gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
HIDUP
Reflected by Vagg© on Thursday, August 26, 2010 at 10:49 AMHidup
26-8-2010
Kita perlu merancang mengikut keadaan semasa.
Ada masanya, Allah memberikan kita ruang melaksanakan segala perancangan. Kadang-kadang Allah menurunkan dugaan kerana Dia tahu apa yang kita lakukan bukanlah yang terbaik.
Saat itu jangan terus mengalah. Buat perancangan baru. Jangan sesekali berhenti berusaha. Kejayaan itu hanya selangkah dihadapan kamu. Teruskan berjalan.
————————————————
Sebenarnya nasihat ini adalah secara terus untuk adik aku dan diri aku sendiri. Dia belum mengalah. Tapi seandainya satu hari nanti dia sudah mahu mengalah. Ingatlah pesan aku ini. Sokongan dari aku insyaAllah ada.
=====================================
Thanks untuk abang gua, Adytentangsesetupai. Heh.
Ya memang dalam hidup kita nih, kita perlu merancang mengikut keadaan semasa… dan jangan terlalu mudah mengalah.
Masa ayah start sakit arituh, time tu lah aku baru nak start smula kuliah, semester baru.. lepas dah 2 semester aku bercuti pregnantkan dan bersalinkan Afi. Bukan main masa tuh bersemangat nak attend kuliah.. tetibe jadi macam tuh. Memula macam frust gile, dalam pale takleh nak berfikir tenang, berkecamuk gila. Nak-nak bila jadi benda tu, Gabanz takde kat sini. Seb baik ada kakngah, abang faizul. So takla berat sangat untuk aku pikul sorang-sorang ngan Afi yang kecik lagi nih.. dan mama yang memang takleh nak urus diri sendiri pun.
Bila Gabanz dah bersama aku.. aku rasa lebih kuat. Keadaan jadi lebih ok walaupun kekadang stress tapi Gabanz sangat memahami dan tak pernah sekali membiarkan aku sedih sorang-sorang. Walaupun dia tak slalu ada kat sini ngan aku, aku tak pernah rasa dia tak ada. .. dan mungkin sebab aku dari dulu dah biasa buat benda sendiri, so bila banyak benda nak kena handle sendiri, tak jadi masalah besar sangat.
..dan kerana keadaan semasa.. keputusan pun harus kita ambil mengikut keadaan tuhla… dengan alasan-alasan yang bagi kita memang patut. BAGI KITA, BUKAN BAGI ORANG LAIN.
Dalam pada kepala pening pikir itu ini, keja dah berenti sebab nak balik sini je trus jaga ayah, yuran study riban-riban lom bayar, ayah yang ada harinya aku tengok macam tension gile, stress sebab banyak benda yang dia biasa buat tapi aku tak bagi buat (memang stress bila dia tarik muka aku tak bagi buat itu ini yang dia biasa buat), tension nak menghadapi mama yang bila datang hari dia buat perangai memang sangat stress orang yang menjaga, assignment yang kekadang siang pun memang takkan boleh buat, letih ngan kerja rumah seharian, tapi boleh lagi buat macam takde pape.
Sebab satu je dalam pale aku.. kalo aku buat lemah.. for sure aku akan mengalah trus. Macam memula masa arwah mak aku meninggal dulu. Ada la sebulan dua aku cam takde arah tujuan sebab masa tu memang hidup aku bergantung sangat pada arwah mak. 22 tahun ngan dia je berkepit. Bila dia tetibe ALLAH ambik smula.. aku ilang arah sungguh. Tapi ALHAMDULILLAH syukur, benda tu sebenarnya terjadi kerana sudah DIA rancang, dan itu memang yang terbaik untuk aku. Kalo tak.. aku tak rasa aku akan biasa dengan hidup berdikari.
Moral: kekadang berpura-pura macam takde pape jadik pun ok gak.. sebab nanti kita akan terbiasa untuk takde la stress sangat.. dan last-last.. bila dah biasa buat ada masalah cam takde masalah, itu akan buat kita jadi kuat.
Hidup ni penuh risiko, dan mengambil risiko adalah salah satu benda yang pasti kita takkan dapat lari daripadanya… dan aku jugak sentiasa percaya yang kita ada kemampuan yang berbeza. Oleh sebab itulah, ada kalanya bila kekadang kita buat sesuatu keputusan, ada yang suka nak mempertikaikan. Mungkin salah satu sebabnya kalau dia yang berada di tempat orang itu, dia yang tak mampu nak menghadapi seperti orang itu. Jadi, janganlah suka mempertikaikan.. tapi fikirla mampukah kita menghadapi kalau kita diberi ujian seperti itu. Hmm kalau dia boleh fikir macam tu takla dia boleh suka suki mempertikaikan kan?
Tapi aku sangat tak kisah.. asalkan suami, ayah, kakak-kakak, adik beradik dan kawan-kawan yang memahami ada ngan aku.. apela sangat insan-insan picisan itu. Takde kesan sangat dalam hidup aku, melainkan dia tolong aku potong bawang kat dapur ke tuh lain cite la kan wakakakakaka tetibe plak.
Untuk orang-orang yang penting dalam hidup aku.. u know who u are lah.. tak perlu aku sebut sorang-sorang. dan tima kasih untuk nasihat, pertolongan, dorongan dan hape-hape sajelah. Aku sangat menghargai tapi sori kalau tidak setiap masa aku dapat menunjukkan rasa menghargai tuh sebab kadang-kadang bila banyak sangat benda nak pikir dalam kepala, kita terlupa benda yang lain pula.
HIT COUNTER INI HARUS BERADA DI SEPITAL MENTAL
Reflected by Vagg© on Monday, April 19, 2010 at 7:30 AM
Perasan hari tuh lagi. Lepas dah bersalin la.
Hit counter itu..
Aku sangat pelik okey.. sebab tetibe ‘mencanak’ jadik 200 ribu lebih apehal?
Aku respek (read: saspek) hit counter tuh plak buat hal.
Penah dulu blogkan bab 51 online visitors.
Rasa cam kes nih lebih kurang gakla.
Kenapa la aku dihantui oleh anasir-anasir yang leh membuatkan idung aku kembang secara berduet? Muahahaha. padahal hampehhh,
Harus la kan..
Kalo anda seorang vlogger yang hangat.. takat cecah 100ribu pun ape nak heran.
Tapi jika terkena pada saya selaku vlogger yang hangetttt.. itu adalah satu kepelikan.
1. sebab tempoh hit counter itu mencanak adalah agak sekejap. sebelum aku bersalin rituh.. rasanya 90ribu lebih kot. ini apehal yang sampai dah 200ribu lebih? ade motip???????
2. time aku warded nunggu nak bersalin tuh takde plak aku update. ady tentangseseTUPAI ada la tolong updatekan. lepas tuh berita aku bersalin. atau adekah ramai berduyun masuk sini untuk tau update aku dah bersalin belum atau hape? haaaaa itu yang kita nak investigate sekarang. wakakakaka koser haih nak inbestiget. lu hengat lu jiran ketua kampung rozita che wan? tetibe.
Ape sekalipun.. lantokla.
Nak kata aku excited pun idokle. Sebab selama 3 tahun lebih blogging nih.. nak capai ke 100ribu dalam masa 3 tahun tuh pun hazab.. so aku tak excited pun kalo dalam masa sebulan lebih nih tetibe dari 90ribu lebih naik ke 200ribu lebih. Ada ahkak excited? Tak.
Sebab macam tak dak logika.
Lainla kalo hari-hari aku leh tengok visitors online puluh-puluh ke kan.
Ini.. belas-belas pun dah kira boleh buat mata aku terjojol ok.
Dulu ye kot… keseronokan melihat jumlah yang masuk blog kita tuh lebih dari biasa..
yang ninggal komen pun lebih dari biasa….
pendek kata semua yang bersangkutan ngan benda tuhla.. dulu terus terang aku cakap.. sangat ada.
Asik rasa nak tengok ramai mana masuk blog arinih. Eleh.
Aku rasa normal kot perasaan gitu bila tulisan kita yang kita rasa takde menarik pun, tetibe ramai yang baca.. lebih dari yang dijangka.
More or less.. at least buat kita rasa happy le jap cam “ehhh ada gak yang baca blog aku.”
Whatever it is.. past is past..
I’m now shifting myself.. or should i say BRINGING MYSELF BACK to the phase where i do not care about such thing anymore.
Back to the phase where my prime principle in blogging is more on
self satisfaction.
Pernah aku cakap sebelum ni kan.. kalo tak ramai baca.. aku lagi senang. Sebab bila kita agak dikenali.. maksudnya ramai yang baca blog kita… kekadang banyak timbul benda yang kita tak suka.
Aku yang orang tak kenal pun pernah kena hinggap ngan lalat.. apetah lagi yang dikenali ramai.
Tak kira la ko blogger menunjuk ke.. ko blogger yang buat hal sendiri ke.. ko blogger yang celupar ke.. ko blogger yang tersusun je ayat hormat je orang lain ke ape ke.. kalo dah nama manusia.. tetap takkan dapat lari dari individu-individu yang tak suka kita.
Aku tetap je gini pun.
Nak update.. aku update.
Sehari aku nak update sampai 88 entry.. sukati aku.
Kalo selama 88 hari aku takmo update pun sukati aku jugak.
Tak perlu paksaan.. tak perlu paksa rela.
Yang penting aku update bukan kerana jakpar onn wakaakakak.
Bak kata header blog nih yang terkini… “menulis jangan ikut ketua kampung. tak best.”
p/s: hit counter yang sewel atau memang betul ke ape ke.. aku takkan adjust balik le hit counter nih nya. ape takde keja sangat nak adjust balik konon ko leh tau bilangan sebeno hit counter blog ko? biarkan je la kat situ. banyak ke sikit ke sudah tak mempengaruhi suasana blog aku. dulu maybe la.
kot ada yang cakap vagg dah mental pegi adjust hit counter blog sendiri jadik 200ribu lebih.. meh gua jotos blog lu wakakakaa.
CARA BERPIKIR TUH JANGAN BAGI SATU CABANG JE, MAKCIK.
Reflected by Vagg© on Tuesday, February 9, 2010 at 9:30 AMI posted this entry last week.
In fact.. had an intention of posting the entry regarding the topic in depth. Tunggu ada mood je.
Yesterday.. ex-schoolmate aka my blogging buddy posted an entry with the same topic..
Arinih mood aku nak cakap pasal nih. Coz sometimes I really pissed off with some thoughtless and insensitive statements and questions from certain individuals.
Sebab pernah ada soalan dan statement ditujukan pada aku.. dan ada gak yang aku baca kat mana-mana. Ada gak soalan yang bagi aku okey je.. tapi ada gak yang macam bila tanya tuh.. nampak macam ko plak lagi tau pasal okey ke tak okey orang tu. So bawah nih aku letak semua sekaligus.. yang okey dan tak okey.
- tak susah ke duk jauh ngan hubby
- boleh ke survive
- laaaaaaaa tuhla duk jauh-jauh ngan laki lagi.. susah je!
- kalo laki ada ngan kita time kita preggy kan bagus?
- haaa lain kali duk dekat-dekat sket ngan hubby kita. nih tak.. duk jauh-jauh… cemana nak panggil suami isteri.
- eh hubby tak teman ke pegi check-up pregnant tiap-tiap bulan?
- hmmm.. sian hubby duk jauh. mesti susah ko nak survive kan?
- tak biasa la duk jauh ngan hubby nih. banyak susahnya dari senang!

Aku nih outspoken orangnya. Tapi idokle selalu. Kekadang aku just biar je.. malas nak amik port sangat. Kekadang jugak bila aku dah bosan.. dan dah sampai masanya.. dah sampai moodnya… aku akan cakaple pasal tuh.
Kita nih dalam hidup.. kalo sebut pasal cara hidup kita.. sah-sah dah nampak kan semua lain-lain. Tak sama. Senang cakap.. muka ko muka aku.. pun dah tak sama. Apatah lagi sikap, perangai, cara hidup.. apetah lagi bape kali seminggu/sehari ko suka korek idung kan?? Wakaakkaaa well.. that’s the fact.
..dan cara kita survive dalam hidup kita pun tak sama. Ada si A yang kemampuannya melebihi kemampuan kawan baiknya si B. Walaupun diorang banyak persamaan. Ada yang si C nih nampak pada cara bercakap macam boleh survive gile ahhh.. padaheinya.. kawan dia si D yang cool je takde suka nak komen orang lebih-lebih lagi kental bila menghadapi situasi-situasi tertentu dalam hidup.
Moral?
Tak semua orang sama.

My relationship with Gab started 3 years back.. LONG-DISTANCE RELATIONSHIP.
Aku bukan jenis yang suka hari-hari keluar dengan partner… masa bercinta even masa bertunang. Jugak bukan jenis yang kalo ada pape.. nak pakwe aku ada bersama tolong aku itu ini. Kalo takdek.. aku moody nak nangis. Jugak bukan yang kena tengok muka dia hari-hari. Jugak bukan jenis yang kalo dia takde di sisi aku.. semua benda aku takleh nak buat. Jugak bukan kalo ada problem.. dia kena tolong aku dan dan tuh jugak. I’M A VERY INDEPENDENT PERSON. I had gone through lots of things which taught me to really understand the real meaning of independence, since the person I relied on (my late mum) left us in 2003.
My new life started there, and as time passed by.. I found that in life.. the only thing which would really help us is only OURSELVES. Yes, orang sekeliling kita tentunya ada.. tapi diorang hanya untuk support kita bila kita memerlukan..
tapi diorang bukan
penyumbang terbesar
.. sebab kita kena tahu.. jika kita terlalu bergantung pada orang.. apa akan jadi bila satu hari.. orang tu takde di sisi kita?
So sendiri mau ingat. Aku sentiasa remind diri aku.. my ‘chief’ assistant in me is MY SELF. MY OWN SELF.

Sebab tu bila partner aku.. the man whom I love so much in my life duk jauh.. aku takde masalah besar pun sampai aku kena menangis hari-hari.. takleh nak handle itu ini ape semua…
Everything flows smoothly. As usual..and sometimes..better than usual. Bila kita makin kuat dan tabah dalam hidup.
Sampaila dah kawin.. dah pregnant pun.. semuanya masih sama.
Hello.. semua orang pregnant sensitif okey.. dan biasa la kekadang rasa rindu gile.
Tapi takde plak bila aku cakap aku rindu kat hubby aku.. maknanya aku dah down gile.. dah takleh nak survive gile dah. Boleh luaskan pemikiran sket tak?
Tapi aku rasa selama dah nak masuk 9 bulan aku pregnant nih.. sebulan sekali aku nak nangis sebab rindu kat hubby pun susah. 2-3 bulan sekali, bila mood datang tuh mungkin ada.

I don’t really need to express my ’super duper rindu dendam’ in that way. Hari-hari kena menangis.
The major reasons and my so-called extra strengths are- HIS LOVE, AFFECTION AND CONCERN.
Aku sentiasa je rasa dia ada di sisi aku. Sometimes kita tak perlu nak tengok muka orang tuh just untuk rasa dia ada bersama kita. Adekah sebab hubby aku takde di sisi aku.. sepanjang tempoh mengandung aku nih.. perkembangan pregnant aku terganggu?
Orang yang berfikiran kolot gitu bukan saja annoying gile.. tapi jugak buat aku terfikir.. kalo la ko kena duk jauh ngan laki.. sure ko yang sebenarnya takleh survive kan? Reason utama – your own mentality.
Kekadang ada yang pregnant.. hubby hari-hari dia leh tengok muka hubby.. tapi nak tolong urut kaki yang lenguh, nak tolong buatkan susu, nak tanya sepatah ’sayang okey arinih? letih tak arinih? baby kita gerak aktif tak arinih?” PONNNNN SUSAH! So ape lu nak jawab? Ada yang suami di depan mata sama macam takde. Ada yang suami depan mata.. tapi semua kena buat sendiri. Ada yang boleh ngadap muka suami hari-hari.. tapi suami takde pun nak luang masa sket anto pi check-up kat klinik. Lu rasa tak pernah jumpa gitu..
kalo rasa tak pernah jumpa.. tuh maknanya lu kena luaskan sket la pemikiran pengetahuan lu.
(At least.. kalo tak boleh nak beli majalah WANITA, beli MINGGUAN WANITA pun dah okey. Takleh beli MINGGUAN WANITA.. beli paper .. baca column DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN.. so that you can learn something new about life. Yang tak semua hidup orang dalam dunia nih sama ngan kita. Ada paham?)

Kekadang aku pelik.. bila mulut orang nih macam bertih komplen itu ini.. macam dia tahu sangat keadaan sebenar orang tuh bahagia ke tak ke. Ape lu nak cakap sebenarnya? Yang lu bahagia sangat leh duk ngadap muka laki hari-hari?
Please take a note dalam idup ni kita ada bahagian masing-masing. Kalo hidup kita bahagia.. bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan plak pepandai nak assume orang tu cara hidup dia tak sama ngan kita.. orang tuh tak bahagia. Entah-entah lagi bahagia dari lu. Time tu baru la lu hek hek hek. Idup sogan mati tak mauk.
..dan apa yang aku cite kat blog nih.. setakat tuh aku cite.. takat tuh je la. Jangan memandai nak speku. Idup kita sendiri entah betul entah tidak.. nak speku orang plak lelebih.
Both of us have our long term plan in life.. EH NAK KENA BAGITAU LU KE?

Gab has his commitment and career.. so do I.
Apekah sebab Gab keja kat KL.. aku pun kena brenti keja aku kat sini yang aku dah keja sebelum kawin lagi.. then ikut dia pegi sana? Ape motip aku nak pegi sana kalo Gab sendiri pun plan nak balik sini since parents kitorang semua kat sini. Orang ada cara masing-masing nak handle life, okey. Takkan nak ikut cara lu plak. Kalo gitu baik kitorang kawin ngan lu wakakakaaka.
Adekah semua tempat dalam Malaysia nih senang nak dapat kerja ek? Dan adekah sebab aku nak Gabanz duk dekat ngan aku.. dia kena berenti keja dan balik duk KT nih.. selagi tak dapek keja.. selagi tuh gua yang akan support makan minum dia? Macam dia takde hala tuju dalam idup. Atau oleh sebab nak puaskan ati orang nak tunjuk aku hari-hari ngadap hubby aku.. so aku kena benti keja kat sini dan biar Gab yang tanggung aku.. bayo yuran study aku.. bayo duit keta itu ini.. loan study aku.. dan bagi duhet kat mak ayah aku? So biar semua duit, masa, tenaga, susah payah mak ayah aku suruh aku belajar.. yang aku dah abiskan untuk study dulu.. abis gitu je.. takyah keja dan aku duk goyang kaki je?Janji laki ada depan mata.. so baru leh buat orang cakap.. OKEY DIA NIH DAH BAHAGIA DAH. Huk alohsss.. sempit gile pemikiran lu.
Kita ada cara masing-masing la. Orang ni benti keja nak ikut hubby keja kat mana-mana.. that’s fine. That’s your life..
Orang ni duk jauh dari hubby.. orang tu duk jauh dari wife.. ada sebab sendiri. That’s their lives.
We lead our own lives kan? So kenapa nak amik tau orang lain punya cara hidup?

.. aku ada ayah dan mak yang perlu aku jaga kat sini. Sejak sebelum aku kawin lagi.. aku resign dari tempat keja lama.. balik duk ngan ayah mama untuk jaga diorang. ALHAMDULILLAH.. dari mulanya susah, aku dapat kerja yang aku suka.. yang lebih dari apa yang aku dapat sebelum nih. Bonus plak leh tunaikan amanat arwah mak untuk jaga ayah baik-baik.. memang BONUS dari segi kepuasan hati dan bahagia. Eh tak perlu kan aku nak cite tahap kesihatan diorang cemana.. tahap diorang boleh survive tanpa anak yang menjaga kat sini cemana kan? dan tak perlu aku nak cakap betapa bertuahnya aku ada suami yang sangat memahami dan tak pernah rasa hidup kami ni dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang tua kan?
Tak perlu aku nak mention semua, beb.. sebab kekadang tahap pemahaman sesetengah orang nih boleh ‘terganggu’ oleh sebab diorang rasa hidup diorang perfect sangat, sampai semua benda nak ajar orang biar sama cara macam dia. Kalo dia duk dekat ngan partner.. orang lain pun kena duk dekat. Kalo tak.. tak bahagia.. takleh survive. Yes takleh survive.. memang pun.. tapi yang takleh survive tu lu lah. Orang lain yang boleh bukak pemikiran untuk berfikir dari segi lain, okey je. So kalo explain lebih-lebih pun maybe tak guna. Dia takleh nak absorb seberapa banyak benda yang elok dari segi lain. Dia pikir dari segi kepala dia je.

Kalo semua benda pasal betapa amik beratnya hubby aku kat aku.. betapa sayangnya aku kat dia ke.. betapa banyaknya benda dia buat untuk kami.. banyaknya dia berkorban.. apa yang aku berkorban untuk dia.. kalo semua benda nak cerita.. DAH TAKDE LE MANISNYA WEH. Semua benda nak jaja biar semua orang paham dan puas ati.. itu maknanya aku hidup UNTUK ORANG LAIN. Bukan untuk diri aku dan insan-insan terdekat dan terapat dalam hidup aku. So tak perlu la hari-hari aku nak update cite semua benda.
Aku pun takde nak tau kisah hidup orang.
Nak tanya jangan harap. Unless ko yang cite.. atau ko orang yang aku rapat.. so aku suka nak berkongsi sedikit daripada banyak pengalaman hidup masing-masing.
Kalo aku takde nak tanya pape yang detail tentang hidup ko.. so there goes my concern about you.
Aku bukan jenis ramai kawan rapat, sebab dalam persahabatan, yang menentukan sejauh mana kita gembira dengan persahabatan tu bukan dengan bilangannya.. tapi dengan persefahaman antara satu sama lain.

Sama gak dalam perhubungan..
Sejauh mana kebahagiaan pasangan tu bukan dari segi KUANTITI bape kali dia ngadap muka laki dia dalam sehari.. tapi dari segi KUALITI yang diberi dari segi tolak ansur, persefahaman, kepercayaan, kasih sayang, amik berat antara satu sama lain. dan tak lupa.. usaha untuk membahagiakan pasangan dan doa supaya rumahtangga diberkati.. tak kira sejauh mana kita dipisahkan.
Bukan dari segi hari-hari ayang leh tengok muka abang.. tapi abang nak jaga ati ayang sekali sehari pun susah.. apatah lagi nak doakan hidup kita bahagia. Kekadang rasa cam ayang tak wujud je depan abang.. padahal kita ngadap muka masing-masing tiap ari. 24/7.
So?
51 USERS ONLINE? pentipus!
Reflected by Vagg© on Thursday, February 4, 2010 at 9:35 AM
2-3 hari lepas terperasan kat kat dashboard wordpress nih..
MOST EVER USERS ONLINE kat blog nih..
51 orang.
Kiranya paling ramai orang online masuk sini pada masa yang sama adalah 51 orang.
Wahhhhhhhhhhhhhh.
Padahal tak rasa nak WAHHH pun hahahaha.
Aku tak rasa excited pun sebab terasa sedikit ragu.
Sebelum nih paling ramai.. 18 USERS ONLINE..masa time aku tempek gambo kawin dulu.. berderu la orang masuk.
Pastuh masa aku announcekan pasal aku pregnant dulu.. 17 USERS ONLINE kot.
Tapi yang kali nih.. ko tak agak-agak, okey.
Aku belek semula entry tarikh 29 hb Jan tahun nih.. takde pun entry tarikh tuh.
28hb ada la.. pasal budak tecik. Tapi nak kata ramai yang view.. time tuh adalah di malam hari.. kul 9 lebih. Sape yang tergamak sangat meriah bagai nak masuk time tuh kan haha. Makan nasik lagi baik.
So aku tak amik port tang 51 users ini.
Tak boleh dipercayai.Technical fault mungkin.
Lagi satu.. bila aku masuk blog TANYAJAWAB yang dah lama berkubur tu.. siap ada 20users online.
So.. sah pentipus. Tak boleh pakai.
Lagipun skang nih.. aku takde rasa excited pun ramai ke tak yang baca blog nih.
Yes letak nuffnang.. tapi ITU BONUS. Kalo ada.. ada.
Kot tak.. takde le sampai nak stop blogging.. reason? Nuffnang income merudum. Oh tidak. Macik tak koser.
Aku start blogging.. 2 tahun tanpa nuffnang.
Cargas je memblogging.
Yang mempengaruhi aku cargas tak cargas hanyalah MOOD.
..dan skang nih datang plak perasaan baru..
LAGI RAMAI TAK BACA BLOG AKU, CAM LAGI BEST.
Sebab ape.. aku paling tak suka kalo dapat readers yang kaki mengutuk (bukan menegur ye.. menegur secara baik dan mengutuk adelah berbeza. tapi lain orang lain interpretation la kot. itu gasak la.)
Baru nih masuk blog-blog yang ramai readers..yang aku suka baca sebab takde plak nampak FAKE authornya..
siap apa je yang dicakapkan.. kena bambu.takde le semua bambu.. tapi ada le segelintir lalat.
Padahal orang tuh takde le berlagak pun… cakap pasal apa yang dia nak cakap.
Sampaikan orang cakap dia HOT pun.. lalat plak yang hangin.
Oh.. apekah.
Tuh contoh la.
Ape ko ingat orang nak cakap aku HOT ke?
Wakakakakaka mau pengsan ok. Takde ciri langsung.
Itu contoh la.
Aku rasa aku takleh deal ngan orang bercirikan lalat.
Sebab aku bukan jenis LANTAK KOOOOOOOO.. AKU TAK KESAH.
Aku jenis kesah, masalahnya.
Aku bukan jenis TEBAL MUKA..
Jenis aku.. ko mengata aku.. siappppppppp.
Memang carik nahas. Gua cari muka lu tempek sini.
Kalo gua malas nak cari pasal lagi.. tu sebab lu bernasib baik.
Lainla ko dah kenal aku baik.. ko kasi komentar dengan niat nak menegur.
Ini.. tak kenal langsung.. tetibe nak buat aku musuh ke apa ke.
Oh sangat tak suka.
So aku rela menjadi blogger tempelan di mata orang lain.
..tetapi menjadi blogger cargas di mata aku je hahahaa.
Satu advantage bila tak ramai readers..
Kita bebas nak blog pasal apa je..
Bukan sebab kalo ramai readers.. kita nulis pasal apa je.. orang ramai condemn.
Bukan sebab tu.
Ape plak hak ko nak condemn kan?
Aku pun penah menegur seseorang pasal isi blog dia.. dengan niat yang konon amik berat.
Padahal sebenonya aku tak payah sibuk amik berat pun takpe. Heh.
So I learned from my mistakes.
Yang bila di blog.. itu hak kita sendiri.
Tak payah nak tegur-tegur.. melainkan diminta.
Apetah lagi nak condemn orang. Rasanya aku takde condemn.
Tapi lain orang lain interpretation..
Jadiknya.. gua senang kalo blogging ngan takde orang ramai sangat membaca.
Kalo boleh nak offkan COMMENTS function tu hahaha..
Sebab kekadang ada gak time aku bosan bila aku bercerita pasal something ala-ala meluahkan..
Orang lain plak over melebihh bila kasi komen.
Kekadang bosan bila kita takde amik tau hal dia.. dia plak yang sebok over.
Sampai aku ada 4-5 cafe kat FB pun ko over apehal? Heh. Off topic.
Tapi aku tak offkan pun nye comment function tuh.
Itu untuk bagi peluang kat certain readers yang selalu tinggal komen.
Banyak sikit tak jadik hal.
At least aku hormat diorang dan itu sebagai satu cara aku interact ngan diorang jugak.
Nak suruh interact kat FB? email? YM lagi le jangan harappp.
Aku nih skang lagi teruk tahap anti sosialnya.
Sebelum preggy dah anti sosial.. skang nih beribu-ribu lemon plak obernya.
Skang nih kalo entry pape yang takde/ kurang orang komen je..
Aku jadik cam datang satu perasaan.. LEPAS NIH NAK BLOG LAGI DAN LAGI.
Reason? Rasa bebas semacam.. dunia menaip aku yang punya.
Bagi aku.. itu jugak satu kepuasan sebab kadang-kadang dalam certain situation..
Tahap setelus mana kita nak menulis.. nak menyuarakan rasa tuh..
Terhalang oleh sebab nak senangkan hati orang yang membaca.
Yes, it does happen sometimes.
Jadi bila cam takde orang kasi respon.. rasa cam free gile.. bebas gitu.
Dulu-dulu excited le gak kalo banyak comment dapat.
Skang.. takde rasa dah pun
Ke sebab preggy so emosi berubah?
Ntah, gua. Tapi okey je gak pun ada rasa gitu.
Menulis untuk diri sendiri.. bukan nak puaskan orang lain pun.
So, apa yang boleh bagi.. bagilah.
Apa yang kita ada.. terima seadanya.
Baik ada, dari takde kan.
ANTI SKET.. TRUS BUAT FB ‘WE HATE YOU…”
Reflected by Vagg© on Wednesday, February 3, 2010 at 9:14 AMPlease take a note that this entry is based on my own viewpoints..
Lagik sebulan je lagi nak nunggu deliver..
Sebetulnya tak sabo plak nak menempuh hari dan benda baru plak. Lama wehhhhhhhhh aku duk bergelumang ngan keboringan yang tahap hape ntah. Dahle amik study dari outcampus study tuh kan.. bertambah-tambah le beban bosan yang kena tanggung. Kot tak.. bleh gak nak study ke.. buat assignment ke..
Ehemm.. sejak zaman batu bila ko jadik rajin nih? Haha.
So selain duk buat kerja rumah yang tak seberapa pun.. berguling-guling.. petang pegi ngajo.. siang tuh banyak le gak abiskan ngadap lappy manjang. Pastuh masuk forum. Biasa yang aku terjah ruangan parenting, pregnancy, post natal bagai.. dan tak terkecuali.. ruangan gosip hahah.
Yeah.. aku kat rumah nih jarang beno dah nonton TV.. tak kuasa aku nak panjat tangga naik tingkat atas semata-mata nak nonton. So cari hiburan dari segi lain la. Masuk forum ruangan gosip. Obviously.. aku jadik silent reader sajo.. zaman nak berposting kat forum dah lama abis. Jadik silent reader.. sesambil leh tengok gaya, mentaliti orang dari posting-posting kat situ. From a positive side.. there are lots of points which can be learned besides of gainingthe sense of entertainment inside there.
Yang kekadang rasa nak tergelak..
Kalo ada benda latest pasal artis.. sure le cepat di’update’ kat sana kan.

Salah satunya.. ke’banjir’an FB (facebook) yang dicreatekan KHAS untuk golongan yang anti sesetengah golongan artis. Yang aku tau ada skang nih;
- FB we hate Fasha Sandha
- FB we hate Scha al Yahya
- FB we hate Memey Suhaiza
- FB we hate Abby Abadi
- FB we hate Linda Onn
- FB we hate Fahrin Ahmad

Tuh takat yang aku tau la..
Aku tak fikir la yang createkan FB anti-anti benci membenci nih bangsa lain. Not other races but MALAY.
Gasakla orang nak hangin pun.. but that’s the fact.
Kenapa ek orang kita suka sangat createkan benda yang useless gile (pada mata aku la.. orang lain suka.. itu hak masing-masing le kan.)
Yes, other races pun ada yang suka berforum, sembang pasal artis. Even westerners pun. Tapi takde la terlalu melebih-lebih.
Kekadang terpikir apa motip sebenar nak create benda tuh.

Puas ati ke boleh maki orang (artis tuh pun orang .. manusia).. cakap gitu gini padahal entah-entah ko lagi teruk dari apa yang ko maki kutuk orang tuh.
Kutuk Memey Suhaiza berbakul-bakul pun.. gua tengok dia happy je ngan boipren dia Norman Hakim tuh. Kutuk maki teruk gile pun aku rasa takde sampai boleh menggugat sampai
“abang normennnnnnnnn.. oleh sebab ramai tak suka kita kat FB ANTI MEMEY.. memey nak kita clashhhhhhh. okey abang normennn??” heh.
Takpun kutuk Linda Onn sebagai pompuan berlagak ape semua. Adekah kutukan di FB tuh mampu menjatuhkan bisnes nasik ayam asam pedas Linda Onn tuh? Ntah-ntah lagik maju. Ko kutuk dia berbakul pun.. gaji dia jadik DJ makan puluh-puluh ribu.. tau ke idok? Kita nih takat situ tak maju-maju.

Yang duk create account FB anti artis nih pastuh hari-hari sign in semata-mata nak ngutuk segala aku terpikir plak..
“keja ko kat opis dah siap dik?”
“tender boss suruh ko settlekan minggu depan nak submit ko dah start buat, kak?”
“atau ko kutuk artis nih hina sangat, ko menghina orang tuh tak hina ke, bang?”
Tak banyak.. sikit mesti tertinggal gak dalam pale masing-masing.. “datang opis pagi nih, nak online sambung kutuk retis lagik. yeahhhh.”
Orang Melayu kalo tegur gitu melenting ah.
Cakap “aku punye suka ah.ko sebok nape.”
Pastuh cakap orang Melayu lambat maju pun melenting. Semua melenting. Artis nak couple ngan sesapa dia nak pun melenting. Padahal retis tuh takde pun nak amik tau idup ko. Ngeh ngeh.
Okey fine.. kalo artis buat perangai tu biasa la.. sesapa pun biasa kutuk.
Dah nama pun public figure. Aku pun ada je kekadang juih mulut nyampah.

Tapi jangan le berlebih sampai sanggup create account WE HATE YOU.. bla bla bla.
Yang menyedihkan.. yang berstatus mak-mak orang pun sama je join benda nih.
Tak keja lain ke ko weh? Surirumah sepenuh masa pun ada kerja nak mop lantai bila sampai masa.
Penganggur pun ada keja nak buat, bila mak dia bebel soh beli kicap masin tengah hari mak nak masak nasik ayam.
Kita yang keja office nih amboih bersenang sungguh datang keja hari-hari aim kat tenet office.. boleh kutuk retis 8 jam tanpa henti.. lebih hangat daripada biasa.
Bila kita sesedap rasa mengata orang ANDARTU la.. TAK SEDAR DIRI RAMPAS LAKI ORANG la.. NANTI KO PLAK KENA CERAI la.. pernah tak kita terfikir yang satu hari nanti.. apa yang kita kata tuh berbalik pada anak-anak kita.. adik-adik kita.. ahli keluarga kita. Pernah tak terfikir apa yang kita kata tuh.. satu hari nanti Tuhan bagi anak kita plak jadik andartu.. perampas suami orang.. pastuh kena cerai? Sebab yang kita kutuk tu pun manusia. Even kutuk haiwan pun.. sama cam kutuk ciptaan Tuhan. Pernah tak terdetik pikir? Kalo terfikir benda tuh.. baguslah.
p/s: motip entry nih bukan sebab aku nak backing retis. Sorry gua tak minat. Baik backing diri sendiri. Nih aku bagi contoh FB anti artis le since benda nih senang kita nampak. FB anti sesama kita.. pun ada je. so gua bagi contoh yang senang kita tengok. bukan artis yang nak dipertahankan.. tapi buatle keja berfaedah sket bila dah ada kemudahan tu.. FB tu ape guna sebenonya? Nak kutuk orang yang kita tak suka?
Tuh gua tak perlu nak explain dah.
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..








