gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
TAKMO PEGI SETOLAH KINAPEEEE? – TIPS nak handle (part 2 dah)
Reflected by Vagg© on Friday, January 1, 2010 at 8:52 AMOkey sambungan.. dari entry semalam, part 1.
6. Motivation dari benda/
individu yang diorang suka.
Kanak-kanak nih kan cepat terpengaruh. Kekadang kalo suka something, atau suka seseorang, apa je yang berkaitan ngan orang tuh, sure dia nak tiru kan? So inilah peluang yang parents boleh ambik untuk buatkan diorang suka ke sekolah, dengan bantuan benda/indvidu yang aku sebutkan tadi nih.

Contoh;
- Anak korang suka gile ngan sepupu dia yang darjah 6 tuh.. takpun tak kira la beso mana orang yang dia suka tuh. Even datuk dia sendiripun.. kalo dah jadik IDOLA diorang.. mintakla bantuan diorang untuk membantu menggalakkan anak korang gi skolah. Cara dia, sure korang tau kan? Suruh la diorang kasi baek punye ayat kat anak korang.. biar berSINAR-SINAR mata diorang nak buat apa yang IDOLA diorang tuh suruh.
- Korang gak boleh menambah sedapkan cerita (bukan nak menipu ye, tapi nak galakkan diorang suka ke sekolah) tentang IDOLA diorang nih. “KAK NANA tuh kan kak… dia skolah slaluuuuu dapat nombor yang bagus-bagus. sebab dari kecik dia memang suka pegi skolah. Takde nangeh-nangeh pun. Kalo nak nangeh pun hari mula-mula je.. lepas tuh dah ok dah. Dia suuuuuuuuuuuuuke sangat gi skolah tau kak? Kakak takmo jadik cam dia ke?”
- Buku cerita tentang cartoon character yang diorang suka. Yang cite pasal pegi ke skolah. Ataupun VCD, rancangan kartun kat TV.. yang cite pasal cartoon characters tuh pegi skolah. Ada sesetengah budak, bila diorang tengok POOH, DORA , MICKEY MINNIE MOUSE pegi skolah.. oh tetibe nak pegi skolah samaaaa. Wahhh.Hari-hari duk tayang CD Dora Goes to School kat anak korang yang gile Dora.. lelama hilang le jugak serba sikit keras ati dia.. mana tau tetibe je kuar statement.. AI PONG NAK JADIK CAM DORA JUGAKKKKKKKKKKKK…PIGI SETOLAHH.. ekekeke.



Selain kasi diorang layan sendiri CD.. mak mak ayah ayah mainkan la peranan jugak.. baca sendiri buku cite yang ada, yang berkaitan tentang sekolah. Biar anak-anak korang dengar.
*Aku takkan terima okey, alasan dari parent yang cakap TAK RETI NAK BACAKAN CERITA.. TAKDE BAKAT LA.. bla bla. Korang tak cuba cemana nak reti? Pastuh nak pulak suruh anak cuba pegi skolah, kalo dia jawab TAK RETI jugak… ada best tak rasa? So sendili mau ingat.. kalo kita nak anak cuba something.. kita pun kena cuba something yang kita lom penah cuba dan sebelum nih tak yakin kita mampu buat.

Cite gak pengalaman korang zaman-zaman dulu (toksah le plak cite pasal korang pun kena kejar keliling rumah sebab takmo pegi skolah ahhahahaa not gooooooooooooodddd.. ya, buat masa skang lom elok lagi nak cite benda-benda tuh, diorang lom reti pikir lagi. silap aribulan, samakan je ngan diorang nyer style, MAK TAKMO PEGI SKOLAH, SO SAYE PONG TAKMO JUGEK! Haaa hamik ko. Ilang le nak suruh anak pegi skolah.)
So, sila cerita benda-benda POSITIF je kat diorang. Masa bercerita tuh.. bukan je leh buat anak korang berfikir.. tapi jugak bantu diorang gunakan imaginasi diorang, which is good for their mind development.

7. Teacher’s (s’) cooperation.
Kerjasama cikgu juga penting. Biasanya cikgu yang dah berpengalaman akan tahu cemana nak handle anak-anak nih. Diorang tengok pun dah tau budak nih jenis cemana. Biasanya cikgu yang bebetul ikhlas nak ngajar anak-anak kecik takkan kisah cemana perangai budak-budak bila nak masuk skolah nih. They will know how to handle them.
Cuma apa yang korang kena bagitau sket-sket info kat cikgu tuh.. bagitau la sket anak korang nih jenis akan cepat terkencing bila takut dan jumpa orang yang diorang lom biasa ke (toksah gelak la.. nih memang pernah berlaku okey… so parents kena bagitau awal-awal so that cikgu tuh leh prepare hahaha.).
Takpun kalo anak korang ada masalah trauma atau fobia yang amat bila jumpa orang yang diorang tak kenal sampai gigil-gigil ke apa ke.. tuh kena bagitau ek. So that the teacher(s) will know how to handle them rightly.

Ada gak cikgu yang bersuara tinggi dan nampak garang… menyebabkan anak-anak takmo pegi skolah disebabkan rasa takut diorang tuh. Ya, ini juga berlaku. Suara cikgu tuh kuat sangat, budak tuh plak ingat cikgu marah dia.. haaa sudah. Takmo gi skolah plak. Eh eh ehhh.. benda nih berlaku, okey.
(Wakaka berlaku kat i plak tuh.
Ohhhh..)
Kisahnya.. suara aku kebetulan la plak memang kuat kan.. ada sorang student aku nih ingat aku marah dia. Sudahnya 2 hari takmo pegi skolah.. last-last aku tau tu bila mak dia bagitau. Laaaaa ahahaha. Tapi esoknya tuh aku tetap suruh dia tinggalkan anak dia kat kelas.. pastuh pepandai la gua approach dia. Zappp.. kejap je dah okey gelak-gelak peluk-peluk I, okey. Hahaha.
So kerjasama dari guru pun penting untuk amik ati anak-anak nih. Diorang nak kena percaya kat kita dulu kan.. so lepas tuh takde la masalahnya. Bila diorang dah rasa mesra.. selamat ngan cikgu… takkan ada lagi kes SCHOOL, I HATE UUUUUUUUUUUUUUUUU. Haha.

8. Parent’s (s’) cooperation.
Nih bila kat skolah ek. 1st or 2nd day still akan diconsider OKAY kalau korang nak temankan anak/ tunggu biar diorang okey dulu. Sebab ada sesetengah budak.. dia akan TERKEJUT bila tetibe mak tinggalkan gitu je tanpa cakap pape. Ada gak yang even terkejut.. tapi boleh adapt dengan situation baru tuh dengan baik, dengan bantuan guru.
So 1st day, kalo korang nak tunggu tuh still boleh. Tapi kalo korang kental.. 1st da.. just tinggalkan je lepas korang kasi KATA-KATA SEMANGAT TERLEBIH DULU. Toksah risau la.. teachers know how to handle your kids. Hmmm.. 2nd day pun boleh lagi la walaupun aku tak galakkan hahaha.

(selingan: zaman aku ngajo dulu.. aku dah remind parents awal-awal.. 1st day je aku benarkan tunggu wakakakaka. Kejam kan? Sampai aku nyer pengetua siap pot pet dalam meeting.. “si Nini nih 2nd day dah jegil mata tak kasi parent tunggu anak diorang.” Hahahahaa. I fedulik hape. Tapi ayat sambungan dia lepas tuh.. “tapi elok dia buat gitu, lagi cepat budak-budak biasakan diri ngan kelas, ngan cikgu dan kawan-kawan. Takkan nak mak ayah teman belajar sama dalam kelas kan? So korang kena ikut si nini nih. Paling lama 2nd day je leh tunggu anak.”)
<<ceyyy konon kembang idung lah bos kutuk-kutuk pastuh puji balik??? takdok maknenya.. apa yang aku buat untuk menyenangkan both parties.. parents tuh dan anak-anak diorang gak. mau ke sampai seminggu ko datang lewat keja atau amik cuti semata-mata nak tunggu anak? sampai bila?? dan anak plak.. lagi cepat diorang leh adapt ngan new environment.. lagi cepat proses pembelajaran tuh.
Kalo la mak ayah asik duk tunggu.. dalam pale diorang nih ada sape? Mak ayah la kan.. padahal diorang nih kat skolah. So sepatutnya dalam pale kena ada cikgu dan kawan-kawan dah.
Oh lupa.. untuk menyenangkan aku sama ye. Haha. Tapi hasilnya sangat bagus.. hari ke-3.. dah leh start ngajo.. kelas lain ada yang masuk 2 minggu baru takdek gangguan, baru leh ngajo. Ngan aku.. cannot.. sometimes i got to be very firm and strict.
Cara aku maybe nampak tak ‘relevan’ bagi sesetengah parent. Tapi.. dari segi keselesaan guru.. parents pun kena ingat. Yang kena mengajar anak-anak ni si cikgu.. so kalo anda di tempat guru, selesakah anda bila anda nak mula handle anak murid.. mula nak pujuk.. nak biasakan diri diorang dengan anda.. nak mula bukak buku cerita bercerita untuk tarik perhatian diorang, TAPI DIPERHATIKAN OLEH PARENTS? Sure rasa tak selesa kan?
Bagi aku.. memang gile punye tak selesa. Please let me handle your kids coz they are mine now. Yes, student adalah milik guru apabila di kelas. Selagi cikgu tuh takde guna kekerasan, violence ke hape ke terhadap kanak-kanak di kelas.. biarkan anak anda dengan cikgu diorang.
Jangan terlalu risau.. jangan terlalu bimbang anak takleh nak adapt with the new situation.
Come on.. semua orang gitu.

Ape purpose anto anak pegi skolah? Nak diorang jadik independent kan? Nak diorang berani kan? So leave them, let them learn something new.. to handle their own emotion, to mix around, to socialize and
you should even let them cry.
Biarkan nak nangis pun.. nanti stopla tuh. Taula cikgu diorang cemana nak handle.. taula diorang diam bila tengok kawan-kawan lain asik main kejar-kejar, cuit-cuit segala. Sila kesian kat anak secara berpada-pada. Masuk second or third day, tinggalkan diorang trus ngan cikgu diorang. Lagi lama korang nunggu dia.. lagi lama dia nak amik masa sukakan skolah diorang tuh.
Please remember that!
So give cooperation to ease the process.

9. Firm and strict approach.
Korang dah gunakan semua soft approach untuk anak tapi lom menjadik jugak?
So this is the time for using the strict and firm approaches. Some kids tend to take advantage on their parents’ leniency. Diorang tau mama diorang leeeeeeeeeeeeemmmmbut sangat. So diorang akan naik kepala.. nanok pegi skolah jugakkkkkkk. Nanokkkkkkkkkkkkkkk.
>>Padahal mama dah tunggang terbalik ikut semua apa yang dia nak. Nak eskem.. okey meh beli. Nak beg skolah Barbie… okey. Nak sikat rambut Barbie supaya bila sikat pagi nak gi skolah tuh nampak cantik.. okey amik. Tapi last-last ko kasi mak korang plak tensi sebab ko takmo masuk gak kat kelas kan, budak? Hahaha.
Hey mum and dad out there,
this is the time to be firm.
You have used the soft approaches but no positive upshot. So skang jadiklah sedikit tegas dan garang.
Maksudkan apa yang korang cakap. Ajar anak untuk tahu tanggungjawab diorang sama dalam memberi dan menerima. Ajar diorang jika kita dah terima something, kita juga harus tau untuk memberi, supaya both parties akan puas hati, akan happy, akan bahagia.

Sama macam parent dah bagi diorang macam-macam, sampai dah masa untuk diorang train diri diorang untuk bagi pulak apa yang parents nak, untuk appreciate kasih sayang parent untuk diorang. Bukan hanya semata-semata menerima. Ajar diorang erti TANGGUNGJAWAB seawal umur diorang nih.
Biarkan diorang rasa takut dengan apa yang kita cakap. BUKAN TAKUT HINGGAKAN BUAT DIORANG JAUHKAN DIRI DARI KITA, tapi takut kerana ketegasan kita. Jangan terlalu berlembut hinggakan merosakkan anak.

Contoh;
- Tunjukkan yang korang serius. Jangan asik duk berlembut manjang, sudahnya nyusahkan korang kan? Apa salahnya bertegas sket. “Kakak, ibu dah bagi apa yang kakak nak. So kakak jugak kena ikut apa yang ibu nak. Ibu tak main-main, ya. Kakak dah besar so kakak kena belajar untuk patuh apa yang ibu dan ayah nak. Sekilah tu penting, so kakak kena pegi. Ikut cakap ayah dan ibu.”
- Atau.. “Abang, kalau kali nih abang tak ikut apa yang abah cakap, abah takkan ikut lagi apa yang abang nak lepas nih. Sebab both of us kena buat masing-masing happy. Abang nak happy, abah buat abang happy. So bila abah nak happy, abang pun kena la bagi abah happy jugak. Kalau kali nih abang degil lagi, abah takkan biarkan dah. Abah takkan lembut-lembut dah. Ingat tau?”
- Sedarkan diorang yang diorang kena tunjuk contoh yang baik pada orang lain. “Daniel, Daniel kena tunjuk kat adik yang Daniel bukan macam dia yang still kecik lagi, asik nangis je. Daniel nak ke kalo Daniel nasihatkan adik suruh buat pape, tapi adik takmo ikut? Suka tak? Sama la macam papa dan mama, bila papa mama suruh Daniel buat pape untuk kebaikan Daniel, Daniel kena ikut jugak.”
- Bagitau diorang, ingatkan diorang yang sikap diorang tuh bukan sikap yang baik dan sebagai parent, korang tak suka dia buat perangai gitu. Sekali dua mungkin boleh dimaafkan.. tapi bukan lebih dari tuh. “Nina.. listen. Esok, ibu dan abah takkan consider dah kalo Nina mengamuk takmo pegi skolah okey. Nina dah 2 hari mengamuk and you yourself know that being like that is definitely not good for everyone. It’s a very bad attitude. Ibu dan abah tak suka Nina buat perangai macam tuh so lepas ni, ibu dan abah takkan pujuk lagi. You have to change it okey. Nina tau kan kalau buat perangai, orang takkan suka kita kan? So kalau nak orang sayang dan suka kita, kita kena tunjuk perangai yang baik.”
- atau.. “Sayang, ko takmo gi skolah? Meh mak kasi penampo sebijik nakk????????? Mak ko dah tensi tahap gajah duduk pastuh berguling dah nihhhh paham??????” (wakakakaak ini hanya selingan kisah RATAPAN SI ANAK TIRI. Jangan ikut plak tips nih hahahha.)

So berbalik kepada bertegas nih.. ini adalah penting jika soft approach dah tak jalan. Yes parent kena berlembut ngan anak coz jiwa diorang lembut. Tapi semua nih bergantung pada keadaan. Jika anak reluctant nak ikut apa yang kita suruh SELEPAS DAH PUAS KITA BERLEMBUT, tiba masa untuk kita bertegas plak. Biasa dengar kan.. dalam lembut, harus ada tegas dalam mendidik anak-anak nih. So kena ingat tuh.
Jangan biarkan anak yang mengawal kita.. kita yang harus mengawal diorang dalam membentuk diorang.
Kalo korang nak ikut kehendak anak takmo pegi skolah, sampai bila? Sampai ke sudah ke nak layan kehendak diorang.. takmo pegi? Takpun nak suruh tunggu kat kelas manjang. Korang pun sure kena keja kan? So kekadang, untuk ajar anak jadi kuat.. kita sendiri kena KUAT SEMANGAT untuk bertegas dan tinggalkan je diorang kat kelas walaupun rasa kesian gile bila dengar diorang nangis.

Ye aku paham.. mak ayah mana tak sayu nak tinggal anak.. dan tak sayu bila dengar anak menangis kan?
Tapi pikir jugak dari segi lain..
Kita nak anak independent.. nak anak kuat.. nak anak boleh hadapi apa je situasi di sekolah..
So kita kena la berkorban sket.. bertegas dan jangan bagi muka dah kat anak-anak. Kita dah mulakan dengan cara lembut .. so tibalah masa untuk gunakan plak cara yang keras dan tegas plak.
- Lepas dah bertegas apa sume.. bila anak dah okey kat skolah.. approach diorang smula dan bagitau kenapa kita bertegas dan marah diorang. Remind diorang yang kita buat gitu bukan sebab benci atau tak sayang. Bagitau betapa bermaknanya diorang kat kita.. dan jangan bagi diorang rasa DOWN + rasa tak diperlukan oleh parent dah.

10. School is FUN- 2!
Point last nih sebenarnya penting sangat, ye. Ni related ngan point no. 3 yang aku dah explain semalam. Besides of telling the kids regarding the importance of schooling, the parents as well, have to keep on reminding their kids how fun the school is. Nih aku ada selitkan dah sebelum nih.. cite pasal apa yang ada kat skolah selain belajar.

BONUS ye untuk korang yang hantar anak ke kindie yang cukup menitikberatkan tiap segi perkembangan anak-anak. Bukan setakat belajar je.
Every kindergarten should actually focus on ways of developing children not only academically, but emotionally, physically and psychologically as well. So carilah kindie yang menitikberatkan semua nih.

Kanak-kanak bukan untuk diajar supaya BELAJAR, tapi jugak untuk menyanyi, mewarna, melukis, berlakon, bersiar-siar di taman, berlari di padang, berkelah, melawat dunia luar (lawatan. contoh; lawatan ke zoo, tempat-tempat yang leh stimulate diorang punya mind…etc.), memetik bunga, daun, bermain pasir, tengok apa di sebalik kejadian alam, buat kraftangan simple-simple (ikut diorang punya kreativiti), belajar cemana nak buat sesuatu (contoh nak uli doh kuih.. they will enjoy this kinda activity very much!).. bersolat, berinteraksi dengan rakan-rakan selain dari rakan di kelas diorang.. dan macam-macam lagi la.

So tanggungjawab korang untuk pilih tadika/kindie yang menitikberatkan benda-benda nih.Macam kindie yang aku ngajar dulu.. aktiviti wajib – sambut birthday anak-anak murid, aktiviti menyanyi, slot kreativiti/seni, sambutan raya/hari guru/hari kanak-kanak/keagamaan, amali solat, lawatan ke taman haiwan, nature walk, sukan tahunan, konsert akhir tahun, contest-contest untuk kanak-kanak amik bahagian, macam-macam lagikla.

INGAT.. kanak-kanak usia 4-6tahun nih masih di tahap yang diorang takleh dipressure ngan belajar je. Harus ada aktiviti lain yang menyeronokkan. FUN LEARNING adalah penting. Kalo korang tersilap pilih kindie yang mengenepikan benda-benda nih.. cemana anak nak excited lagi pegi skolah esok lusanya? Kan?

So, sebenarnya, awal-awal lagi survey, observe dan pilih la tadika yang ada ciri-ciri yang aku cakapkan tadi. Kalo takde semua pun takpe.. at least ada la 2-3-4 ciri-ciri yang leh buatkan ia menjadi tadika sangat mempraktikkan FUN LEARNING. Bukan ko letak budak 4-5 tahun suruh duk atas kusi dari kul 9-11.. belaaaaaaaaaajo je! Orang dewasa pun muntah, ok. Apetah lagi budak kecik yang masih kurang daya tahan, daya kesabaran dalam diri diorang tuh kan?

So the choice is in your hand.
Dah kompem dah tau semua pasal tadika yang korang nak anto anak-anak korang tuh.. tibalah masanya untuk yakinkan diorang yang tadika nih bukan tempat untuk duduk belajar je.. banyak lagi yang best di sebalik nama S.E.K.O.L.A.H tuh.
=======================================
So itulah saja tips yang terlintas di minda aku.. ekekee kalo ada lagi.. aku tambah le lagi di kemudian hari. Bila? Haaaa itu kita tak tau wakakakaa.
Cumanya aku nak remind korang.. tak semestinya 10 tips aku kasi tuh.. SEMUA AKAN MENJADIK. Ingat tuh.. sebab setiap individu nih berbeza. Cuma yang aku rasa perlu.. mulakan ngan soft approach.. kalo tak menjadi.. barulah guna firm/strict approach. Jangan buat anak rasa DIPAKSA untuk ke sekolah dari awal.. nanti diorang pegi kerana takutkan korang..
That’s why aku suruh praktikkan yang soft approach dulu. Lepas semua dah tak jalan.. dah tiba masanya untuk bertegas sedikit.
Untuk tips-tips selain soft and firm approach tuh.. terpulang la yang mana nak didahulukan dulu. Bergantung pada keadaan, emosi anak, dan emosi korang sekali.

CUMANYA..
Jangan plak sekali try.. tak menjadik.. semudah-mudahnya korang putus asa. Itu tak boleh diterima. Kita nak anak kita jadi kuat semangat, alih-alih kita plak yang cepat putus asa nih apa kes?
So, let the kids learn something from you first. Biar diorang ikut dan belajar betapa kentalnya korang, betapa sabarnya korang, tak putus asa.
dan jangan lupa DOA..
Nih tips dari ustazah Nor Bahyah yang pernah aku baca.. untuk lembutkan hati anak:
Surah Ali Imran ayat 200
As Syuraa ayat 19
Al Hasyri ayat 21Baca ayat-ayat nih.. hembus dalam air.. kasi anak minum. Paling-paling pun.. baca al Fatihah, selawat.. mintak pada ALLAH.. yakinkan diri yang DIA akan kabulkan doa kita.. INSYA ALLAH..
Selamat berjaya untuk korang.. dan jangan lupa google jugak tips-tips lain.. sure banyak lagi selain dari pengetahuan dan pengalaman aku yang terhad nih. Jangan bergantung kat sini je. Usaha dan jangan give up okay.. INSYA ALLAH. Anak-anak adalah anugerah untuk kita.. hargailah diorang dan kawallah mereka sebaiknya…
Reader's Comments
Blog ini adalah blog personal, bukan blog orang ramai. Motip??? Hahaha.











zharif masuk tadika isnin ni..huhu..tips ni sgt penting!!
ahahaha dh msuk tadika ek abg jarip
good luck to him
Anakku,
siap la hangpa semu kalau malas p sekolah, abah suruh baca blog ni..
kalo tak jalan jgk, abah order Cik Nini dtg rumah..
sekali dia jeling, ha.. silap haribulan.. time cuti sekolah pun hangpa berguliM2 p sekolah.. wakakakaka
ahahaah yg xtahan statement last tuh ahaha
usaha jangan give up!! me suka ayat ni..
insyaAllah…
anyway thanks kak vagg…
take care
welcome