.. satu untuk group nyer tutoring.. lagi satu untuk personal nyer tutoring. Rezeki menyebelahi tang personal nyer tutoring.. ada satu family nih nak aku jadik personal tutor anak-anaknya. So sejak tuh.. hidup anak-anak tuh tak tenteram dengan kehadiran cikgu barunya yang GARANG MACAM MUSANG DAN SINGA JADIAN. Wakakakaka.
Itulah keja aku hingga sekarang.. masuk 2010 ni genap tahun ketiga la aku ngajo diorang. Aku akui.. keja skang ni sangat ENJOY.. sebab aku just keja 1 ½ jam je sehari, 5 hari seminggu.. tapi payment yang aku dapat, ALHAMDULILLAH.. lebih berganda dari yang sebelum ni.. dan masa untuk diri aku dan family jugak lebih berganda dari yang sebelum nih. Pentingnya.. ayah dapat tengok aku tiap-tiap hari. Dulu masa aku duk jauh.. sebolehnya dia asik je nak datang jumpa anak dia yang dapat jumpa time weekend je nih. So skang dah duk depan mata dia.. aku lega..

Keja skang nih.. bukan payment ye yang jadik isunya.. ini bukan kes ehhh aku dapat payment best ooo.. koser okey aku nak bragging padahal benda yang orang lain lagi best dari aku. Berlambak yang buat freelance tuisyen macam ni.. dapat berpuluh riban sebulan pun tak kecoh. Aku ada setakat yang aku buat je la.. idokle mewah pun, kalo nak cakap mewah.. kitorang dah beli barang-barang baby yang baju je sepasang dah RM100.. haahahah.. tapi nih.. lagi jumpa yang murah.. lagi tuh la nak cari yang murah.
Apa yang aku nak cakap.. zaman keja tadika dulu la paling banyak mengajar aku erti hidup, erti betapa besarnya 1sen tu.. compare ngan kudrat kita nih..

Syukur TUHAN bagi kesenangan hasil dari kesusahan aku sebelum nih. Syukur TUHAN bagi semula masa-masa yang aku pernah hampir takde untuk aku dan family dengan keja skang nih. Kalo aku masih keja dari pagi ke malam macam dulu, mungkin ayah ngan mama sedikit terabai dah, sebab dulu, masa untuk aku sendiri pun takde.. apatah lagi masa untuk orang lain.
Cakap pasal SESAKnya aku dulu.. zaman berhempas pulas cari duit untuk bayo itu ini dan untuk cita-cita aku sambung study.. pernah time takdek duit.. puas aku korek tabung semata-mata nak cukupkan duit untuk DUIT MINYAK aku ulang-alik ke uitm time weekend nak attend kuliah. Kadang duit cukup-cukup RM30 je untuk duit minyak pergi balik attend 2 hari kelas.. pastuh nak balik dari Dungun ke Kerteh pagi esoknya. Dah sampai Kerteh.. tanda aras minyak dah sampai ke ‘E’. Nak nangis pon ada kekadang.

Sambung plak berpikir cemana nak cari duit lagik. Gaji lagi seminggu bla bla bla..
mana nak cekau duit minyak??????
nak balik kampung
nak gi kuliah next week????
Time tuh le kalo terjumpa duit aku yang terselit memana RM10 ke.. kekadang pernah gak jumpa RM50 yang aku lupa aku penah selitkan kat memana.. rasa bersyukur gileeeeeeeeee.. bahagia gile rasa.
Bab makan.. time ada duit tu boleh la beli yang mewah sket.. masak itu ini. Time kering tuh.. pepandai le ko sarap ngan biskut.. nasik lauk ikan kering je pun dah cukup best. Tapi kurus tetap idokk wakakakakakaaka.
Tapi masa tuh susah sorang-sorang la. Nama nak mintak duit kat ayah.. idokle. Dah tiap bulan aku bagi dia duit walopon tak banyak.. ape kes aku nak mintak plak kan? Haha. Nama nak cite kat kakak-kakak aku tang kesusahan tuh.. maleh la gua. Bukan susah sampai nak mati lagi pun nye. Dan aku yakin.. kalo aku susah.. ramai yang lagi susah dari aku.

Dulu kengkawan kat tempat keja kat tadika tuh.. kalo time aku DEMAM.. diorang happy je. Ahahaha mencik. Tau nape? Sebab kata diorang.. TIME TUH LE KO NAK REHAT.. KALO TAK.. KEEEEEEEEEEEEEJA JE 24 JAM. STUDY JE 24 JAM. CARI LA MASA NAK REHAT. NI ELOK SANGAT KO DEMAM. Statement baek punye kejam.. tapi aku tau la diorang amik berat. Macehhh.. muahh!
So skang nih.. bila diberikan kesenangan yang mungkin pada orang lain SEDIKIT je.. tapi pada aku CUKUP BANYAK dah (supaya aku sentiasa ingat setiap pemberianNYA).. aku rasa semua nih adalah hasil kesabaran dan kesusahan sebelum nih. ALHAMDULILLAH.
dan aku tau.. mesti ada antara korang yang mengalami benda yang sama dalam hidup nih.. maksud aku.. dapat belajar erti susahnya hidup nih.. sebelum dapat bersenang walau sikit je pun..
Target aku lepas nih.. lepas je aku abis study.. aku perabiskan ngajar budak-budak nih (maybe sampai si Khairil nih Form 5- kalo parent dia nak lagi khidmat aku).. lepas tuh kalo modal masih tak cukup.. aku makan gaji setahun dua.. pastuh proceed ngan cita-cita besarku.
Apekah ia????

Mestila nak bukak TADIKA sendiri kan..

Dari kecik, okey.. cita-cita aku nih. Tak sangka plak bila dah beso, aku memang still stick ngan cita-cita nih. Memang jiwa aku ngan budak-budak ah. Handle remaja atau orang dewasa kekadang boleh buat aku pressure gile. Tapi ngan budak-budak.. rasa tenteram aman je jiwa. Walaupun orang lain tak rasa boleh handle berpuluh ratus budak.. tapi aku boleh je.. insyaALLAH.
Yang penting, minat.
Kalo ko takde minat.. ko buat le cemana pun.. keikhlasan menghadapi tu takkan datang sepenuhnya.
Doakan le semoga aku dapat apa yang aku cita-citakan.
…dan aku tau.. untuk mencapai cita-cita aku yang satu nih.. tentunya banyak lagi KESUSAHAN yang bakal aku hadapi nanti. Takpelah.. kalo senang sangat hidup nih.. tetibe ko dapat dah SEBIJIK TADIKA SENDIRI.. apa la sangat yang aku nak hargai nanti kan?
Untuk suami, ayah, kakak-kakak dan kawan-kawan yang sentiasa support gua sampai ke habis… mekasih tersangat.
==================
di kala kita dah senang.. pandanglah kembali saat-saat kita bersusah dalam hidup. pandanglah kembali saat-saat kita terasa terlalu banyak kekurangan yang kita perlu capai..
sebab kalo tak.. kita takkan sedar maksud sebenar mak-mak kita cakap dulu..
“HENGAT MAK COP DUIT?? HENGAT SENANG NAK DAPATKAN WALAU SINGGIT TU?”
Reader's Comments
Blog ini adalah blog personal, bukan blog orang ramai. Motip??? Hahaha.








Kak enn bukak la tadika cawangan kat kuantan satu! Kompem chik gi anto anak kat situ!
ahahahahaa chik pindah le Dungun. plannya nanti nak balik bermastautin kat sana. hehe
vagg…pengalaman mengajar kita erti kedewasaan…semoga ko cekal menghadapi masa2 yg akan dtg…
setiap hari adalah pengalaman
I think you should open yr own kindy!
20 years ago, in 1989, masa mula2 keje kat this current audit firm, I was in charge of this client and help her open her 1st childcare centre. becoz she didnt have any experience, so I also help her – went to her centre, arrange furniture, buatkan brochures, answer parents’ queries, etc. Lagipun, she is my boss’ friend, so he didnt mind me helping her.
And now 20+ years later, her company is 1 of the biggest group of childcare centres with over 30 centres all over Singapore and expansion in Malaysia, Indonesia etc!
So, since you already have the experience, you should venture if you have the means! I am so very sure yours will be a good one!
bestnya huhuhu..
insyaALLAH n thanks kak ann
tu jer I nak kata ….
auwwwwwwwww
harap cita2 akak bukak tadika success hendaknya..
psttt, sy nk kije ngn akak leh? tak pun jd share partner ke?
take care
ahahaha nak kije ngan gua plak.
kan ke ayah lu pun bukak tadika.
elehsss.
asal ko hepi dengan keje yang ko buat…tu dah cukup memadai dan memuaskan hati. And aku berdoa agar impian ko nak bukak tadika berjaya…Insyaallah
insyaALLAH.. tenkius hehe