gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
KENAPA NAMA LU MACAM TUH WEYYYYY
Reflected by Vagg© on Wednesday, July 7, 2010 at 9:22 AM*Images credited to inmagine.com.
=========================
Tahun 2002.

Gua baru abis diploma, cuti tunggu nak grad. Boring gile hari-hari mengadap TV, so gua apply jawatan GURU GANTI kat pejabat pendidikan. Rezeki gua, dapatla jadik cikgu ganti kat satu skolah rendah nih.
1st day mengajar.

Gua ada nervous bila tengok cikgu-cikgu situ serius banget. Masuk je bilik guru tuh gua rasa nak keluar balik je. Nak balik rumahhhhhh.. arghhhhhh nak tengok tibi, pelisssssssssssssssss. Padahal gua pun serius jugak. So inilah dipanggil mood mengada-ngada nak nervous tak tentu pasal.

Ok penyelia petang bagi gua schedule mengajar dan bagitau gua jadik cikgu ganti kat sorang cikgu yang tengah dalam pantang bersalin. Automatic gak gua jadik guru kelas untuk gantikan cikgu tuh. Kelas tu nama 3 CERGAS DAN KUAT (sori gua reka, sebab dah lupa nama kelas tuh, yang pasti bukan kelas 3 CEMPEDAK.)
Gua betulkan tudung elok-elok, make sure baju kurung kemas cantik, gua jalan ngan muka selambe gua. Muka selamba gua adalah muka yang serius, orang la cakap. Muka susah nak senyum. So tak jadi satu masalah besar la untuk gua, gua tak perlu nak buat-buat muka serius sebab muka dah memang serius. Cuma gua cakap kat diri gua..
‘budak-budak jangan bagi muka sangat nanti dia naik pale bila cikgu baru over ramah.’

So gua dah berkira-kira takmo jadi mesra darjah sangat unless gua perlu buat macam tu.
Gua sampai ke kelas darjah 3 tuh. Kat tangan gua, gua kepit BUKU KEDATANGAN MURID, sebab macam gua bagitau tadi, gua terpaksa ganti cikgu kelas diorang kan?

‘semua baaaaaaaaaaaaaangun. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssalaaaaaaaaaaaaaaamualaiiiiiikummmm, Cekkkkkkkk gu!’ – sorang budak laki pakai songkok bangun ngan muka sengih-sengih serius mentang-mentang jadik CLASS UMBRELLA (class umbrella=class monitor=nama yang anak jiran gua pernah bagi untuk ketua darjah sampai buatkan gua gelak guling masa gua darjah 2 dulu. Melampau gile kan gua gelak-gelakkan orang, macamla ko pandai sangat kan??????????????.)
‘aaaaaaaaaasssalaaaaaaaaaaaaamualaikum cekkkkkkkgu.’ Bunyi suara soprano sume murid. Gua jawab salam dan suruh duduk sambil pandang muka sorang-sorang. Ada yang senyum-senyum, ada yang cecepat simpan mainan, ada yang betulkan baju masuk dalam seluar, ada yang bisik-bisik kat kawan- EHH CIKGU GANTI CIKGU AZLINA KAN??, ada yang macam-macam la.
Yang pasti muka gua tetap serius banget.
..dan gua dah pesan awal-awal jangan nak bising-bising dalam kelas.

Baru gua nak start GET TO KNOW SESSION, sorang budak yang nampak ala-ala ramah sket cakap, CIKGU, GURU BESAR SURUH BAGI KERTAS IBU-BAPA. Kertas ibu bape hamendekah?? Gua mintak borang yang budak tuh pegang. Oh borang isi maklumat diri pelajar rupanya.
‘oh, nih KERTAS MAKLUMAT DIRI. ok letak kat depan ni, ya.’ Gua kasi arahan ala-ala cikgu kelas diorang. Eceh.

Pastu sume dah anto kecuali sorang budak yang nampak ala-ala gopoh gapah cari benda dalam beg. Gua tunggu je. Tak lama dia datang. Gua ingat lagi rupa budak tuh sket-sket. Pakai songkok kaler itam tapi banyak nampak putih dari itam (gua agak dia main conteng-conteng kapur kat songkok kot, ataupun main baling duster ngan kengkawan so kena songkok, eh macam gua penah main plak benda-benda gitu zaman skolah dulu), suar sedikit senteng, baju skolah sedikit kotor tanda keLASAKan melampau, stok-stok biasa budak skolah nak-nak lagi lelaki kan.. lasak kenmain. Lu tau balik rumah campak baju, mak sental macam nak bertukar jadik gorgon jadian. Eh kenapa gua emo sangat nih?
Ok sambung.
Budak yang gopoh gapah tuh datang ke depan.
‘cikgu. Ni. Kertas ibu-bapa.’

Ok fine, budak nih tak dengar kot tadi gua dah betulkan nama KERTAS IBU BAPA ni kepada BORANG MAKLUMAT DIRI. Atau maybe gua bagi vocab yang terlalu susah bagi darjah 3. So gua pasrah saje kalau dia susah nak ikut apa yang gua baru je ajar. Ishhh ni belum masuk bab tanya sifir ni, so gua masih belum naik minyak. Lagipun ape barang naik minyak hari nih, buang masa gua bersiap kan main cecantik nak menghadapi hari pertama kat skolah kan.

‘ok duk balik kat tempat awak.’
Gua nak stasrt get to know session versi gua sendiri. Kali nih malas la nak soh diorang bangun perkenal diri memasing. Baik gua tengok borang nih then panggil sorang-sorang.

Gua amik kertas paling atas. Kertas budak yang last tadik tuh la.
Tengok bahagian
NAMA MURID: Kawal Wiramas.
Whattt??? Klasik ke hape nama nih.
Ok takpe dalam pale gua dah pikir, maybe salah sorang mak atau ayah dia berdarah INDON atau JAWA, so nama agak belah-belah sana la. Gua biasa dengar orang indon nama WIRA. MAS pun penah. Tapi KAWAL?????????????? Ok takpe, sukati mak bapak dia la nak kasi nama apa pun kan. Yang gua ober sebok nih kenapa?
Gua tengok lagi nama kat kertas tuh. Oh lupa nak cakap, kertas tu tak bertulis tangan ye, siap BERTAIP ngan mesin taip. Rajin betul mak/ayah budak nih. bisik hati gua.

Pastuh gua berkira-kira.. nak panggil hamende budak nih? Wira ke? Mas ke? Mas kang bunyi macam gua feeling dia jadik suami gua plak (eh MAS kan orang indon guna untuk panggil suami diorang muahahaha gilos takkan budak darjah 3 nak jadik laki gua plak kannnnnnnnnnnn ).. atau nak panggil KAWAL? Oh ini lagi gilos. Tak sanggup gua nak gelak guling sebaik saja panggil budak tuh ngan nama KAWAL.
So gua panggil
WIRA.
Itu lebih sesuai.
“WIRA, Meh sini jap.”
Sebab gua nak tanya la nape borang tu macam kotor sket, nampak cam kesan kena air oren ke hape ntah. Selain nak kenal dia sket-sket, boleh gua pesan dengan penuh hikmah, LENKALI JANGAN LETAK KERTAS SEBELAH AIR OREN WALAUPUN SEDAP GILE AIR TUH.

“WIRAAAAAAA.”
Sume diam.
Gua angkat pale, tengok sume budak ala-ala terlopong.
Pastuh gua pandang budak yang nama wira tuh la. Dia pun terlopong sama.
Wehhh pintu kelas tak tutup nih.. korang terlopong nak bagi masuk lalat kah????????
Gua tinggikan suara gua, WIRA, SINI KEJAP. TAK DENGAR KE CIKGU PANGGIL????? Gua dah hangin.

Gua pandang dia ngan muka tension.
Budak tuh makin luas terlopong. “EH WIRA, AWAK NI CIKGU PANGGIL AWAK, MEH SINI KEJAPPPPPP.BUKAN NAK MARAH AWAK KAT DEPAN NIHHHHH.” Padahal niat gua memang nak bebel kat dia kejap kan pasal kesan air oren tuh.
Tapiiiiiiiiiii..
dia makin terlopongggggggg, ok.
Arghhhhh gua dah nak jadik gorgon dah nihhh.


Pastuh gua tengok budak-budak lain ada yang muka takut-takut.. ada yang duk bisik sesama sendiri pastu pandang-pandang gua. Ehhh lu sume nak ngumpat gua gemuk ke haaaaaaaaaaaaa???????
Apesal gua paranoid gile nih? Tetibe tuduh orang cakap gua gemuk plak kang hahahaha.

Gua masih tak kool dan tak puas ati ngan WIRA.
Gua kasi last warning, WIRA, BOLEH TAK KALO CIKGU PANGGILLLLLLLLLL, AWAK DATANG CECEPAT KAT DEPAN NIH????????????????????
Pastu budak sebelah dia tanya plak, SAPE CIKGU? Eh takkan lu plak, ada mata gua pandang lu? Gua dah hangin.
YA ALLAHHHHHH… WIRAAAAAAAAAAA.. AWAKLA! AWAKKKKKKKKKKK.
Ke nak suruh panggil apa???

Pastuh class umbrella (class monitor) menyampuk ngan muka takut-takut sket,

Cikgu, nama dia Apis.
Bukan WIRA.
What????????????? Gua tengok kertas tuh smula.

Nama murid: Kawal wiramas
Umur: 9 tahun
Nama bapa: Osman bin Abdullah (ok nih gua reka, sebab dah lupa nama apa)
Pekerjaan bapa: Kawal Wiramas (syarikat security)
Nama ibu: Kamariah binti Ali (nih pun gua reka)
Pekerjaan ibu: Surirumah
Ok abaikan yang lain-lain tuh.. sila tengok ruangan NAMA MURID dan PEKERJAAN BAPAAAAAAAAAAAAAA.

Ok gua tau gua silap tak baca dari atas sampai ke bawah borang tuh. Gua tauuuuuuuuuuuu gua silapppppppppppp.
Tapiiiiiii..
Kenapa lu excited sangat weyyyy, taula kerja security, janganla sampai silap taip nama anak pun kasi nama KAWAL WIRAMAS jugak pastuh lupa nak betulkannnn.
Skang sape yang dah nak jadik ala-ala sakit jiwa???

Eh ape yang cipta nama syarikat security tuh KAWAL WIRAMAS?
Kasi tau gua. Gua nak tikam dia ngan pensel skangggggg jugak.
=============
edited at 12.10:
gua memang tak pernah dengar nama syarikat security KAWAL WIRAMAS sebelum tuh. sebulan dua lepas tuh barula pertama kali tertengok sebuah van kaler ceklat, belakang dia tertulis KAWAL WIRAMAS SECURITY. jam tu gak gua rasa nak karate van tuh sebab teringat balik kesah memalukan dalam sejarah perGURUan GANTI gua.
AKU REDHO JAKPAR ONN BUKAN JODOHKU HAHA
Reflected by Vagg© on Friday, April 30, 2010 at 7:30 AMIni bukan entry lawak.
Ini entry misteri rumah tua haaha.
Sudahhhhhh.. sudahhhhhhhhh.. ia sangat tak kelakar ye.
Ok aku pernah bagitau kan aku suka pelakon pelawak penyanyi tukang buat biskut raya munge-munge matahari iaitu
abang jakpar onn.
Kenapa.. memang aku suka.. maybe sebab lembut-lembut dia tuhla.
Malas nak cerita panjang.. ko taip je perkataan JAKPAR ONN kat search box kat sidebar tepi kiri nih hah.. akan keluarla segala mak nenek entry yang berkaitan beliau.
Hmm.. kat cyber nih.. ada la sorang yang sangat menyokong ke’minat’an aku kat abang jakpo nih.
Aku memula dulu agak confuse okey..sejak 2007 lagi dia menyokong minat aku nih..
Soklan yang bermain di fikiran aku yang time tuh tengah hot berdarah manis dan muda bergaya (motip nak bagitau masa tuh lom kawin hahaha)..
nape ko excited sangat nak sokong minat aku nih??
whyyyyy.
boleh tell me sket pelisssss? hahaha.
..dan akhirnya.. aku mendapat jawapannya..
Ini buktinya.
Sapekah OBJEK yang di’blur’kan itu..
Haaaa itu mandot.
Gambo tuh walopon aku blurkan untuk menjaga nama baik dan reputasi mandot..
Tapi dah cukup untuk membuktikan yang mandot nih..
dah hadir dalam hidup jakpar onn…
lebih dahulu dari aku.
~nangis~
Wakakakaakakakaka koser je.
Aku penah tau dulu dia penah cakap yang dia ada gambo ngan jakpar onn masa kekecik dulu.
Snap masa gi konsert ke hape ke ntah. Ke ko pegi funfair mandot? I lupa ok.
Aku iyekan je hahaha.
Akhirnya masa aku dalam pantang baru-baru nih.. dia emailkan gambo nih.
Gabanz gelak guling siap nak publish kat FB.. wakakaka (untuk pengetahuan.. mandot nih adelah adik cyber kepada gabanz.. mengada-ngada nak adik-abang segala hahaha)..
Okey pasal Gabanz tuh lupakan la.. dia memang gitu kalo bab nak jatuhkan air muka mandot nih..
Sanggup nak publish muka adik sendiri kat FB tak kira zaman tuh fesyen rambut adik dia cemana .. wakakakaka.
Pasal gabanz tuh biarkan la.
Cuma skang sila fokus pada aku.
Ape motip mandot kasi gambo hot diorang ni kat aku..
Time aku tengah dalam pantang plak tu.
Tak tau ke ko mandot.. time berpantang ni la aku nih..
jiwa harus tenang….(sambil paut tangan buat gaya nak bernasyid)
tak boleh sedih….
tak boleh jealous ke hape ke…..
TAPI..Ko macam sengaja nak bagi aku datang angin kus-kus kan masa pantang nih kan..
Ape ko rasa best? Hahaha.
Oh aku malas nak merepek dah.
Satu je nak cakap.
saye teringin nak bergambo
ngan jakpar onn
jugeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…
~malu-malu muka merah sambil tutup muka ngan jari jemari gemukku~
p/s: korang ingat aku saje merepek kan? elo ai em seriyes ye.. memang ai rasa nak bergambo ngan artis pujaan i. adekah ia berdosa? ahaha emosional pulok.tapi memangla.. kalo ko tanya aku.. nak jumpa artis mana.. takde pun yang aku minat nak jumpa SELAIN jakpar onn. Emm lepas tuh kalo ada nasib baik.. nak jumpa Stephen Chow.. emm tapi mesti aku cam malu ngan Stephen Chow sebab dia kan macam hensem sket. Eh gatalnya ko.. eh ko bukan mak budak nama Afi tuh ke? Bawak-bawakle sedo dah jadik mak orang wakakakakakaka.
EKHLAS NIH, GUA MENGAKU. Haha- vol.1
Reflected by Vagg© on Friday, January 22, 2010 at 10:12 AM
Malam tadi duk belek-belek gambo kat inmagine.com.. tetibe tengok muka budak chubby atas nih.. tetibe tingat kat muka sendiri wakakakakaa. Oh tapi gambo atas nih budak nih rajin kenmain kat dapur masa kekecik lagi kan.. tapi macik takdek le rajin gitu. Cuma pipinya je ada pertalian sket. Heh.
Semalam aku mimpi kawan-kawan masa zaman belajo dulu. Masa aku amik diploma dulu.. masa minggu orientasi.. MINGGU HALUAN SISWA namanya.. rasa cam tensi gile.
Malasnye wehhhhhhhh..
Sebab time tuh le terpaksa susah-susahkan diri nak cari kawan baru. Aku dahle ala-ala anti sosial. Zaman skolah pun.. yang aku geng sampai ke sudah, kawan dari darjah 1 sampai form 5 masa tuh hanyalah si Canai nih.. hahaha. Siap orang cakap kembar lagi.. kembo hapekebende sorang lidi sorang gumuk haha. Ngan orang lain aku kawan gak.. tapi takde le rapat kan.. yang bebetul sekepala memang susah nak cari.

So bila kena ke tempat baru.. tensionnya akuuuuuuu.
Tapi time tuh seb baik gak ada gak kawan yang aku kenal.. classmate masa form 5 gak, Jass. So takde le rasa cam lone ranger sangat kan.
Tuh satu benda la yang aku tak suka kat tempat, suasana baru.
Pastuh bila sebut minggu orientasi… mula la akan terbayang-bayang sesi ragging meragging segala. Eeeeeee ni lagi aku tak suka. Kemon ye.. ngan junior pun aku tak suka nak ragging, so time tuh bila aku yang jadi junior.. lagi la tak suka nak diragging kan. Ce cakap sape dalam dunia ni suka kena ragging? Mental ok. Heh.
Nak ragging takat takmo kasi signature tu gua tak kisah la..
Cuma jangan suruh aku buat aktiviti-aktiviti fizikal sudah.

Contoh aktiviti fizikal???
Kena berlari… kena jogging merentas desa bagai.
Huiiiiiiiiiiiiii memang macik sakit ati wakakakakakaa.
I kan gemuk chubby gebus dari kecik lagi..so kenapa mesti kena lari-lari nih. Adekah dengan sekali berlari boleh meluruhkan lemak-lemak di badan?
so zaman darjah 1-6 = zaman benci kalo time kena berlari.
Tapi zaman skolah asrama.. aku kan asik homesick.. pastu belajo malas.. jadik melibatkan diri dalam sukan hoki. Alah main hoki pun bukan reti pun.. gua balun je. 3 tahun main hoki.. takde pencapaian membanggakan pon wakakakaaka. Takat jadik reserved.. tapi ada macik kesah? Haha.
Cuma yang membanggakan time tuh.. berat turun gila-gila ah. Ye la.. homesick.. kat dining hall makan nasi kawah, amik 2-3 senduk nasik, 1/2 je aku abiskan. Konon tak best lauk. Pastu feeling nak nangeh nak balik kampung. Ape ko ingat dungun-kelantan tu dokek???? So tambah ngan petang-petang sure berpeluh kat padang, jadiknya macik menjadi kurus. Tahap tulang kat dada nih timbul la. Wakakakakaa bangga gile.

So zaman kat asrama Faris Petra dulu = form 1-3= zaman kurus.
Lu suruh gua berlari keliling padang 6 kali pun tarak hal. Takde tercungap cungap tahap melampau.
Masuk Form 4.. aku pindah sekolah harian biasa (padahal dinasihatkan pindah sebab PMR, subjek sains dapat C wakakakaka, ala mentang-mentang skolah sains, subjek sains tak dapat A pun kecoh hahaha.. mencik .. tapi memang aku suka dapat balik skolah biasa, takde homesick dah.)… berat naik mencanak-canak. Ye la.. makan mak masak, petang aktiviti fizikal kat skolah jangan harap le ada.. so ape nak heran jadik gumuk balik kan. Ceyy macam la kurus sangat masa kat asrama. Tapi ok la kiranya time tuh. (kaber jangan tak kaber).
So masa form 4-5= zaman gemuk balik= benci kalo kena berlari.
Jadiknya masa lepas SPM.. amik diploma.. duk tempat baru.. nak taknak kena harung gak minggu orientasi. Aku nih yang memang tak suka nih.. punya la nak sedapkan hati.. cakap kat kawan yang baru aku kenal kat situ la..
“takde kena lari-lari nanti kan..”
Hahaha konpiden statement. Tuh statement ke pertanyaan ke idokle makcik pasti. Yang pasti tetap berdebo kena lari. Sebab aku tau sure ada punya.. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Satu hari tuh.. geng-geng Faci (facilitator) dah announcekan..
Petang nih..
get ready ngan track suit..
kita ada merentas desa.
Aku time tuh macam..
what????????????????????
–pitammmmmmmmmmmm.
Petang tu aku sengaja nak siap lambat-lambat tapi last-last cepat gak sebab aku tak suka kalo tak punctual. Walopon benda tuh aku tak suka nak pegi.. tapi kalo dah kena pegi.. aku mencik la kalo jadik orang last sampai ke tempat kejadian.
Takpe-takpe at least Faci tengok aku cam bersemangat… walopon aku ada niat tersembunyi.
Ngeh ngeh.

So dari pagar kampus.. trus kena berlari. Ohhhhhhhhhhh mencik..
So aku lari la.. siap pesan kat geng skolah aku tuh, Jass..
“Jass.. jangan lari laju-laju ek..”
Wakakakakakaaka konon nak buat teman ah.
Pastuh penat lari.. tengok Faci takde.. kitorang jalan.
Siap sembang mak limah lagi hahaha. Pastu aku pun tetibe memang sakit ati dah tak tahan kena lari jauh lagi.. (jauh wehhhhhh.. siap kena lari kat jalan atas bukit, ok. Sape tak tensiiiiiii.)
Aku cakap kat Jass..
“jom kita WAK LOLOK (wak lolok=tipu) …
cakap sakit perut nak?”
Jass jawab “haaaaa meh la mehla.” hahahaha yes yessssssssss ada geng.

Tetibe datang sorang Faci nih.. nama dia abg mustafa.. dia tanya..
“nape nih dik?”
Aku pun trus ah.. pegang perut tanda perut senak, “sakit perut, bang. takleh nak lari dah.” Ngan muka yang sangat over berlakonnn. Hahahaha.
Jass pun sama gak berlakon, “ha ah, bang. sakit sangat perut.” Tapi gua cam bengang sket sebab Jass nyer face expression tuh tak berapa menjadik. Mungkin dia tak biasa berlakon di saat-saat genting macam tuh hahahaha.
Ok fine.. dalam erti kata lain, Jass=innocent. Kawan dia nih = drama queen. Haha.
Pastuh Abang Mustafa tuh cakap lagi..
“takpe try lari slow-slow.”
Aku tensi gile masa tuh.. pastuh aku buat muka slambe je aku jalan gak. Ngan pegang perut lagi. Eh tapi masa tuh memang rasa la senak-senak sket. Korang biasa rasa kan kalo lama tak berlari.. sure perut rasa senak. Pastuh ngan lutut aku memang sakit.. bekas jatuh zaman-zaman main hoki dulu la. Memang sampai sudah tak baik dah.. even skang pun.. memang gitu le keadaannya.. nak-nak bila naik tangga… sengallllll je rasa.So bila dia still suruh lari.. aku tensi la.
gua takmo lariiiiiiiiii
duyu andersten????

Time tuh Jass cam dah rajin nak lari balik sebab si Abang Mustafa tu la duk provoke-provoke bagai..
Aku plak nak lari.. tapi cam aku cakap tadi la.. ngan sakit perut sket-sket yang aku beso-besokan macam la sakit nak mati dah.. so aku MAINTAIN BERJALAN. Wakakakaa.
Muka kerut-kerut tidak dilupa, ok.
Last-last Abang Mustafa tu fed-up dah.. sebab kitorang bertiga je yang tinggal kat belakang. Wakakakaa padan muka. Aku still ngan muka kerut-kerut.. Jass kejap jalan, kejap berlari. Pastuh aku tengok Abang Mustafa tu amik enfon, call orang.
“Nozi, meh datang balik belakang ni jap. Ada junior sakit perut takleh lari.”
Time tuh gua cam ehhhh nak usung aku ke????? Hahahahahaa berdebo plak ok. Larat ke korang nak usung aku?

Tetibe nampak dari jauh.. jeng jeng jengggggggggg, sorang senior/Faci datang ngan motor. (perhatian: gambo di atas bukan Kak Nozi, ok. tuh gambo aku cilok haha.)
Aku time tuh cam nak berguling happy.
Maksudnyaaaaaaaaaaaaaa..
gua bakal naik motor.
Wakakakakaa
pakcik menang motorrrrrrrrrr.
Pendekkan cite.. abang mustafa cakap.. “dik, awak naik motor.”
Pastuh Jass plak tanya, “Saya bang?”
Dia jawab, “awak lari slow-slow ngan saya.”
Hahahahahahahaah sian Jass. Tapi cemana.. gua tak mampu nak nolong lagi sebab..
motor hanya ada satu.
Dah jodoh saye ngan motor beliau. Haha.
So kita terpaksa berkorban. Heh.
Sampai kat tempat semua berkumpul.. semua mata memandangku dengan jeles.. hahahahaha.
Sume cam..
“hoi nape ko naik motor..”
“eh nape budak gemuk tu dapat naik motor plak?”
“ehhh dia adik salah sorang Faci ke?”
Sume cam muka tertanya-tanya la.
Gua buat muka dono + serius. Aku kan tak suka orang pandang-pandang aku nih. Tapi takpe.. sabo-sabo. Hahaha. Pastu dah semua sampai.. time nak kena patah balik, lagi skali aku buat muka kesian.. tanya kak Nozi tuh.. “saya kak?”
Pastuh dia (maybe ngan muka nyampah kat aku hahaha).. “takpe awak naik motor lagi skali nanti.”
Wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuu terasa sangat best. So patah balik ke kampus, aku takde kena jalan-jalan ke lari-lari sket dah….
ku hanya menjadik pembonceng jalanan..
hahahaa..
Sejukkkkkkkk je muka kena angin.. takde peluh-peluh dah.. auwww.

Begitulah, kawam-kawam. Jika kita tak mampu tak suka nak buat something,
Elokla kita cakap pape berdrama pape.. cuba melepaskan diri ahahahaha.
Help… helpppppppppppp…
Kalo tak.. memudaratkan diri buat hape kan?
Benda nih memang aku takbleh nak lupa. Kalo aku cite kat orang.. sokmo orang cakap “woihh jahattttttttt nipuuuuuuu”.
Tapi ape nak buat.. pandai-pandai la. Memang aku tak larat nak perabis larian tu.. lainla kalo memang aku larat, tapi malas.
Masalahnya stamina makcik sudah pancittttttttt. Haha.
Jadi.. sendili survive laa. Kalo tak.. sendili tanggung la sakit lutut tahap hape tuh.
Ramai yang tak tau RAHSIA beso nih.. cuma Jass.. dan geng-geng bilik aku je tau. Termasuk Lene. Hahahahaa.. Yang lain.. geng kampus lain.. idokle mereka tau…
So hari nih..
gua buat pengakuan ekhlasssssssss
tapi jauh.
Heh.
p/s: Ada lagi cite yang lebih sadis ketika minggu orientasi nih.. nanti gua cite lagi.. vol. 2
==============
Pics credits:
http://sea.inmagine.com/400nwm/iris/masterfile-103/ptg00568990.jpg
http://sea.inmagine.com/400nwm/iris/masterfile-103/ptg00568984.jpg
http://sea.inmagine.com/400nwm/iris/masterfile-168/ptg00633969.jpg
http://sea.inmagine.com/400nwm/iris/masterfile-239/ptg00777753.jpg
http://sea.inmagine.com/thumbs/3/%7BB951B812-4677-498C-9208-6D26AF4E2958%7D/BBAMH6.jpg
http://sea.inmagine.com/thumbs/3/%7BC9227EDD-FC5C-4BE0-8C82-528984BFEC3D%7D/AD2B0M.jpg
http://sea.inmagine.com/thumbs/3/%7B4DF675DE-B150-43D5-9519-40585CD89905%7D/A1T9A5.jpg
http://sea.inmagine.com/thumbs/3/%7B25473D6D-02C6-4CE0-976D-C202E4DE9D1A%7D/B217X2.jpg
http:://sea.inmagine.com/400nwm/tetraimages/tt070/tt3600064.jpg
http://www.snapdrive.net/files/493792/mrentas12.jpg
http://www.snapdrive.net/files/493792/mrentas5.jpg
http://www.snapdrive.net/files/493792/mrentas9.jpg
http://www.snapdrive.net/files/493792/mrentas2.jpg
MACIK TERTELAN SPEAKER dan MILO KOSONGNYA
Reflected by Vagg© on Friday, January 8, 2010 at 9:27 AMSalam pagi jehamat keliwon. Wakakakakaa.
Pagi nih kan main pepagi tadi aku plan nak buat breakfast.. alih-alih lupa.. BAWANG DAH ABIS. Oleh sebab semalam gua tak masak.. so tuh sebab kot leh lupa yang bawang dah abis. Kot tak.. awal-awal dah beli. Takpun mintak ayah beli time dia kuar.
So, pagi tadi ayah dah balik beli sotkabo yang wajib tetiap ari dia kuor beli.. breakfast tak siap-siap lagi hahahaha cemana nak siap. Macik memang tak buat!
So aku pun kuar la jap nak gi beli breakfast. Pusing punya pusing, tak tau nak beli hape.. so singgah je la satu kedai nih. Aku beli nasi impit ngan rendang ayam. Pastuh sebelum aku duk pilih nak beli makanan hape.. aku dah order awal-awal..
DIK, MILO KOSONG, BUNGKUS, TIGA.
Budak tu pun
ok ok….

Menunggu budak tuh potong nasik impit (ala yang segera tuh la.. ketupat nasik segera.. bungkus dalam plastik kan.. so dia potong la dulu).. sangaaaaaaaaaatla lama. Aku dah naik lenguh berdiri. Budak tecik nih dalam perut nih seb baik la duk diam. Biasa kalo aku dah naik lapo.. dia pun bergeliang geliuk sama la dalam perut. So, ok bagusss.. duk dendiam ye.
Lepas duk pas satu.. satu dia duk potong nasik impit tuh.. siapla. Pastuh amik rendang plak. Time tuh aku kira-kira ada la dekat 20 minit nak siap.
20 minit, okeyyyyyy.
Ok takpela, gua mahapkan.
Dah tuh.. aku nak bayo.. satu hal plak ngira ngan calculator beso dia.. then dia cakap..
RM14, kak.
Aku pun tanya la..
dah kira skali ngan air milo?
dah siap belum?
Dia senyap je. Pastuh lagi skali aku tanya.. dia pandang kat dalam tempat orang buat air tuh.. pastuh dia buat dono tak jawab soklan aku. Ehh.. eh… haih.. takpe.
Then aku biar je la dia gi bungkus makanan orang lain plak.. air plak tak sampai-sampai.
Aku dah puas nunggu.. dia buat toye je.
Gua pun..
TAK SIAP LAGI KE
AIR MILO TADI DIK????????
Haaa.. amik ko.
Eh tetibe sume orang yang minum kat situ pandang aku.
Wakakakakakaka oh makcik lupa, makcik adelah POMPUAN TERTELAN SPEAKER. Ntahle ape.. peti suara aku ada extra sket tahap kuatnya. Sesuai jadik cikgu singa, ok hahaha.
Laa mana la gua tau.. rasa cam cakap nada biasa je..emm takle biasa.. cuma kiranya kuatle sket yang bagi aku cukup-cukup nak bagi budak tuh dengo, kalo la dia ada sound problem dah 2 kali aku tanya dia buat bodo je.
Tapi tak sangka..
Rupenya sume dengo le plak huhuhuh.
Time tuh takde le plak rasa malu pun hahahaha.. sebab aku lagi bengang budak tuh buat muka toye je. Kira-kiranya.. dah nak masuk 1/2 jam okey dari start aku order air tuh. Apehal tak siap-siap?
Air orang lain elok je ko serve.. takkan air milo gua lu masak dalam bekas spesel plak?? Masak dalam piyuk belanga beso kenduri tuh sampai tak masak-masak? Huhu.

Pastuh dia pun laung kat orang buat air kat dalam.
Ehhh.. buat tak lagi air milo kosong tadi?
Budak kat dalam plak terpinga-pinga.
Ehhhh budak nih .. gua lesing kangggg.
Rasa nak sumbat je nasik impit kat tangan aku tuh dalam lubang idung dia wakakakakak.
Geram ni geram. Hahah.
Pastuh ikutkan ati aku.. aku nak je cakap..
Haaaa takyah milo tuh.
Kira yang nih je berapa?????
Ko toksah dulik pasal milo tuh… aku nak balik skanggggg.
aku nak bayo nasik impit rendang nih je understand??? (wah berdrama hahahaha)
Tapi pikir aku malas nak buat pangai pagi-pagi buta huhuh.
Walopon kirakan.. buleh je buat gitu, kasi pengajaran sket.
Treat customer gitu.
Bukanla aku kisah sangat kalo lambat, tapi mintak maaf soh tunggu jap ke.
Ini, memula aku tanya pun ko dah buat muka toye.. siap buat dono plak dah tau apa yang customer order tuh tak siap-siap.
Susah nak cakap sangat kot..
MAAF EK KAK.. TUNGGU JAP EK?

Aku nih plak memang stok-stok kalo tengah hangin.. takleh nak sembunyi dah muka hangin.
Hahaha sejak dulu lagi ok.
Memang terang-terang nampak kat muka. Kalo sesetengah orang maybe leh buat biasa je expression dia.
Tapi aku.. memang fail!
Nasib ko la..
Pastuh tak lama.. sampai le AIR MILO KOSONG SAKTI tuh.
Pas aku bayo.. dia pun..
Saye jual ek….
Aku pun angguk biasa je.
Ye la.. ko jual dik.. Sok-sok kalo gini pesennya.. haaa ko jual payung beso kat kedai nih tuh je, dik.
Ilang customer kalo gini pesennya. Huhuhu.
Kirakan takde le aku nak marah sangat pun, sebab dia takdela kuang ajo mana pun.
Cuma buat muka toye buat tak dengar je bila orang tanya.
Dan service adelah sangat lembab.
Takpela.. as long as dia tak jawab kasar-kasar kat aku ke ape ke..
Makcik masih cooooool.. hahaha.
Bukti.. milo kosong tuh dah selamat abis. Heh.
* pics credits to: inmagine.com
NOOR SALEHA, SAYA SEBENARNYA BAIK!
Reflected by Vagg© on Monday, November 2, 2009 at 8:24 AMIni kisah masa kecik. (sorry takde gambo zaman skolah.. sume kat kampung.. so tak pat nak scan. jadiknya mekasih untuk inmagine.com.. saya telah mencilok gambo-gambo di sana..
)
============
Aku kan garang zaman kecik dulu. Skang ni je tak garang. Wakakaka boleh caye ke.

Kisah aku lempang budak darjah 6 masa aku darjah 1.. aku dah penah cite kan.. hahaha.
Masa darjah dua.. aku ingat-ingat lupa aku ada kes gaduh ngan sesapa ke dak. Yang aku ingat.. zaman tuh zaman FEMININ terlampau. Asik main ANAK KAN nih je. Korang panggil apa aku tak tau la.. tapi aku panggil ANAK KAN. (anak kan= anak patung kertas yang leh tukar-tukar baju apa sume tuh la). Penuh bawah meja oooo.. duk main je sesado. Cikgu takdek sket.. mula la.. “Awok.. meh kita maing anok kangg (= awak, jom kita main anak kan – ini bahse ganu ye ahaha.)”

ini adalah ANAK KAN..
Pastuh yang aku ingat.. masa darjah 2 aku suka ngadu. Jap jap “cikguuuu tengok dia nih. Cikguuuuu tengok dia main jelir-jelir.” Ada skali tuh satu kelas kena diri atas kusi.. ada budak mana ntah main sengih-sengih.. buleh jadi satu modal untuk aku ngadu kat cikgu. Wakakakaa. Trus le aku….. “cikguuuuuuuuuuu… tengok di…”.
Pastuh tak abis nak sambung ayat.. tetibe kena marah. Bukan budak tuh kena marah. Aku kena. “Nini! Awak nih suka sungguh mengadu ye! Tengah diri atas kusi pun ngadu!”. Wakakakakaka nak pengsan I masa tuh tau. Jatuh maruah I sebagai budak darjah 2 Merah ahahaha.

Sejak tuh aku takde ngadu dah. Takat-takat tarik kusi kawan dari belakang masa diorang tengok jungkit kusi tuh biasa la. bukan teruk sangat pun kan. Takde lagi la yang jatuh nonggeng. Aku tarik walaupun secara mengejut..
diorang masih selamat…
Wakakaka.
Masa darjah 3.. aku jadik pengawas ahahaha. Sama ngan KAK CANAI bestpren ku dari dulu sampai skang. Heh. Tapi masa tuh dia kelas 3 Hijau.. aku 3 Merah. Time tuh terasa sepi sket since kawan baik takdek kan. Hahaa. Aku rasa cam boring la.. so ‘jahat’ aku menjadik-jadik. (lagi nak salahkan kak canai.. kalo dia ada pon sama je pangai ko weh hahaaha.)
Bila I jadik pengawas.. lagi le suka salahguna kuasa. Orang bising sket aku gi cubit. Sepit ketam aku power gak ooo. Kekadang guna kuku. Tuh lagi best. YA ALLAH TERUKNYA PANGAI KOOOOO. Ahaha.

Ada satu kes.. aku cubit sorang kawan tuh. Nama dia NOOR SALEHA (memang nama sebenar). Sian dia kalo ingat balik haha. Nape aku cubit.. aku dah lupa. Aku rasa kes dia eksen cakap
“arituh saya gi EMPORIUMMMMMMM KEMAMANNNN.” – sambil jeling-jeling aku.
(emporium=pasaraya yang bebudak zaman tuh terliur gileeeeee nak pegi, macam g KL la.. bila balik KL sume eksen idung kembang sampai abis 2 period kelas BM pun tak surut-surut lagi kembangnya.) so bila orang eksen.. bagi aku masa tuh.. aku haruslah cubit dia haha. NO KOMPROMI YE.
Pastuh 2-3 minggu lepas tuh.. ada sorang budak darjah 5 tanya aku.. masa kelas agama petang (aku masuk kelas budak darjah 5.. tak tau nape.. yang pasti terlebih advance le haha.) dia tanya aku.. “EH NINI, AWOK CUBIT NOOR SALEHA SAMPAI BERLUBANG KE?? DIA KATA MAK DIA NAK JUMPA AWAK.”
Wakakaka hampeh manade BERLUBANG. Aku jawab balik “MANADE BERLUBANG. EH MAK DIA KAWAN MAK SAYA LAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.”

Wakakaka padahal masa tuh aku takut. Cuak gile oooo. Tapi berlagak KOOL. Sebenarnya mak dia bukan kawan mak aku pun. Dahle mak dia garang ooooo. Cumanya mak aku penah hantar aku gi rumah dia.. sebab time tuh mak aku kebetulan nak gi rumah jiran Noor Saleha ni, depan rumah dia. Oleh sebab aku tak suka nak ikut mak aku dan join sembang-sembang orang tua.. (tak elok kan kita dengar perbualan orang tuaaaaaa..).. wakakaka konon la.. so aku guling-guling nak g umah Noor Saleha nih.
Masa gi umah dia tuh.. kami duk tolong mak dia kacip karipap. Mak dia buat karipap petang tuh.
Wahh koooooo.. orang dah kasi makan karipap pon ko bantai cubit anak dia gak ye! Hahaha.

Buat Noor Saleha Ghazali.. maafkan saya kerana masa tuh saya masih tak reti berfikir waras sangat lagi. Melampiaskan kemarahan semata-mata awak eksen dapat pegi EMPORIUM dengan cara mencubit itu saya tau perkara yang salah.. tapi saya tetap buat masa tuh ekekee.
Tapi yang pasti.. lengan awak TAK BERLUBANG pun kan. Mungkin gak awak cakap LEBAM. Tapi budak darjah 5 yang nama Mashitah tuh cakap berlubang. Dia salah dengar le kot. Hahaha seb baik Mashitah tuh tak kena cubit sama ngan aku. Harap aku tengah CUAK je masa tuh. Kalo dakkkkk.. (wakakaa tak insap-insap lagik nih.)
Itu je..
Lenkali cite lagi pasal kisah brutal zaman skolah.
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..








