gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
OOOOPSSSSS OOOOOPSSSSSSSS
Reflected by Vagg© on Tuesday, September 7, 2010 at 10:18 AMOk ini adalah lawak. Bagi aku la lawak.Orang lain tak lawak takpe haha.
Afi nih kan.. dulu aku pernah postkan entry pasal first time dia niarap. Masa tuh umur dia 3 bulan 10 hari kalo tak silap.
Time tuh ada la 2-3 kali niarap. Lepas tuhhhhhhhh.. dia malas dah nak niarap lagi, ok.
Skang nih baru la sebok nak niarap balik.
terutamanya..
time nak tidoooooooo.
Hahahaa ape pesen la awok nih kan, Afi?
So hasilnya:


Time dah tido pun sebok gerak-gerak pusing-pusing ala-ala roll-over. Elok tido kat bantal.. pusing-pusing nak niarap sampai dah lari dari bantal.
Tido weyyyyyyyyyy budakkkkk. Tido time!
* hahaha sebelum betulkan balik kedudukan dia tido.. sompek lagi snap gambo. Kebetulan lom tutup lampu kan. Budak nih dari kecik lagi sejak umur 4-5 hari lagi dah tido mengiring. Dia tak suka tido niarap. Dan cara tidonya.. ngiring dan kena balut badan ngan selimut macam tuh. Baru lena. Haihhhh geram plak tengok. Si bulat-bulatku.
PIGEON LIQUID CLEANSER
Reflected by Vagg© on Monday, September 6, 2010 at 1:18 PMOk aku breastfeed Afi masih secara exclusive lagi setakat ini. Harap-harap dipermudahkan sampai la budak bertuah nih 2 tahun. InsyaALLAH.
Bukan nak cakap pasal EBF (exclusive breast feeding).. tapi berkaitan la jugak.
Ok since dulu aku tinggalkan Afi kat Taska time aku pegi ngajar (dan skang dah pindah sini tinggal kat bbsitter la time kena pegi kuliah), so kena la buat stok EBM (expressed breast milk), memang kena bagi Afi guna botol susu le kan. Stok pun simpan dalam storage bottle.
So oleh sebab kita bercakap pasal benda yang kita bagi kat baby.. kekadang automatikla sesetengah barang tu disediakan KHAS untuk baby. Contoh; sabun basuh baju baby pun ada yang khas punya, even mak-mak kita dulu guna sabun yang sama ngan basuh baju orang dewasa pun OKEYYYYYYYYYYY JE SEHAT SEJAHTERA KITA KAN.

Tapi bila yang sebelum ni takde jadi ada, kekadang harusle kita nak guna jugak. Aku tau pasal LIQUID CLEANSER khas untuk basuh botol susu, puting botol susu baby nih dari KAKNGAH la dulu. Masa anak-anak dia kecik, tengok le dia basuh botol budak-budak tuh guna liquid cleanser jenama PUREEN. Ok la gak, cecair jenis pekat. Bukan untuk botol susu/ puting botol baby je.. jugak untuk basuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Apekah? Macam lawak je kan.
Aku cam was-was je plak nak makan buah yang dah basuh ngan benda alah nih haha.

Masa siap-siap beli barang nak sambut Afi dulu… aku terlupa beli pureen nyer liquid cleanser ni. So, ended up beli PIGEON BOTTLE NIPPLE AND VEGETABLE LIQUID CLEANSER. Tengok rega dia.. wehhhhhhhhhh ober ko kan. A bit pricey la pada aku. Sebab dia cair gile, ok, compared to pureen’s. Tapi since aku cari merata pureen punye takde kat KT nih (nih yang aku nak puji Dungun tempat tumpah darahku dan kutuk KT nih muahahahaha, sambil jeling Gabanz).. so beli je la pigeon nyer nih.
So guna je.
Dalam tak suka.. abis gak sebotol. Sebab cam OKKKKKKKK SANGAT2. Puas ati la..
Ok nih rupanya yang dalam botol.
Pic atas nih bukan aku nyer pic, aku lupa nak snap botolnya. So google meh.. credits to http://www.pulsepharmacy.com.au/Product/Pigeon-Hand–and–Mouth-Wipes-2×60pk.aspx
Sepanjang guna, aku cukup puas ati coz aku biasanya tak perlu nak bersungguh tenyeh botol susu tu kasi bersih. Biasanya aku just picit sket masuk dalam botol, isi air, goncang-goncang sket, biarkan jap. Pastu cuci sket ngan berus botol, bilas then ’sterilize’kan botol cam biasa la.
Hasil guna.. tiap kali basuh, botol cam ok je la takde la nampak cam dah lama guna. Tiap kali basuh, botol cam shiny-shiny gitu. Tak nampak cam dah lama, ok botol susu budak bertuah tuh.
Nih bukan aku je cakap, kat forum parenting pun ada discuss pasal liquid cleanser yang mommies gunakan untuk cuci botol baby.
..dan 2-3 orang yang guna liquid cleanser Pigeon nih pun cakap benda yang sama. So bukan aku sorang.
WALAUPUN CAIR..
sekali dua picit pun dah ok
untuk cuci satu botol susu.

Ok nih aku beli yang REFILL punya. Kebetulan PIGEON buat sale.
Mulanya, cam aku cakap tadi, since aku rasa cam ia mahal sket.. so aku memula masa gi shopping rituh plan nak beli yang jenis lain la. Nak try, aku kan suka nak compare gak sket-sket tengok mana yang ok. So singgah kat ANAKKU dulu. Ada liquid cleansernya. Try goncang cam pekat. YESSSSSSS. Konon suka la.
So beli.
Pastu singgah WORLD OF CARTOONS..
..OMG tengok ada jual refill nih ngan rega yang murah murah murah meh beli 8 SINGGIT. Muahahaha fenifus le tuh kan.
Trus aku tingat ada baca kat tenet, PIGEON ada buat sale some of its stuffs.
Trus cam nak pitamsss + nak campak liquid cleanser ANAKKU tuh. Motip??? Haha.


Safe for baby, gentle to skin.
Ha ni lagi satu. Biasala kan kalo sebut sabun pencuci pinggan ke, cawan ke, even cuci baju pun.. kekadang ada gak yang sensitive pada kulit kita kan.
Contoh aku la.. alah ngan SUNLIGHT. Guna je maka berkeremut la rasa jari, Pedih-pedih pastuh menggelupas.
Pigeon liquid cleanser nih plak bila guna, kena kat tangan, ok je ALHAMDULILLAH.

..dari segi bau, PUN OK.
Takde la meriah bau buah ke.. bau limau ke lemon ke hape ke coz aku memang anti cecair pembersih yang bau buah-buah hape sume nih.
Aku memang cepat pening kalo terbau.
Benda alah nih, ALHAMDULILLAH bau pun ok je. Boleh diterima dek idung aku.
Kekadang kalo terlalu wangi pun tak elok gak ek.. especially kalo barang untuk baby. Coz dia bukan guna bau semulajadi. At least ada gak chemical yang digunakan untuk hasilkan bau tuh.
Eh aku memandai je bab chemical tu, abaikan muahahahaa. Tapi cam ada baca somewhere la. Correct me if I’m wrong.
Serious.

Selama yang aku perhatikan… botol-botol yang aku guna untuk taruk EBM nih.. bila nak basuh, cam berminyak sket. Yela susu ibu kan ada semua khasiat dalam tuh kan. Dia tak sama ngan susu formula. Tu yang aku perasan la sebab dulu kan pernah basuh botol susu anak-anak sdare time diorang guna formula milk. Tapi botol takde la berminyak cam botol yang taruk EBM.
So elokla sangat guna benda alah nih. Memang dia agak senangla nak tanggalkan kotoran termasukla tanda-tanda berminyak tuh. Cam aku cakap tadi.. isikan cecair tuh sket, goncang ngan air sket.. biarkan jap.. then berus sket botol sebelum bilas.
Tak susah menenyeh, ok.

100% FOOD GRADE INGREDIENTS.. aku sekadar re-type apa yang ada kat dalam gambo atas haha.

Ok cakap pasal refill nih.. ada dua offer masa tuh.
- 2 packs for RM49.90
- 3 packs for RM 60.00.
So harus la aku sambar yang 3 packs trus. Tahan berbulan-bulan weh takyah beli dah.
Lagipun 1 botol biasa tuh rega dia RM37.00.
Yeah macam mahal la sket pada aku since yang biasa aku jumpa Liquid Cleanser yang lain rega dia under RM30.00. The same volume.
Anggaran tempoh tahan 1 botol tuh..
1 botol=2 bulan. Untuk aku yang breastfeed Afi dan tak guna banyak sangat pun botol sehari.
Kalo korang yang tinggal anak dari pagi kat Taska/ rumah pengasuh dan letak stol EBM dalam storage bottles untuk stok dari pagi ke petang, maybe banyak lagi guna. So maybe kita tak sama, maybe korang kurang dari 2 bulan tempoh tahan 1 botol tu.. or maybe more than mine.

So itu je sharing is caring dari gua. Heh (ini adalah entry yang dah lama taip tak tak terpost-post.)
* ha lupa.. selain guna untuk basuh EBM storage bottles, for sure la aku guna untuk cuci breast PUMP gak.
MY ZUFAR
Reflected by Vagg© on Thursday, September 2, 2010 at 10:31 AM
Sambil buat assignment.. sambil hayun buai budak bertuah. Tengok muka dia.. rasa cam kejaaaaaaaaaaaaaaap sangat anak aku dah beso. How time terbang.. hahhhaa how time flies. dah 5 bulannn… next month 6 bulan yeyeyeyyyy leh kasi makan haha. BULAN PERTAMA LAHIR BULAN KEDUA BULAN KETIGA BULAN KEEMPAT BULAN KELIMA.






IT’S 3.30am, I’M WRITING SOMETHING IN HERE
Reflected by Vagg© on Saturday, July 3, 2010 at 3:51 AMHuih dah 3.30 pagi.
Lagik 2-3 jam Gabanz sampai la sini.
Aku tak plan pun nak berjaga sebenonya. Tadi Afi buat perangai plak.. dekat kul 10 baru lelap. Sebelum tuh aku dah tengok dia cam tak selesa je.. time nyusu pun cam nyusu ngan tak bersungguh cam biasa. Trus cecepat angkat, gosok-gosok belakang. Trussssssssssss..
burppp.. bwekk.
basah baju dia,
lencun baju aku.
So dedua tukar baju lain. Budak bertuah ni memang macam ni, even sebelum tuh dah banyak kali sendawa pun, muntah susu tetap wajibbb.
Ada orang cakap muntah susu tu kekadang bagus sebab keluarkan lendir/kahak dalam tekak baby.
Ntah.
Tapi tiap kali dia muntah susu, memang ada la nampak lendir tuh, kalo elok tu bagusla.
Aku pun dah kalis dah ngan bau, SEMERBAKKKKKKK. Haha. Tiap kali tuh la duk lap dia ngan baby wipes, tapi kekadang tatapppp.. masyam. Masyam pun tetap aku peluk cium. Eh ada ke mak-mak yang tak sanggup peluk cium anak sebab anak kerap muntah susu takpun anak kuat berpeluh? Don’t think so. Kan?
=======================
Afi tido.. aku duk depan lappy jap. Had a YM with sis misty.. had a BIGGGGGGGG LAUGH over some silly things. Dedua entah pape memang suka gelak. Tapi cite tadi memang sangat gile punye lawak. Nanti la aku cite, bagus gak ada modal and it’s good to notice that cite-cite lawak macam tu kena taruk kat sini so that nanti aku leh kenang balik. It happened in 2002, tuh pun jap tadi baru aku perasan aku tersilap beberapa FAKTA pasal cite tuh. Ha nih aru 8 tahun berlalu, dah ada lupa sket-sket.. nanti trus K.O, ok.
=======================
Actually I love to read one blog about an interesting love story. You might know that blog or you might not.
Dah lama aku perasan orang duk cakap pasal blog ni. Tapi aku cam biasa la.. tak amik port.
Ye la skang ko terhegeh-hegeh baca kan?
vagg=pompuan ketinggalan ketapi tahap teksi kereta sewa.
Penceritaan yang sangat SIMPLE.. hmm how should I put it.. SIMPLE BUT GENUINE.
Banyak lagi yang nak kena baca ni and I don’t care.
Memang pesen aku, nak sukakan sesatu blog, AKU AKAN KOREK ARCHIVENYA DARI AWAL.
Once aku dah suka, baru aku follow.
That’s my style dari dulu. I don’t and won’t easily follow any blogs because many people follow them (the blogs). I’ll give myself a space to know the content from the beginning, give a chance for me to understand, fit my soul in and love them before I decide to follow that particular blog.
So far, aku suka ceritanya.
Narration yang bersahaja tetapi sangat jujur dan ia membuatkan pembaca lebih ehhhhhhhhh adekah aku sekarang mengulas cerita blog tersebut???? Hahaha baca pun belum abis.
So sila jangan merepek, Vagg. Dah pegi tido.
Kang husbandmu balik.
TAK PADAN NGAN MERAGAM
Reflected by Vagg© on Friday, July 2, 2010 at 7:30 AM
Ahad lepas aku gi ngajar cam biasa. Ye memang dah tau Sabtu tuh yang Ahad esoknya cuti, sebab menang SUKMA hape sume kan. Tapi cam biasa la, kelas aku tetap jalan. Time cuti la lagi best buat kelas coz student segar bugar sket. Sebelum ada Afi dulu, kalo time cuti.. aku buat direct 2 sessions (sejam stengah, rest, sambung balik sejam stengah) so that tak perlu ulang alik datang 2 kali. Selain jimat masa, jimat tenaga. So itu best. Tapi bila Afi ada, paling lama aku buat pun 2 jam direct je (tanpa rehat).

So 3.20 dah siap-siapkan nak antar Afi gi Taska, kelas aku start kul 4.00. Sampai kat Taska.. ehhhh tengok bertutup je. Banyak kali gak aku ketuk coz sebelum nih penah je tingkat bertutup tapi ada je budak-budak pengasuh tuh dalam tu (diorang ni tinggal kat Taska tu gak.) Tapi arituh ponek ahkak mengetuk, ok. Last-last baru terpikir..
Satu terengganukah
yang cuti nih?????
Makcik hengat budak skolah je cuti muahahahahaha bencikkkkkkkkkk.
Cissssssssss. Mencik mencik. Nape la tak leh pikir dari awal kan huhuh so buang masa gile.
Sebabnya rumah aku kat tengah-tengah. Taska hala ke sebelah kanan, dalam 10 minit gitula kalo jalan jem, rumah student lak sebelah kiri, lebih kurang 20 minit kalo jem nenas haha. So buang masa aku duk ketuk-ketuk pintu tuh lagi kan. Nak harung jalan pegi ngajo balik kan.

So trus call rumah student, cakap aku ngajar bawak Afi. Actually that was not the first time, used to bring him along a day before since Sabtu Taska memang tak bukak dan aku kena replace kelas gak cemana pun arituh. So Afi cam dah ok je nampak, cuma merengek sket la. Nak tido. Tapi elok je tido pun.
Jadiknya aku bawak la budak bertuah nih.
Sampai je, budak 2 orang tuh dah tunggu cikgugarangcamsinga kesayangan diorang nih muahahaha. Siap tolong bawak beg, ngan bouncer Afi (yang memang aku dah standby sesiap sokmo dalam kereta, coz kat rumah memang Afi tak pandang pun bouncer tuh.)

So memula cam merengek sket la.. nak tido. So aku tidokan sambil membebel kat si Khairul yang aku suruh surfkan contoh kerja kursus sejarah kat internet untuk reference, dia sengih-sengih cakap lupa. Cari pasal la ko kannnnn.
Ok ko selamat sebab mood aku baikkkkkkkkkkkkkkkkkk.
So pegi amik broadband, surf skangggggggggggggggggggggggggggggggg.
Muahaha mood baik hapekebende macam tuh kan.

Afi tido elok kat bouncer, dapatla setengah jam. Aku siap rendam EBM yang aku bawak nak ke Taska tuh, tunggu dia bangun, nak kasi la. Susah plak aku nak masuk menyusu jap jap masuk nyusu, kata tengah kerja kan. So walaupun tengah deal ngan budak-budak and maybe diorang tak kesah pun, tapi aku la rasa tak best. Sebab tuhla anto budak Afi nih ke Taska sebab dah tau sangat tahap manja dia ngan aku. Before deliver dulu ikutkan.. aku ingat nak bawak je dia gi ngajar, alih-alih bila dah dapat dia.. dah tengok dia cemana punya manja ngan aku, trus cancel. So sila ke Taska barang 2-3 jam ye, encik Afi. Heh.
Ok berbalik pasal Afi, dia bangun je, aku bagi la EBM dalam botol tuh kan.
Trus tetibe muka tak sokaaaaa.
Ok fine, dia ngantuk lagi kot. Aku tepuk-tepuk dukung-dukung. Try bagi EBM lagi. Takmo gak. Siap nangis ngan nada merajuk dia. Ahhh sudahhh. Tengok jam, baru 5.30.

Come on bebeh, cepatla kul nammmmmmmmmmmmmmmm.
Nak balik nak balik.
Pastuh 4-5 kali aku try bagi, tetap takmo. Ok takpe, excuse nak masuk bilik jap, bagi dia nyusu direct, ada la 2-3 teguk dia cam lali, pastuh cam tersedo balik, uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa smula.
Eee budak nih mencabar kesabaran gile. Kenapakah cayangggg.
But I was ok with it, told myself he was sleepy hape sume, so buat pangai.
At last, kul 6 la.. dia ngamuk-ngamuk lagi nih.
Masuk keta. On the way, diam. I knew why.
Sebab aku sokmo pesan ngan dia, jangan nangis masa ibu drive. Jangan nangis masa ibu drive. Love u sweetie muahh. Bagus dengar cakap. Cite pasal SEJARAH aku pesan memesan nih belum penah cite kan.. nanti la aku cite. There would be some tips to be shared.

K sampai rumah, kuarkan beg, bukak pintu ape sume.. aku angkat masuk bilik je.. trus dia start ngamuk nangis siap tersedu-sedu, ok. Sedih dengar. Tapi yang pasti.. aku baringkan je makin kuat nangis.
Nak tukar diaper, tengok-tengok berak rupanya. Ok fine la elok la memang nak tukar diaper pun. Theen basuh badan sket ape sume, nangis lagi. Try bagi nyusu pun takmo. Makin kuat nangis sambil kaki meronta-ronta atas riba aku tuh. Tangan plak tolak-tolak aku, ok.
Afiiiiiiiiiiiiiiii nape nih buat pangai camnih. Dalam ati.
Ke nak demam? Rasa badan tak panas, tapi pale panas, panas aku tau sebab dia melalak kuat. Tuh dah biasa.
Ngamuk-ngamuk ngan baju baru sarung kat lengan sebelah, ok. Haha lawak plak rasa. Yela time tuh aku baru pakaikan diaper dia dah nangis kuat sangat, so angkat la try bagi nyusu jap.
Pastuh sambung pakai baju ngan dia makin kuat nangis, aku ignore je. Kot tak memang lagi lambat kejanya.
So last-lastnya siap. Rasa cam dah dapat tau nape dia still tolak nak nyusu ngan aku.

Letakkan bantal dia, bantal aku elok sebelah bantal dia. Baringkan, nangis lagi kuat. Aku baring sama..
‘Meh anak ibu meh nyusu
pastuh tido ngan ibu ek.
Ibu teman Afi tido.’
Trus mulut comel budak nih moncong-moncong nak nyusu, tak sampai 5 minit trus tido.
Haaaaa tekaaan dalam pale adelah betul.
Dia nak tido sambil nyusu sambil aku teman kat sebelah.
Apekah kamu ini wahai budakkkkkkkkk. Haihhh. Bertuahhhhh.

It might be my mistake la kan.. sebab tak bagitau dia awal-awal. Memula cakap nak anto Taska pastuh alih-alih aku pegi bawak dia gi ngajo, yang memang tak selesa bagi aku dan jugak maybe tak selesa bagi dia la. Biasanya kalo nak ke Taska, aku bagitau awal-awal, so aku assume bila tak jadi ke Taska tuh pun kena bagitau pesan kat dia elok-elok la. Nih alih-alih trus pecut pegi ngajo. So dia buat perangai, ok. Budak nih kalo tak pesan awal-awal memang dia akan buat perangai. *Again, aku akan cite pasal ‘pesan anak awal-awal supaya dia tak buat perangai’ nih dalam entry lain. Duk dalam draft lagi tak siap-siap.. asik tergendala je nak menulis.
So abisla bab mengamuk.
Tengok dia cam dah lena sket.. dalam 10 minit gitu la.. aku lelaju pegi mandi. Elok dah mandi nak gosok gigi, dengan sore budak berkicau sensorang. Eh anak aku tido, so ini sore sape.. scaryyyyyyyyy.. muahahaha dahle nak dekat maghrib.

Intai je.. tengok tengah tersengih-sengih atas katil… mulut berkicau.
Apekah awak inih cayangggggg???
Mengamuk berjam-jam
sebab nak tido..
alih-alih tido 15 minit gitu je???
Budak nih memang macam nih. Pelik aku.
Sudahnya malam tu kul 9 lebih baru dia tido bebetul. Selebihnya dia duk main-main ngan aku, gelak-gelak, aku sembahyang dia elok duk atas katil layan berkicau ape sume.
Ape skalipun aku tau la dia nak bermanja kalo tau aku ada ngan dia kan.
Dan aku pun tau kalo time kat Taska, memang tak plak perangai gitu, pengasuh kat Taska cakap budak nih sangatla baik kat Taska. Few 2 weeks, takde dengar pun nangis.
Oh magicccccccccccc.
Pastuh pun nangis lite-lite gitu je.
Ok takpela at least dia boleh bezakan kat mana dan ngan sape dia boleh buat perangai, kat mana dia kena behave and so forth.

And as a new mom, there are lots of things I need to learn and prepare. Kalau ada cacat cela tak perfect tuh I don’t care much since life is a learning process, and I’ll surely be better by learning from my mistakes.
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..






