gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
BIHUN PUTIH – requested by miza
Reflected by Vagg© on Friday, December 18, 2009 at 9:55 AMSOALAN:
baru pikir nak masak bihun wiken nih buat bekpes. buleh dok aku nak rekues resepi bihun yang bila masak jadik warna putih. tapi tetap rasa perencahnya.
- miza
Submitted on 2009/12/17 at 10:53am
JAWAPAN:
Haaaa nih resipinya. Gigih kan aku..semalam tanya, arinih trus aku buat bihun putih dan snapkan khas untuk entry nih hahahaha (padahal takdek idea nak buat breakfast hape pagi nih.) So Miza.. sila buat weekend nih ye!

Bihun nih lebih kurang ngan bihun dalam entry semalam.. aku taruk daging.
Cumanya aku tambah bilis dalam bahan tumbuk/ kisar untuk kasi lebih rasa perencahnya.Dan aku gunakan batang celery dan cili hiris untuk khasiat tambahan. Heh. Ayat tak agak-agak.

Bahan-bahan (untuk 3-4 orang) :
- bihun secukupnya (aku cakap secukupnya sebab korang kena tengok anggaran sendiri.. kalo korang bertiga.. banyak mana kena guna bihun tuh. ada orang segenggam dua dah cukup.. ada orang tak cukup. so guna anggaran sendiri yo.) - direndam ngan air biasa. bukan air suam/panas.
- 1/2 mangkuk daging dihiris halus. Leh gak nak guna ayam, fishball, chicken ball bla bla bla.
- 4-6 ulas bawang merah ditumbuk
- 3-4 ulas bawang putih ditumbuk
- 1-2 sudu besar bilis direndam dan ditumbuk (takdek bilis, guna udang kering pun okey je, tapi kalo guna udang kering.. 1 sudu besar dah cukup dah. jangan lebih-lebih)
- 1/2 sudu besar cuka makan – optional
- garam dan gula secukupnya
- 1 1/2- 2 cawan air (bergantung pada tahap kekerasan daging tuh. jenis cepat empuk ke tak. kalo jenis lambat, lebihkan jumlah air)
- minyak untuk menumis
* kalo korang perasan.. aku lebihkan jumlah bawang merah/putih, berbanding resipi yang nih. sebab nak kasi lebih rasa rencahnya.. since bihun putih nih kita dah takdek guna dah sos cili ke, kicap ke, cili kisar/cili boh ke. so kena lebihkan bawang sket untuk naikkan rasa rencah tuh.

Cara-cara membuatnya:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah, putih dan cili kisar/cili boh hingga naik bau.
- Masukkan bilis / udang kering yang dah ditumbuk. Biarkan jap..
- Masukkan daging, kacau sebati, biarkan hingga keluar airnya.
- Masukkan air dan cuka. Biarkan daging empuk.
- Once daging dah empuk.. korang tengok.. jumlah air dalam bahan tumisan tuh banyak mana tinggal.. kalo tinggal dah 1/4.. tambahkan lagi sket air biasa. Jadikkan 1/2 dari yang memula sebelum daging empuk. Sebab nanti kita nak kasi bihun tuh plak lembut elok.
- Masukkan garam dan gula.. silakan rasa dulu.. dah elok ke tak rasanya.
- Masukkan bihun.. kecilkan api jap.. kacau sebati.
- Kuatkan sket api.. balik-balikkan bihun tuh kasi dia masak lembut elok. Kalo nampak dah kering, tapi bihun lom elok lembut, masukkan sket lagi air.. kacau sebati.
- Last baru masukkan batang celery dan cili hiris.
- Sedia dihidangkan.

TIPS/ INFO 1:
In case kalo korang dah guna bilis/ udang kering… jumlah garam mestilah dikurangkan daripada biasa. Sebab dua benda nih dah sedia masin, kan?

TIPS/ INFO 2:
Nak kasi rasa pedas sket kat bihun putih plain nih (sebab kita dah tak guna cili kisar atau sos cili).. leh gak kalo korang nak letak LADA HITAM. Aku pun biasa letak kalo buat bihun putih nih. Untuk Miza, since anak-anak ko nak makan gak kan.. budak-budak maybe tak tahan pedas.. kalo ko nak letak gak.. leh la tumbuk takat 2-3 biji je lada hitam tuh. Kasi ada rasa ala-ala je.

TIPS/INFO 3:
Kalo korang perasan resipi-resipi aku.. jarang aku nak letak jumlah garam dan gula yang sepatutnya kita guna. Sebabnya? Citarasa masing-masing lain.. ada yang suka masakan nih masin sikit, manis lebih. Ada yang suka masin lebih, manis kurang.
So aku tak suka kalo aku letak jumlah yang KHUSUS.. orang try.. rasa cam tak menepati citarasa tekak dia. Kang ko komplen.. aku malas nak dengar wakakaakakak. So bab garam gula manis masin masam nih biar tekak sendiri tentukan.
Aku just kasi sukatan untuk bahan lain je secara khusus. Okey?

Itu je la.. untuk MIZA… jangan lupa tempek gambo hasilnya nanti okeyy.. silamat mencoba… ![]()

Reader's Comments
Blog ini adalah blog personal, bukan blog orang ramai. Motip??? Hahaha.






haaaaaaaaaaaaaaaaaa aku kan dah berzaman nak mencarik petua mee hun nih. alkisahnye aku suka gilak makan mee hun yg panjang tuh, soft n smooth gitu la. but everytime mak aku masak die jadik kontot kontot sampai nak makan kene pakai sudu. kalo aku masak plak… die berketu2 melekat to each other but panjang dah ok. sile lah point out apakah teknik kesalahan aku masak mee hun. dha berzaman ok…. mcm tu gak jadik kalo masak.
ehhhh aku salah tepet soklan ke? blog ko ni ade khusus untuk tempat soklan ke? ahhhhh isu nye mee hun jujak kan… hehehhe alebyu mama nini
tertinggal….
FYI, mak aku kalo masak die rendam ngan air panas
kalo aku masak aku dah try few technique… cam tu gak jadinye
1. rendam air biasa semalaman
2. rendam air biasa stenah jam sebelom masak
3, kalo lebihkan air masa masak.. mee hun jadik soggy. me dont loike.
harap mama nini dpt membantu T_T
ok ok noted
nti aku jwb ek pjg lebar. alabiu tu
yahuuuuu…. aku ingat nak masak pagi sabtu. tapi tetiba sok pagi aku ada meeting kul 9. tak sempat la jawabnya. aku cuba gigihkan diri buat hari ahad.
ilebiu la vagg. aku akan sahut cabaran kakak. dia yang rekues nak makan bihun putih nih. biasa masak warna merah atau hitam. dia cakap techer dia masak bihun putih sedap.
ahahaha budak2 mmg jarang yg suka pedas kan.
tp anak2 kakngah aku sgt pelik ok.. diorang rilek je mkn pedas2.
mak ayah plak mmg jenis msk guna cili padi secekak. ohhh
adakah ini adik beradik beehoM singapore? I’m loving it…
tahle bang.. gua pakai buat je. bihun spore pun xtau cemana ahahah
ya la kot.. tgk pada gambau ni.. mee hoon goreng xletak kicap, sos.. tadaaaa..
mungkennn ekekekee