gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
SALAM RAYA
Reflected by Vagg© on Tuesday, September 7, 2010 at 4:41 PMYuhuuuuuuu ewah ewah sume orang ada kad ye.. siap main tag tag kat FB.. aku pon nak jugakkkkkkk muahahahaha. Tapi tak tag kat FB la. Aku letak kat blog je sebab kalo kat FB.. kena tag tag orang plak. Tak ke nyusahkan aku hahaha tu motip sebeno. Ok nih untuk korang semua. Tak kira la noisy (noisy??haha) reader ke.. silent reader ke.. Semua la. Ucapan dari kami untuk semua. Tahun nih nak kata tak excited, harus la excited gak sebab walaupun dalam kesihatan ayah yang masih tak ok sangat.. kami sekeluarga masih lagi tabah dan happy untuk menyambut syawal dengan kehadiran budak bertuah bernama AFI ZUFAR. Eeeeeeee tak sabo nak kasi pakai baju raya. yeyeyeyyyyyyy.

====================================
..dan nih plak kad-kad raya yang di tag di FACEBOOK dan juga dari blog. (korang yang kalo takmo aku taruk kad korang kat sini, inform ek.. yela kot tak selesa ke sebab dari FB kan.. so just inform, nanti aku removekan.)
Kad online 1st aku dapat dari pak sdare aku. (pak sdare i ada FB, ok. hehe.):
Dari kak yana. (mana blog ko kak??????):
Dari mandotperampasjakparonndariaku muahahaha. Dia ni nak kasi kad ke nak kasi anak dia ntah? haha.:
Kad dari Dew:
Kad dari Wahyuberuangwazie:
Kad dari sepupu aku, rozie jaafar:
Kad dari ex-schoolmate aku, Mie:
Kad dari bespren foreberkuuuu.. lene. Muahh:
Nih satu-satunya kad yang dari blog. Dari kaknor secubit garam:
THANKS TO ALL YANG KASI KAD RAYA. Kalo ada lagi nanti aku tempek lagi kat sini. Thanksssss.
OOOOPSSSSS OOOOOPSSSSSSSS
Reflected by Vagg© on Tuesday, September 7, 2010 at 10:18 AMOk ini adalah lawak. Bagi aku la lawak.Orang lain tak lawak takpe haha.
Afi nih kan.. dulu aku pernah postkan entry pasal first time dia niarap. Masa tuh umur dia 3 bulan 10 hari kalo tak silap.
Time tuh ada la 2-3 kali niarap. Lepas tuhhhhhhhh.. dia malas dah nak niarap lagi, ok.
Skang nih baru la sebok nak niarap balik.
terutamanya..
time nak tidoooooooo.
Hahahaa ape pesen la awok nih kan, Afi?
So hasilnya:


Time dah tido pun sebok gerak-gerak pusing-pusing ala-ala roll-over. Elok tido kat bantal.. pusing-pusing nak niarap sampai dah lari dari bantal.
Tido weyyyyyyyyyy budakkkkk. Tido time!
* hahaha sebelum betulkan balik kedudukan dia tido.. sompek lagi snap gambo. Kebetulan lom tutup lampu kan. Budak nih dari kecik lagi sejak umur 4-5 hari lagi dah tido mengiring. Dia tak suka tido niarap. Dan cara tidonya.. ngiring dan kena balut badan ngan selimut macam tuh. Baru lena. Haihhhh geram plak tengok. Si bulat-bulatku.
KUEYTEOW SUP + CRAB BALL.
Reflected by Vagg© on Monday, September 6, 2010 at 10:45 AM
Uwarghhhhh dah dekat nak raya, ok.
Tapi semangat nak raya takdek sangat. Aku asik nampak assignmenttttttttt je. Buleh? Huhuh.
Dah la level mengupdate blog dah tak sekencang dulu. Rasanya makin teruk je walopon kalo ikutkan hari-hari aku nak update huhu.
Nih pun sempat update sebab broadband laju je kat uitm nih. Oh ye saya sedang berada di uitm dah 2 hari berturut-turut sebab nak siapkan assignment. Lepas ni kena buat macam nih gakla. Kot takkk..memang tak siap la assignment jawabnya. So AFI budak bertuah terpaksa duk rumah baby sitter ye. Sori sayanggggggggggggg hehe.
Ok meh nak kasi resipi simple untuk yang suka simple-simple. (padahal takde idea nak masakkkkk hahaha gelakkan dioooo.)
Ok nak resipi, amik sini.
MY ZUFAR
Reflected by Vagg© on Thursday, September 2, 2010 at 10:31 AM
Sambil buat assignment.. sambil hayun buai budak bertuah. Tengok muka dia.. rasa cam kejaaaaaaaaaaaaaaap sangat anak aku dah beso. How time terbang.. hahhhaa how time flies. dah 5 bulannn… next month 6 bulan yeyeyeyyyy leh kasi makan haha. BULAN PERTAMA LAHIR BULAN KEDUA BULAN KETIGA BULAN KEEMPAT BULAN KELIMA.






POSE MINGGU LEPAS-LEPAS + MINGGU INI = SEMINGGU LEBIH
Reflected by Vagg© on Monday, August 23, 2010 at 3:23 PMSalam to all.
Haha tajuk entry adelah sedikit hamfes ok. Sebenarnya nak cite pasal kisah last week lagi. Nama pun last week start pose kan.. tapi bizibodi yang melampau telah menghalang segalanya.
Ok pose ari Rabu, kirakan takde beza sangatpun. Sama je. Sebab? Ayah takleh puasa lagi since kesan dari diabetes dia yang tinggi sangat arituh, kandungan glucose dalam darah dia jadik tak stabil. So doc suruh tunggu sampai appointment bulan 10 nanti nak tengok cemana. Jadiknya, memang takleh nak puasa la. Mama pun memang dah bertahun-tahun puasa tuh dah jadik tak wajib bagi dia. Oleh itu, mak Afi nih macam hari lain jugak la.. bz pagi, prepare breakfast, tengah hari lunch, petang prepare minum petang. Tak lupa kena gendong budak bernama Afi ke sana sini huhuh, elok plak 1st day pose dia buat perangai takmo kasi letak. Last-last 1st day tuh, dalam kul 3 lebih, gua pitam sambil dukung Afi masa turun tangga.
huhuh ye sangat bahayaaaaaaaaaaaaaaa.saya tau.

Maybe kesan dari sahur makan tak banyak sangat, pastuh fully breastfeed plak.. pastuh aku ada gastrik, so berganda-ganda la ngan letih yang dah sedia ada tuh. Sudahnya, saye terpaksa berbuka. Ye ibu yang menyusu memangla TAK DIWAJIBKAN pose.. tapi takde bermakna aku sesaja amik mudah takmo pose, ok. Tak rasa orang tak tau..huhuh.
Abis pasal tuh..
Khamis second day, kakngah and family balik sini.
Harap-harap ayah happy le ramai sket orang kat rumah.
So petang tuh meriah sakan si budak bulat jadik perhatian orang agah dia. Aku plak jap-jap bawak notes nak baca untuk kelas esoknya.. jap-jap bawak notes, tapi hampeh tak sompek pun nak baca hah. Assignment pun ada lagi tak siap, ada presentation plak tuh esoknya. Dahle 2 meetings dah aku tak attend, so agak nervous kalo 3rd meeting tu aku takleh perform untuk presentation. Sume markah tuh.. markahhhhhhh. Huhuh.
Malam pas bukak pose hape sume.. aku duk sibuk install WINDOWS LIVE WRITER (WLW) kat blog kakngah sebab dia duk suruh instal photoshop nak buat watermark segala. Tapi oleh sebab WLW ni lagi praktikal for bloggers in terms of resizing pics, uploading many pics all at once sekali harung ko upload berpuluh-puluh pics pun jap je dia upload, creating watermarks directly dan macam-macam lagi la.. so ada baiknya install WLW je trus. Takyah banyak pikir.
Sambil duk download.. sambil Afi duk merengek nak ketidoran hahahaha sian budak tuh biasanya kul 7 lebih dia dah lena dah. Tapi time tuh dah kul 9 lebih.. ibu tak bawak masuk bilik gak lagi.. sure dia tensi. Aku plak dalam pale pikir assignment.. presentation.. tapi asik terbayang-bayang katil je.. ngantuk weyyyyyy.

Dah settle sume.. bawak Afi masuk bilik, nyusu, bagi tido.. aku terlena jap dalam sejam kot. Gabanz sms cakap dah on the way balik Dungun pun aku tak sedo hape. Sedar-sedar dah kat kul 12.. trus bangun buat assignment. Trus tak tido dah sampai ke pagi.
Kul 4 Gabanz sampai.. aku bukak pintu je.. trus aku nyanyi (sambil buat gaya, ok) lagu KEROPOK MONY muahahahaahahahaha. Tahu tak nape.. aku kan gile iklan pastuh suka nyanyi lagu iklan sambil buat gaya. Gabanz tensi gile. Siap aku dalam tefon dah warning awal-awal…
nanti abang sampai je.. orang nak trus nyanyi lagu kopok monyyyyyyyyyyyyyyyy.
Hahahah well.. I did keep my promise haha gilos.
Pastuh turun dapur, tengok kakngah dah siap masak untuk sahur. Dah pesan sebelum tuh aku ngan Gabanz punya tak payah masakkan sebab Gabanz pun dah makan sahur time bas stop kat Kuantan, aku lak nak makan roti sajo.
Tatap turun dapur sebab nak goreng telur nak makan ngan roti. Goreng untuk ayah dan mama skali untuk makan siang nanti time aku dah gi kelas. Tak kira la untuk makan pagi ke tengah hari ke sebab nanti ayah kena makan ubat…dan yang jadik masalah sikit sebab ayah tuh jenis susah nak makan benda sama dalam sehari. Let say kalo pagi dah makan roti, tengah hari dia dah tak selera nak makan roti gak. Kalo aku, rotiiiiiiiii je pagi tengah hari petang pun takpe la kalo dah takde alternatif makanan lain.
Tak lama.. dengar kakngah cakap..
“nasi untuk ayah nanti aku goreng karang.”
Dia ingat aku nak goreng nasi goreng kot tengok aku panaskan kuali. I goreng telurlaaa BIKOS i nak makan untuk sahur dan untuk ayah mama makan ngan roti siang kang. Tengah hari. Untuk bekfes u buatla nasik goreng kang. Kataku bermonolog jawab dalam ati je muahahahahaha sebab time tuh pale aku dah bengang tak tido buat assignment. Nak bercakap pun malas. Dahla malam sebelum tuh pun dah berjaga… so memang sangatla pancit rasanya. Nak berfikir pun rasa cam pinar-pinar gitu.Apetah lagi nak sembang-sembang ngan orang.. sape-sape pun kalo bangun sahur rasa mamai dan moody, apetah lagi kalo sepanjang malam tuh berjaga tak tido lagi huhuh.

Kakngah balik smula rumah diorang petang Jumaat tuh.. so untuk bukak pose.. aku beli lauk je then soh Gabanz masak nasik. Tak masak sebab;
- letih gile balik kelas dah kul 5.30
- aku cam bebetul sure dan pastiiiiiiiiiiiiiiiii dalam fridge takde lauk mentah (ayam ke ikan ke.. kecuali telur.) Padahallllllllllllllll.. sehari dua sebelum tuh aku dah beli ayam sekor, ok. Tengokkkkkkkk, punyela banyak masalah negara nak kena pikir sampai lauk dalam fridge pun aku lupa ada lagi. bila malam tuh tengok dalam fridge ada lauk, trus teringat kakngah masak lauk telur kicap + goreng tempe je untuk sahur sebelum tuh. sian anak-anak sedaraku huhuhu kalo aku ingat ada ayam dalam fridge memang dah bagitau awal-awal.. at least diorang semangat sket nak sahur. huhuhu sedih gile tapi nak buat cemana.. itu di luar kawalan.
- aku lalu kat satu gerai nih. in fact a week earlier dah pernah pegi.. gerai/warung nih masak best gile.. sebelah tuh ada restoran tau.. masa aku pegi dulu tuh bersusun-susun kereta depan restoran tuh, tapi sume orang pegi gerai tuh, ok. pelik gak memula. rupanya dia masak memang bestttttttttttttttttttttt. kuih pun banyak jenis. tukang jualnya pun very the polite tersangat. so no wonder la. petang tuh aku beli sup tulang RM5 banyak gileeeeeee. puas ati.
Sabtu pun sama gak tak masak sebab lambat balik dari kuliah. Seb baik Gabanz memahami kehkeh. Weekdays aku memang masak hari-hari.. tapi malang plak Gabanz balik weekend time aku bizi ngan kuliah plak. Takpe ye Gabanggggggggggg (gabanz + abang).. nanti I masak ayam bakar tuh ye. Sabo. Minggu ni insyaALLAH.
Ahad kami balik KT, lama gile tak balik rumah mertua sejak ayah sakit. adala sebulan. kalo tak.. tiap 2 minggu kami balik. Lamaaaaa tuk tak tengok Afi. Sampai je trus dukung kehkeh. Afi plak skang ade ke bila Tuk dia tegur, dia pegi jerit-jerit nangis nyaring gileeeeeeee. Last-last Tuk pun gerun nak dukung haha. Oh ye, balik rumah mertua terpaksa la tinggal ayah ngan mama kat rumah. Tawakkal. But as expected, aku balik je… tengok MACAM-MACAMMMMMMMMM MAKANAN MANIS dia beli. Oh lupa kot ada diabetes dan baru kuar wad sebab diabetes teruk muahahahahaha. Orang tua kalo bebel-bebel kang kecik ati plak. So skang saya banyak mengIGNORE saja.

gambar masa on the way balik rumah mertua. kat traffic light sompek berposing haha.
Isnin dah balik Dungun smula sebab Gabanz dah nak balik KL malam tuh. Kalo tinggal kami kat KT then aku drive bawak balik ayah, mama, afi ke Dungun tanpa Gabanz.. sudahnya tak sampai-sampai la hahaha sebab budak nih takleh duk lama dalam car seat. Aku pun tak tergamak sian plak lenguh gak ooo duk lama dalam car seat tuh. So nak tak nak, Isnin mesti kena balik Dungun smula.

on the way balik Dungun smula. Afi tido dengan lena sambil isap jari huh.
Tapi pagi tuh (takla pagi dah pun, dekat tengah hari dah), kami pergi HSNZ (spital sultanah nur zahirah) amik ubat untuk ayah sebab ada ubat tak cukup diorang kasi arituh. Waduh ponek banget, ok. Dah try cari pun kat farmasi ubat sama.. tapi takde. So alang-alang dah balik KT.. gi je la walaupun aku letih gile nak mengharung orang ramai dan pak guard kat spital tuh. Mencik huhu. Gabanz pegang Afi dalam keta.. aku pegi. Nak soh Gabanz kang kot susah plak dia nak explain sesatu pasal keadaan ayah kan. Dah settle, trus siap-siap balik KT.

Oh petang tuh untuk PERTAMA KALI.. kami bawak Afi ke Pasar Ramadhan. Yeyyyyyyyyyy excited gile. Bulat mata budak nih melilau sana sini tengok orang.. tengok makanan.
Aku plak cam bangga gile bawak anak jalan-jalan hahahahahah sabo je. Dannnnnnn.. selain tuh macam orang kemaruk pun ada bila tengok banyak makanan jual sana sini. Hmm aku rasa lepas bersalin nih, banyakkkkkk je makanan yang aku rasa nak makan. Lagi over dari mengidam masa pregnant dulu. Masalah apekahhhhhhhhhhhhhh???
Ok tuh je dulu.. dan sila menjamu mata ngangambo-gambo Afi ketika pertama kali ke pasar ramadhan.. ni dah nak balik dah.. dalam keta. Eh macam orang tak tau dalam keta haha.


are we alike? ![]()
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..














