gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
KENAPA NAMA LU MACAM TUH WEYYYYY
Reflected by Vagg© on Wednesday, July 7, 2010 at 9:22 AM*Images credited to inmagine.com.
=========================
Tahun 2002.

Gua baru abis diploma, cuti tunggu nak grad. Boring gile hari-hari mengadap TV, so gua apply jawatan GURU GANTI kat pejabat pendidikan. Rezeki gua, dapatla jadik cikgu ganti kat satu skolah rendah nih.
1st day mengajar.

Gua ada nervous bila tengok cikgu-cikgu situ serius banget. Masuk je bilik guru tuh gua rasa nak keluar balik je. Nak balik rumahhhhhh.. arghhhhhh nak tengok tibi, pelisssssssssssssssss. Padahal gua pun serius jugak. So inilah dipanggil mood mengada-ngada nak nervous tak tentu pasal.

Ok penyelia petang bagi gua schedule mengajar dan bagitau gua jadik cikgu ganti kat sorang cikgu yang tengah dalam pantang bersalin. Automatic gak gua jadik guru kelas untuk gantikan cikgu tuh. Kelas tu nama 3 CERGAS DAN KUAT (sori gua reka, sebab dah lupa nama kelas tuh, yang pasti bukan kelas 3 CEMPEDAK.)
Gua betulkan tudung elok-elok, make sure baju kurung kemas cantik, gua jalan ngan muka selambe gua. Muka selamba gua adalah muka yang serius, orang la cakap. Muka susah nak senyum. So tak jadi satu masalah besar la untuk gua, gua tak perlu nak buat-buat muka serius sebab muka dah memang serius. Cuma gua cakap kat diri gua..
‘budak-budak jangan bagi muka sangat nanti dia naik pale bila cikgu baru over ramah.’

So gua dah berkira-kira takmo jadi mesra darjah sangat unless gua perlu buat macam tu.
Gua sampai ke kelas darjah 3 tuh. Kat tangan gua, gua kepit BUKU KEDATANGAN MURID, sebab macam gua bagitau tadi, gua terpaksa ganti cikgu kelas diorang kan?

‘semua baaaaaaaaaaaaaangun. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssalaaaaaaaaaaaaaaamualaiiiiiikummmm, Cekkkkkkkk gu!’ – sorang budak laki pakai songkok bangun ngan muka sengih-sengih serius mentang-mentang jadik CLASS UMBRELLA (class umbrella=class monitor=nama yang anak jiran gua pernah bagi untuk ketua darjah sampai buatkan gua gelak guling masa gua darjah 2 dulu. Melampau gile kan gua gelak-gelakkan orang, macamla ko pandai sangat kan??????????????.)
‘aaaaaaaaaasssalaaaaaaaaaaaaamualaikum cekkkkkkkgu.’ Bunyi suara soprano sume murid. Gua jawab salam dan suruh duduk sambil pandang muka sorang-sorang. Ada yang senyum-senyum, ada yang cecepat simpan mainan, ada yang betulkan baju masuk dalam seluar, ada yang bisik-bisik kat kawan- EHH CIKGU GANTI CIKGU AZLINA KAN??, ada yang macam-macam la.
Yang pasti muka gua tetap serius banget.
..dan gua dah pesan awal-awal jangan nak bising-bising dalam kelas.

Baru gua nak start GET TO KNOW SESSION, sorang budak yang nampak ala-ala ramah sket cakap, CIKGU, GURU BESAR SURUH BAGI KERTAS IBU-BAPA. Kertas ibu bape hamendekah?? Gua mintak borang yang budak tuh pegang. Oh borang isi maklumat diri pelajar rupanya.
‘oh, nih KERTAS MAKLUMAT DIRI. ok letak kat depan ni, ya.’ Gua kasi arahan ala-ala cikgu kelas diorang. Eceh.

Pastu sume dah anto kecuali sorang budak yang nampak ala-ala gopoh gapah cari benda dalam beg. Gua tunggu je. Tak lama dia datang. Gua ingat lagi rupa budak tuh sket-sket. Pakai songkok kaler itam tapi banyak nampak putih dari itam (gua agak dia main conteng-conteng kapur kat songkok kot, ataupun main baling duster ngan kengkawan so kena songkok, eh macam gua penah main plak benda-benda gitu zaman skolah dulu), suar sedikit senteng, baju skolah sedikit kotor tanda keLASAKan melampau, stok-stok biasa budak skolah nak-nak lagi lelaki kan.. lasak kenmain. Lu tau balik rumah campak baju, mak sental macam nak bertukar jadik gorgon jadian. Eh kenapa gua emo sangat nih?
Ok sambung.
Budak yang gopoh gapah tuh datang ke depan.
‘cikgu. Ni. Kertas ibu-bapa.’

Ok fine, budak nih tak dengar kot tadi gua dah betulkan nama KERTAS IBU BAPA ni kepada BORANG MAKLUMAT DIRI. Atau maybe gua bagi vocab yang terlalu susah bagi darjah 3. So gua pasrah saje kalau dia susah nak ikut apa yang gua baru je ajar. Ishhh ni belum masuk bab tanya sifir ni, so gua masih belum naik minyak. Lagipun ape barang naik minyak hari nih, buang masa gua bersiap kan main cecantik nak menghadapi hari pertama kat skolah kan.

‘ok duk balik kat tempat awak.’
Gua nak stasrt get to know session versi gua sendiri. Kali nih malas la nak soh diorang bangun perkenal diri memasing. Baik gua tengok borang nih then panggil sorang-sorang.

Gua amik kertas paling atas. Kertas budak yang last tadik tuh la.
Tengok bahagian
NAMA MURID: Kawal Wiramas.
Whattt??? Klasik ke hape nama nih.
Ok takpe dalam pale gua dah pikir, maybe salah sorang mak atau ayah dia berdarah INDON atau JAWA, so nama agak belah-belah sana la. Gua biasa dengar orang indon nama WIRA. MAS pun penah. Tapi KAWAL?????????????? Ok takpe, sukati mak bapak dia la nak kasi nama apa pun kan. Yang gua ober sebok nih kenapa?
Gua tengok lagi nama kat kertas tuh. Oh lupa nak cakap, kertas tu tak bertulis tangan ye, siap BERTAIP ngan mesin taip. Rajin betul mak/ayah budak nih. bisik hati gua.

Pastuh gua berkira-kira.. nak panggil hamende budak nih? Wira ke? Mas ke? Mas kang bunyi macam gua feeling dia jadik suami gua plak (eh MAS kan orang indon guna untuk panggil suami diorang muahahaha gilos takkan budak darjah 3 nak jadik laki gua plak kannnnnnnnnnnn ).. atau nak panggil KAWAL? Oh ini lagi gilos. Tak sanggup gua nak gelak guling sebaik saja panggil budak tuh ngan nama KAWAL.
So gua panggil
WIRA.
Itu lebih sesuai.
“WIRA, Meh sini jap.”
Sebab gua nak tanya la nape borang tu macam kotor sket, nampak cam kesan kena air oren ke hape ntah. Selain nak kenal dia sket-sket, boleh gua pesan dengan penuh hikmah, LENKALI JANGAN LETAK KERTAS SEBELAH AIR OREN WALAUPUN SEDAP GILE AIR TUH.

“WIRAAAAAAA.”
Sume diam.
Gua angkat pale, tengok sume budak ala-ala terlopong.
Pastuh gua pandang budak yang nama wira tuh la. Dia pun terlopong sama.
Wehhh pintu kelas tak tutup nih.. korang terlopong nak bagi masuk lalat kah????????
Gua tinggikan suara gua, WIRA, SINI KEJAP. TAK DENGAR KE CIKGU PANGGIL????? Gua dah hangin.

Gua pandang dia ngan muka tension.
Budak tuh makin luas terlopong. “EH WIRA, AWAK NI CIKGU PANGGIL AWAK, MEH SINI KEJAPPPPPP.BUKAN NAK MARAH AWAK KAT DEPAN NIHHHHH.” Padahal niat gua memang nak bebel kat dia kejap kan pasal kesan air oren tuh.
Tapiiiiiiiiiii..
dia makin terlopongggggggg, ok.
Arghhhhh gua dah nak jadik gorgon dah nihhh.


Pastuh gua tengok budak-budak lain ada yang muka takut-takut.. ada yang duk bisik sesama sendiri pastu pandang-pandang gua. Ehhh lu sume nak ngumpat gua gemuk ke haaaaaaaaaaaaa???????
Apesal gua paranoid gile nih? Tetibe tuduh orang cakap gua gemuk plak kang hahahaha.

Gua masih tak kool dan tak puas ati ngan WIRA.
Gua kasi last warning, WIRA, BOLEH TAK KALO CIKGU PANGGILLLLLLLLLL, AWAK DATANG CECEPAT KAT DEPAN NIH????????????????????
Pastu budak sebelah dia tanya plak, SAPE CIKGU? Eh takkan lu plak, ada mata gua pandang lu? Gua dah hangin.
YA ALLAHHHHHH… WIRAAAAAAAAAAA.. AWAKLA! AWAKKKKKKKKKKK.
Ke nak suruh panggil apa???

Pastuh class umbrella (class monitor) menyampuk ngan muka takut-takut sket,

Cikgu, nama dia Apis.
Bukan WIRA.
What????????????? Gua tengok kertas tuh smula.

Nama murid: Kawal wiramas
Umur: 9 tahun
Nama bapa: Osman bin Abdullah (ok nih gua reka, sebab dah lupa nama apa)
Pekerjaan bapa: Kawal Wiramas (syarikat security)
Nama ibu: Kamariah binti Ali (nih pun gua reka)
Pekerjaan ibu: Surirumah
Ok abaikan yang lain-lain tuh.. sila tengok ruangan NAMA MURID dan PEKERJAAN BAPAAAAAAAAAAAAAA.

Ok gua tau gua silap tak baca dari atas sampai ke bawah borang tuh. Gua tauuuuuuuuuuuu gua silapppppppppppp.
Tapiiiiiii..
Kenapa lu excited sangat weyyyy, taula kerja security, janganla sampai silap taip nama anak pun kasi nama KAWAL WIRAMAS jugak pastuh lupa nak betulkannnn.
Skang sape yang dah nak jadik ala-ala sakit jiwa???

Eh ape yang cipta nama syarikat security tuh KAWAL WIRAMAS?
Kasi tau gua. Gua nak tikam dia ngan pensel skangggggg jugak.
=============
edited at 12.10:
gua memang tak pernah dengar nama syarikat security KAWAL WIRAMAS sebelum tuh. sebulan dua lepas tuh barula pertama kali tertengok sebuah van kaler ceklat, belakang dia tertulis KAWAL WIRAMAS SECURITY. jam tu gak gua rasa nak karate van tuh sebab teringat balik kesah memalukan dalam sejarah perGURUan GANTI gua.
APDET VERSI LAJU
Reflected by Vagg© on Friday, January 15, 2010 at 7:49 AMMalas nak buat banyak entry.. aku GABUNGJALINkan sume yang patut le kat sini ek.. haha.
- happy besday (wish kali ke-2) to member cyberku, IMA lovehaterz.blogspot.com untuk birthday dia 13hb baru nih. wish-wish le baby ku lahir 13/3 ek.. leh share nombor 13 ngan ko hahaa.
- happy advanced birthday untuk abangku, ADY jeneltentangseseorang.net untuk birthday dia esok, 16/1. aku wish skang je la yo, bang. esok aku ngajo… so kemungkinan beso tak online.
- congrats to MIJA mijabaik8.blogspot.com on her 2nd pregnancy. moga selamat sumenye ok.
- ingat nak bershopping baki barang budak tecik sket. kalo tak sempat, tunggu encikABAHnya balik je la next week.
- blog aku gile aku rasa. kat bagian COMMENTS.. last 2 nights aku approve komen yang dipost sebelah petang ke malam. esoknya aku reply.. ehhhhhhhh sukati ko je ilang. ada komen yang aku reply, ilang. dan ada komen yang orang postkan ilang. sesapa yang rajin, checkla ada ke komen korang yang ilang. kalo ada.. mintak mahap bebanyak. komen yang aku reply pun ilang sama. bukan komen korang je. ADYYYYYYYYYYY.. ini salah wordpress ke dotcom ini? sila siasat. heh.
- jadiknya.. komen yang orang postkan semalam atau malam tadi.. aku malas lagi nak reply. kot kang jadik serupa plak.. nyakitkan ati je.
- lagi pasal wordpress.. aku terpikir-pikir nape asik kena update dia nyer version manjang. kadang cam baru je sebulan update.. eh next month kuor version lain plak. kena update lagi. kalo tak.. ada je la problemnya. scheduled entries failed nak publish la, ape la. masalah comments tuh berpunca dari tak update jugak ke, idokle aku tau. seriously, walopon yang tukang updatenya adelah ADY, tapi sedikit sebanyak aku tak suka la. sebab nyusahkan orang je.
- semalam aku agak ilang ingatan. duk pikir semalam adelah hari Rabu hahaha. siap warning student aku soh siapkan homework, ESOK (arinih le, jemahattttt… padahal aku bukan ngajo ari jumaat nih hah) TEACHER NAK SUME HOMEWORK SIAP. SUBMIT KAT TEACHER. ceh. pastu dedua terpinga-pinga tapi takde plak membetulkan semula. mungkin ada ciri-ciri singa di situ.. so dedua tetibe dah jadik tikus. huh.
- huh malam tadik mimpi antu wehhhh. aku dah cakap dahhhhh. ngade sangat duk baca cite pasal entiti yang orang nampak kat AJL arituh. reference; klubbkidd.com. Antara blogger yang nampak itu entiti. huhuhuh. nak bangun gi toilet semalam pun takut-takut. tapi 3-4 kali gak aku bangun. ohoiii. budak tecik nih plak.. tiap kali aku bangun, dia pun bangun sama. sesekali cam okey la.. boleh temankan aku hahaha.. tapi pikir balik, eh nanti dia kuor.. apekah dia akan bangun tiap kali aku terjaga? walopon di malam-malam hari. hahhhhhh.
Tuh je la dulu. Sambung di lain tahun haha.
2009- KERJA
Reflected by Vagg© on Wednesday, January 6, 2010 at 8:00 AMDari segi kerja.. 2009 adalah tahun kedua aku jadik Personal Tutor kepada 2 student aku. Adik beradik nih hah. Untuk tahun 2009.. prestasi diorang amat memuaskan hati aku..
1. Si adik, Khairil.. dapat 5A dalam UPSR nya.. yang mana 4 dari 5 subjek tuh subjek yang diberikan tanggungjawab untuk aku ajar.
2. Si abang, Khairul, walaupun hanya dapat 3A dalam PMR.. tapi ketiga-tiga subjek yang dia dapat A tuh adalah semua subjek yang aku ajar.. so aku bersyukur dengan apa yang dia dapat.
Mengimbau balik pasal kerja..
Aku mula kerja sebagai;
1. Guru tadika
-selama hampir 4 tahun.. kerja yang sangat aku suka dan takkan lupakan. Takkan boleh lawan la keja-keja yang lain-lain yang aku penah keja. Wahh.

2006.. lawatan ke Turtle Sanctuary..kanak-kanak ku adalah excited melampau. ni duk diam bila nak amik gambo je. oh ke sebab teacher diorang jegil mata macam mak tiri? wakakakaaka.
2. Guru tuisyen
– nih part time aku buat untuk dapatkan side income aku. Sejak 2004..Ye la time tuh aku start keja ngajar kat tadika dengan hanya starting tak sampai 800.. mana nak bayo sewa rumah, kereta, bagi ayah, duit minyak, duit belanja dapur, bayar yuran Part time Study aku.. mana nak cekau kalo takdek side income?? Aku keja kat tadika dulu ikut office hours.. 8-5 petang. Malam la digunakan untuk buat tuisyen nih.. direct 5 hari keja tuh, memalam buat tuisyen.

motip tetibe ada gambo makanan? hahaha ni mengimbau nih.. antara makanan yang aku pernah angkat time student aku rehat 10-15 minit.. hahaha. aku kasi diorang makan.. aku masuk bilik kebabom lelap jap. abis 10 minit.. cecepat bangun pakai tudung pakai bedak hahahah nak kasi nampak fresh. time tuh sangatle penting walau tido seminit dua.asik tak cukup tido je.. weekend pun pagi ke petang menengguk kat kuliah.
3. Personal assistant
– nih lepas aku resign dari tadika.. resign bukan sebab aku tak suka ngajo kat tadika tuh.. tapi sebab aku fikir untuk cari pengalaman lain jugak.. dan untuk memajukan diri aku.. luaskan pengetahuan tengok benda baru. Keja PA nih.. so-so je pada aku hahaha. Mana leh lawan keja lama i.

memula keja baru nih.. idup tak tenteram tiap malam termimpi anak murid lama hahahaa. tiap kali mimpi.. bangun nangeh teresak-esak. haha sabo je la.
4. Project Officer.
-Tak lama keja.. promoted, dapat jawatan tuh. Sangat tak boleh blahhhhh. Walaupun bos cakap performance keja aku dari mula jadik PA sampai la jadik Officer tuh sangat tip top.. tapi aku rasa aku TAKDEK LIFE. Aku tak rasa pape pun orang nak cakap bagus ke tip top ke. Sebab aku rasa cam bebetul takdek life.. huhuh..

Aku tak suka kena pegi sana sini ke site atau attend meeting, forum atau pape untuk gantikan bos.. kat ofis plak ngan sebeban masalah itu ini nak kena handle.. aku tercari-cari life lama aku. Aku perform bersungguh dalam keja.. tapi aku takdapat kepuasan dalam diri aku walopon aku dapat memuaskan hati bos. Padahal masa jadik officer nih.. kul 5 lebih dah balik.. malam dah leh rilek takyah pikir nak carik side income dah. Tapi time tuh.. nak buat assignment untuk study aku pun aku takleh nak buat. Sebab otak gile letih.

Sedangkan masa keja lama.. kul 10 lebih baru abis ngajo pun aku masih BERSEMANGAT WAJA sambung buat assignment plak. Padahal dah seharian keja tuh hahaaha.

5. Penganggur haha
Pikir punya pikir… aku tau le nape keja jadik cikgu sebelum tuh walau dah seharian di tadika, malam plak ngajo tuisyen, lepas tuh sambung buat revision untuk part time study aku.. weekend lak 8-6 petang menengguk duduk attend kuliah kat uitm.. kiranya 7 hari seminggu aku tuh penuh je.. tapi aku takde rasa letih SELETIH KEJA JADIK P.A DAN OFFICER. Sebabnya.. keja jadik cikgu tuh keja yang aku suka.. lama mana pun aku tak rasa pressure.. tak stress.. sebab aku suka keja tuh.

Keja P.A..officer..orang cakap gaji best pun.. aku rasa cam biasa je.. lagi banyak kuor duit ada.. ye la duduk lagi jauh dari sebelum nih. Kena pikir nak ulang alik balik weekend lagi.. ulang alik ke kuliah lagi. Maybe pada orang lain.. keja tuh rileks je berbanding keja kat tadika dulu.. kekadang leh duk goyang kaki je buat keja tanpa perlu aku pening pale handle perangai budak-budak.. tapi still aku rasa life aku TAK BERMAKNA.
Sebab? Benda tu tak sesuai ngan jiwa aku. So, campur ngan niat aku nak balik KT jaga ayah mama hape sume.. aku GAMBLE je.. resign kat company lama tuh.. balik KT sebagai seorang PENGANGGUR. Takdek back-up plan langsung. Sebenonya ada, tapi takde le serius sangat. Wakakakaa. Takat berpegang pada motto.. REZEKI ADA DI MANA-MANA.. yang penting gua akan jadik cikgu semula haha.

6. Cikgu tadika balik.
- Pas 2 minggu jadik PENGANGGUR.. aku dapat keja jadik cikgu tadika kat satu pre-school institution yang langsung TAK LAYAK jadik pelindung kanak-kanak. Malas nak cite panjang.. kalo nak baca.. korang leh baca kat sini, vo.1, vol.2, vol.3, vol.4 dan vol.5. Haha. Yang pasti.. AKU KEJA SEHARI JE. Pastuh aku blah. Tak koser aku nak ngadap muka bos mental tu lagik.
7. Personal tutor
Pastuh jadik penganggur lagik.. 2minggu.. tak lama rezeki datang, lepas aku iklankan sesapa yang nak anto anak untuk aku ajo tuisyen.. silakan. Masa tu aku buat 2 pakej.. satu untuk group nyer tutoring.. lagi satu untuk personal nyer tutoring. Rezeki menyebelahi tang personal nyer tutoring.. ada satu family nih nak aku jadik personal tutor anak-anaknya. So sejak tuh.. hidup anak-anak tuh tak tenteram dengan kehadiran cikgu barunya yang GARANG MACAM MUSANG DAN SINGA JADIAN. Wakakakaka.
Itulah keja aku hingga sekarang.. masuk 2010 ni genap tahun ketiga la aku ngajo diorang. Aku akui.. keja skang ni sangat ENJOY.. sebab aku just keja 1 ½ jam je sehari, 5 hari seminggu.. tapi payment yang aku dapat, ALHAMDULILLAH.. lebih berganda dari yang sebelum ni.. dan masa untuk diri aku dan family jugak lebih berganda dari yang sebelum nih. Pentingnya.. ayah dapat tengok aku tiap-tiap hari. Dulu masa aku duk jauh.. sebolehnya dia asik je nak datang jumpa anak dia yang dapat jumpa time weekend je nih. So skang dah duk depan mata dia.. aku lega..

Keja skang nih.. bukan payment ye yang jadik isunya.. ini bukan kes ehhh aku dapat payment best ooo.. koser okey aku nak bragging padahal benda yang orang lain lagi best dari aku. Berlambak yang buat freelance tuisyen macam ni.. dapat berpuluh riban sebulan pun tak kecoh. Aku ada setakat yang aku buat je la.. idokle mewah pun, kalo nak cakap mewah.. kitorang dah beli barang-barang baby yang baju je sepasang dah RM100.. haahahah.. tapi nih.. lagi jumpa yang murah.. lagi tuh la nak cari yang murah.
Apa yang aku nak cakap.. zaman keja tadika dulu la paling banyak mengajar aku erti hidup, erti betapa besarnya 1sen tu.. compare ngan kudrat kita nih..

Syukur TUHAN bagi kesenangan hasil dari kesusahan aku sebelum nih. Syukur TUHAN bagi semula masa-masa yang aku pernah hampir takde untuk aku dan family dengan keja skang nih. Kalo aku masih keja dari pagi ke malam macam dulu, mungkin ayah ngan mama sedikit terabai dah, sebab dulu, masa untuk aku sendiri pun takde.. apatah lagi masa untuk orang lain.
Cakap pasal SESAKnya aku dulu.. zaman berhempas pulas cari duit untuk bayo itu ini dan untuk cita-cita aku sambung study.. pernah time takdek duit.. puas aku korek tabung semata-mata nak cukupkan duit untuk DUIT MINYAK aku ulang-alik ke uitm time weekend nak attend kuliah. Kadang duit cukup-cukup RM30 je untuk duit minyak pergi balik attend 2 hari kelas.. pastuh nak balik dari Dungun ke Kerteh pagi esoknya. Dah sampai Kerteh.. tanda aras minyak dah sampai ke ‘E’. Nak nangis pon ada kekadang.

Sambung plak berpikir cemana nak cari duit lagik. Gaji lagi seminggu bla bla bla..
mana nak cekau duit minyak??????
nak balik kampung
nak gi kuliah next week????
Time tuh le kalo terjumpa duit aku yang terselit memana RM10 ke.. kekadang pernah gak jumpa RM50 yang aku lupa aku penah selitkan kat memana.. rasa bersyukur gileeeeeeeeee.. bahagia gile rasa.
Bab makan.. time ada duit tu boleh la beli yang mewah sket.. masak itu ini. Time kering tuh.. pepandai le ko sarap ngan biskut.. nasik lauk ikan kering je pun dah cukup best. Tapi kurus tetap idokk wakakakakakaaka.
Tapi masa tuh susah sorang-sorang la. Nama nak mintak duit kat ayah.. idokle. Dah tiap bulan aku bagi dia duit walopon tak banyak.. ape kes aku nak mintak plak kan? Haha. Nama nak cite kat kakak-kakak aku tang kesusahan tuh.. maleh la gua. Bukan susah sampai nak mati lagi pun nye. Dan aku yakin.. kalo aku susah.. ramai yang lagi susah dari aku.

Dulu kengkawan kat tempat keja kat tadika tuh.. kalo time aku DEMAM.. diorang happy je. Ahahaha mencik. Tau nape? Sebab kata diorang.. TIME TUH LE KO NAK REHAT.. KALO TAK.. KEEEEEEEEEEEEEJA JE 24 JAM. STUDY JE 24 JAM. CARI LA MASA NAK REHAT. NI ELOK SANGAT KO DEMAM. Statement baek punye kejam.. tapi aku tau la diorang amik berat. Macehhh.. muahh!
So skang nih.. bila diberikan kesenangan yang mungkin pada orang lain SEDIKIT je.. tapi pada aku CUKUP BANYAK dah (supaya aku sentiasa ingat setiap pemberianNYA).. aku rasa semua nih adalah hasil kesabaran dan kesusahan sebelum nih. ALHAMDULILLAH.
dan aku tau.. mesti ada antara korang yang mengalami benda yang sama dalam hidup nih.. maksud aku.. dapat belajar erti susahnya hidup nih.. sebelum dapat bersenang walau sikit je pun..
Target aku lepas nih.. lepas je aku abis study.. aku perabiskan ngajar budak-budak nih (maybe sampai si Khairil nih Form 5- kalo parent dia nak lagi khidmat aku).. lepas tuh kalo modal masih tak cukup.. aku makan gaji setahun dua.. pastuh proceed ngan cita-cita besarku.
Apekah ia????

Mestila nak bukak TADIKA sendiri kan..

Dari kecik, okey.. cita-cita aku nih. Tak sangka plak bila dah beso, aku memang still stick ngan cita-cita nih. Memang jiwa aku ngan budak-budak ah. Handle remaja atau orang dewasa kekadang boleh buat aku pressure gile. Tapi ngan budak-budak.. rasa tenteram aman je jiwa. Walaupun orang lain tak rasa boleh handle berpuluh ratus budak.. tapi aku boleh je.. insyaALLAH.
Yang penting, minat.
Kalo ko takde minat.. ko buat le cemana pun.. keikhlasan menghadapi tu takkan datang sepenuhnya.
Doakan le semoga aku dapat apa yang aku cita-citakan.
…dan aku tau.. untuk mencapai cita-cita aku yang satu nih.. tentunya banyak lagi KESUSAHAN yang bakal aku hadapi nanti. Takpelah.. kalo senang sangat hidup nih.. tetibe ko dapat dah SEBIJIK TADIKA SENDIRI.. apa la sangat yang aku nak hargai nanti kan?
Untuk suami, ayah, kakak-kakak dan kawan-kawan yang sentiasa support gua sampai ke habis… mekasih tersangat.
==================
di kala kita dah senang.. pandanglah kembali saat-saat kita bersusah dalam hidup. pandanglah kembali saat-saat kita terasa terlalu banyak kekurangan yang kita perlu capai..
sebab kalo tak.. kita takkan sedar maksud sebenar mak-mak kita cakap dulu..
“HENGAT MAK COP DUIT?? HENGAT SENANG NAK DAPATKAN WALAU SINGGIT TU?”
KO GEMUK, EEE BURUKNYA!
Reflected by Vagg© on Thursday, October 29, 2009 at 11:03 AMAMARAN KERAS: Ini entry agak panjang. Kalo tak rajin nak baca, jangan komplen ehhhhhh panjangnya panjangnya. Just leave it. Dan gambar adalah sekadar hiasan. Takde kena mengena ngan isi entry.. saje nak memenuhkan ruang.
Jangan ada plak yang sentap baca tajuk entry nih okey. Jangan speku sebelum baca. Jangan plak assume aku mengata sesapa ke apa ke.. sebab kalo kutuk orang gemuk.. sama cam I gelak guling kat diri sendiri le kan wakakaka.
Cite nih dah lama.. tapi aku baru nak blogkan. Malas nak buat mukadimah panjang lebar apa kenapa cemana benda nih leh jadik.. aku pendekkan cite. Satu hari.. student aku yang form 3 nih tanya aku.

teacher, abang ni hodoh sangat ke?
Aku terkejut la..
kenapa pulak tanya gitu? ha?
Then ngan muka merah.. dia jawab..
kawan-kawan skolah abang sokmo cakap abang gemuk, hodoh. besar macam bla bla bla.
I sedikit hot masa tuh.. tapi pikirkan alah tuh masalah budak-budak.. apehal nak campur. All I need to do is to motivate him. So aku cakap..

teacher zaman skolah dulu pun gemuk, ape? tapi kalo orang nak gelakkan teacher pun, teacher selalu cakap kat diri teacher, kalau kita gemuk tapi pandai dalam belajar, orang yang kurus dan cakap diorang cantik lawa pun takleh nak lawan kita.
sama gak macam abang, rupa, bentuk badan kita nih kita takleh pilih sesuka ati. bila kita rupa macam nih.. ada kekurangan sekalipun, kena cover kekurangan tu ngan kelebihan diri kita yang boleh buat orang lupa yang kita nih ada kekurangan macam orang lain gak.
macam teacher dulu masa skolah rendah, walaupun teacher gemuk, tapi selalu dapat nombor 1. paling teruk pun nombor 4-5. tak penah teruk daripada tu. kekadang kengkawan yang suka ejek gemuk! gemuk! gemuk tu pun lupa dah nak ejek, sebab diorang tau diorang kalah dalam pelajaran. so abang pun kena macam tuh la. (ceyyyyyyy ini cite zaman skolah rendah okey. Ye memang la aku tak penah dapat nombor lebih dari nombor 6.. tapi naik skolah menengah.. semua ntah ke mana hahaha.)

Pastuh aku kasi plak contoh masa form 4-5.. zaman aku bangkit dari zaman gelap hahahaha. Ape zaman gelap tuh nanti kita cite.
masa teacher form 4-5.. pun sama. teacher jumpa lagi ngan geng yang suka kutuk-kutuk teacher dulu. tapi time tuh, diorang kelas paling ujung, teacher kelas paling elit. dalam exam teacher tak penah ketinggalan dalam kelas. so gemuk ke kurus ke cantik ke tak ke.. semua kita nih sama dari segi kepintaran. tinggal nak jadi rajin atau malas je.

Pastuh.. jeng je jengggggg.. aku masuk plak cite hal zaman gelap.
tapiiiiiiiiiiiiiii…. kalo kita nih gemuk ke kurus kerempeng orang cakap cicak kobing ke.. tapi dalam belajar kita malas.. leka.. slalu dapat markah paling rendah.. nombor corot.. cuba abang pikir cemana kita nak survive.
dulu teacher skolah asrama penuh.. tapi time tuh malas sungguh nak study.. asik homesick nak balik umahhhh je sokmo. so study pun ntah ke mana.. sokmo dapat markah rendah. masa tu rasa macam.. dahle gemuk.. malas belajar plak tuh. so berganda-ganda rasa malu ngan kekurangan diri.

sambung bebel lagi..
TAPI CUBA ABANG PIKIR BALIK.. ANTARA DUA KEKURANGAN TUH.. YANG MANA YANG TEACHER BOLEH BAIKI?
Dia jawab.. PELAJARAN. JADI RAJIN.
Aku tanya lagik.. antara dua tuh.. yang mana orang lagi pandang kita? gemuk tapi pandai ke.. kurus hensem lawo tapi suruh hafal sifir pun tak ingat?
Dia jawab.. GEMUK TAPI PANDAI.
Aku tanya dia lagi.. SO apa yang abang leh cakap pasal diri abang?
Dia jawab.. ABANG gemuk sekalipun, abang leh jadi berjaya kalau abang rajin.

Pastuh aku jawab.. tau pulakkkk! dah tuh????? ape nak susah orang ejek sampai balik umah terbawak-bawak.. sampai ngan teacher nak buat perangai.. ngan mama nak memberontak kalo semata-mata sebab orang ejek sokmo kita gemuk.
jadi kuat.
ingat yang mengutuk abang gemuk macam-maca tuh pandai tersangat-sangat ke dalam belajar. even kalo pandai sangat pun.. takkan lama tuhan bagi kelebihan tu sebab dalam hidup nih, kita takleh sentiasa rasa senang ngan apa yang kita ada. dan tak leh kutuk kekurangan orang lain. apa lagi paras rupa orang. atau fizikal seseorang.
Dia angguk.

Aku cakap lagi..
kalau orang mengata abang lepas nih.. biar je.
teacher dulu teacher buat bodo je.
Wakakakaak puan-puan dan tuan-tuan..
part ini saya telah kelentong dia baek punye. Cakap aku buat tak tau bila orang ngate aku. Padahal zaman skolah dulu.. sesapa je yang mengata aku.. terimalah pembalasan dia hahahaa.
Sama ada aku pijak kaki dia kasi sakit dan kasut kotor..
Takpun aku tarik kolar baju dia..
Takpun aku terajang perut dia (ohhh sape la yang kena masa zaman skolah dulu ekk.. aku dah lupa.. haha)
But being a teacher now.. takkan la aku nak ajar anak murid aku buat gitu kan.
Hahaha.

Moral kat sini:
1. Kalo anak kita gemuk ke.. kurus kering ke.. jangan sekali-kali pertikaikan tentang fizikal diorang. WALAUPUN SEKADAR BERGURAU. Sebabnya.. apa je yang ibu bapa cakap..akan kasi kesan yang sangat mendalam dalam hati anak-anak. Diorang akan rasa rendah diri.. di rumah.. apa lagi bila di sekolah. (dalam kes student aku nih.. parent dia tak pertikaikan pasal fizikal dia.. kawan-kawan dia je la.. tuh pun dah cukup kasi dia pressure.. balik skolah jadik tertekan.. memberontak tak tau ujung pangkal apa sume..)
2. Kasi galakan kat diorang.. yang betapa kita nih sebagai manusia memang tak sempurna. Ada orang yang fizikalnya tak le sempurna mana.. tapi dikurniakan hati yang terang, belajar cepat dapat.. jujur.. tak kedekut ilmu bla bla bla (nih merujuk pada sorang kawan aku dulu.. sebelah matanya tak sempurna.. asal dari keluarga yang kasi pagi makan pagi gitu je..tapi cukup terang hatinya.. pandai tersangat.) Ada lak yang rupa perfect la jugak.. dari family berharta.. tapi miskin budi bahasa.. pandang rendah pada orang lain.. pelajaran pulak tak segah mana..
3. Jangan lupa motivate dia.. yang dia banyak kelebihan.. tak kira la walau dia nyer academic achievement lom leh membanggakan.. tapi puji la.. dan bagitau semua kelebihan yang dia leh dapat.. kalo dia rajin dalam pelajaran.. instead of pening-pening duk pikir cemana nak cantikkan fizikal.
4. Fizikal cantik sekalipun.. tak bermakna kalo kita tak reti nak jaga kebersihan diri.. tak reti nak belajar hormat orang.. tak reti nak rajinkan diri usaha nak dapat apa yang patut kita dapa
5. Walaupun kita pernah jadi teruk.. jangan suruh plak anak-anak ke student ke jadik teruk cam kita. contoh: kalo masa skolah dulu orang ngate kita je.. trus kasi makan penampo, terus kena terajangan side kick segala.. JANGANNNNNNNNle soh diorang buat benda yang sama cam yang penah kita buat. Ahahahaa. Sah-sah masa tuh fikiran lom cukup paham apa yang elok apa yang tak kan?

As for me.. I had never felt that I’m very ungrateful for having such a CUTIE CHUBBY or even FATTY looks. It doesn’t bother me at all. Kecik-kecik dulu ada la gak rasa cam.. ALAAAA NAPEEEEEEEEELA TAK CANTIK KURUS CAM ORANG TU ORANG NIH. Biasa la tu masa tuh budak-budak. KIDS ARE SOOOO FRAGILE. Tapi bila dah beso nih.. penting sangat ke semua tuh.
..and i was telling him about my academic achievement bukan nak bagitau aku pandai tersangat. Berlambak lagi yang lagi pandai dari aku zaman skolah (my ex schoolmates do read my blog.. so they know it very well). Cumanya.. bila ngan student..harus kasi lebih motivation.. biar dia rasa semangat nak belajar sungguh-sungguh. Bukan sekadar cukup makan je.Budak-budak.. remaja nih masih memerlukan banyak bimbingan. Diorang nih kalo orang mengata.. memang cepat terasa cam banyak sangat kekurangan diri. Aku dulu pun tak terkecuali la.
.. dan bila kita dah beso mature semua nih.. ada lagi ke yang memilih kawan berdasarkan FIZIKAL? Orang nih cam gemuk tak lawa je.. malehla aku nak kawan. Macam tak best je wakakakaka. Takpun orang nih kurus keding.. cam tak berpotensi je nak buat aku suka dia. Ada tak???? ![]()
Bagi aku kalo kita body mantop.. perangai best.. tak sombong.. rupa perfect.. agama bagus..keja terjamin… ITU SATU BONUS.
Korang cemana????? Ada ke yang memilih kawan based on physical?
KALO DAH NAMA ANAK MURID, GERAM MANA PUN…
Reflected by Vagg© on Thursday, July 2, 2009 at 9:31 AM*panjang entry nih. gasakla.. ko nak baca, baca.. kalo takmo pun skip je la. cerita-cerita pasal perasaan sikit. pagi nih… aku update yang ini aje kot. aku nak tido skang. babai.
Nih muka pukul 2 pagi tadik. Buat hape bende pepagi buta time orang duk nyenyak kroh kroh?
Kisahnya.. ha nih sambungan kisah semalam la sket kan.. pasal student aku. Semalam aku soh dia tanya cikgu dia… bila last boleh anto kerja kursus dia tuh. So petang semalam aku gi ngajo tuh.. katanya.. “cikgu soh anto esok. last.” (maksudnya.. hari nih lah.)

So aku pun duk belek la smula kerja dia tuh.. banyak la dah malam sebelum nih aku dah tolong betulkan.. and I asked him to rewrite it (since he used handwritten instead of typing it in pc). Tapinya.. bila aku tengok.. kucar kacir ngan campur tulis ngan pen ngan pensil.
“semalam kan teacher dah tolong betulkan.. abis awak tulis macam nih ke nak anto kat cikgu??????”
dia diam je. aku pening tengok kerja macam tuh. bertambah-tambah sakit atiku yang dah sedia sakit nih ngan perangai dia nih hah. sejak dua menjak nih.. senang sangat terikut ngan kawan. ada la budak sekelas dia yang tak buat kerja kursus nih.. buat takat ala-ala je. asal dapat markah. so dia pun nak ikut sama. yang tak elok tuh ko suka sangat la ikut kannnnnnnnnnnn.
asal je aku tanya.. dia jawab “cikgu cakap takpe tak buat. ada gak kawan abang tak buat.”
last last gua bengang
nak markah banyak ke tak nak???????????
time tuh terasa la gak nak baling buku kat dia wakakakaka.. tapi sabo sabo. dahle gua tak brape sihat. bengang betul.

aku time tuh.. sambil duk hangen.. sambil duk pikir. esok (harinih) dah nak kena anto. takdek dah extension-extension nih. orang nak amik markah plak nih. PMR pun dah dekat. dia boleh buat rilek je. aku hempuk gak budak nih kang. tak tahan okey tengok keja kucar kacir cam orang tak reti hape. padahal dia tau je cemana nak buat elok. tapi dia saja nak cepat siap.. so takyah ikut requirement pun takpe.
subjek geografi memang bukan aku ajar pun..
tapi rasa cam tanggungjawab aku jugak since dia nih kekadang lebih banyak kena guide compare ngan adik dia. tak dinafikan la dari segi nak pikir panjang nih..kekadang nampak adik dia yang UPSR tu lagi ok.
but that’s not the issue la.. bila aku ada student.. ko pandai ke tak pandai ke.. bukan masalah. tapi yang penting ko kena rajin. ko malas, langsung takmo usaha.. ko kena la.

tak teratur tuh dah satu, tak ikut requirement dah satu.. aku dah tolong betulkan plak.. lagi dia nak tangguh tak buat smula lagik. last-last.. aku decide nak taipkan je since dia nih tak reti nak guna microsoft word. pulak dah. ikut ati.. memang aku nak soh dia sendiri buat.. tapi time tuh dah kul 5 petang okey.. kul 6 aku nak balik. malam datang smula kul 8, balik 9.30. mana sempat nak ajar dia menaip. kang duk lambat naip ada plak kena telan ngan aku wakakaka geram nih geram tak abis lagik.
so nak tak nak.. aku decide nak tolong taip balik je dia punye tuh. isi tuh aku ikut je.. kiranya aku tolong taipkan je. isi ko out… gasakla. sape soh tak mintak aku guide dari awal-awal. keja nih cikgu kasi bulan februari.. bulan june.kalo dari awal.. aku leh tolong.. ko boleh buat lagi elok dari yang ntah pape nih.
carik pasallllllllllll.

sambil tuh.. aku sms mak dia cakap aku nak balik awal. nak pegi beli INK PRINTER..ink dah abis.. then balik taipkan benda nih. sementara tuh.. aku tak biar dia goyang kaki..
“salin semula elok-elok 5 pages yang teacher dah betulkan semalam!!! ”
saje aku suruh dia salinkan padahal buang masa je since aku nak taip gak nanti. tapi aku saje je. biar reti penat sket. kalo dak lagi dia suka aku nak tolong taipkan. so gua penat nanti.. lu pun kena penat sama. bagi sket. kalo dak.. aku, mak ayah dia lak yang sibuk bersungguh pasal pelajaran.. dia steady je. PSP je depan mata lu.. laptop pandai bukak main games koyan koyan.. nak menaip tuh taknak pulak belajar.

So kul 5.30 tuh.. aku pegi plak beli ink. Model printer plak lupa.. dah sampai sana.. balik rumah smula tengok model printer. pegi balik kedai sana. nak pengsan okey. letih tak larat sebelah pagi tuh.. tengah hari dah okey.. jadik letih balik. hadoi laaa.
sudahnya malam tadik.. kul 10 aku dah tak larat.. tidur dulu. then gabanz call kejutkan.. aku tertidur balik.. kul 2 baru bangun buat benda alah nih.
sila tengok kira kanan belah kening ada KOYOK.. itu sebab sakit kepala okey. huhuh.

Ye la mungkin yang tengok secara zahirnya je nih takat baca cite aku nih.. maybe cakap
WAH GARANGNYA KO.. TAK ELOK BUAT GITU. SABARLA.
JADIK CIKGU KENA SABAR.
Tuh gua dah biasa dengar pun..
Tapi kalo yang tak menghadapi sendiri takkan tahu pun…sebab cakap tuh takde rasa apa-apa melainkan kita yang menghadapi benda tuh. mulut kasi gerak gerak.. keluarla itu ini.. tapi perasaan tuh ada datang? takdek kan.. ekekekee.
dan aku buat gitu bukan sebab aku benci student aku.. tapi sebab nak dia faham sikit pentingnya benda- benda nih semua. Nak hadapi karenah nih bukan guna satu approach je.. semua depends pada student tuh jugak. Kalo bila kita berlembut dia naik kepala.. terpaksa berkasar sikit. Tapi bukan kasar yang boleh buat diorang demotivated pulak.

dan aku tolong taipkan nih.. sebab arinih dah last date.. mana la sempat nak suruh dia belajar taip dari mula ke hape pulak. Dah tolong betulkan pun still boleh main tangguh-tangguh buat benda nih. Dia rasa dah ’selamat’ kononnya bila tengok kawan-kawan ada yang tak buat.kalo lagi seminggu nak anto.. memang aku paksa dia belajar taip sendiri.
Lagi satu.. aku tolong tuh bukan sebab dia sangat..
Tapi sebab kesian kat mak dia. Berharap sangat kat anak dia.. tak sangka pulak makin lama makin menjadi perangai. Nih pikir kan mak dia lebih dari dia. Ikutkan ati aku.. gasak ko la. Bukan aku ngajo pun subjek nih kat ko. Tapi dari satu sudut lain.. aku memikirkan perasaan seorang ibu..
dahle nak dapat markah tinggi bagian test ngan exam dah susah.. manjang C ngan D kadang kadang E.. kalo part kerja kursus nih pun tak dapat nak score even sikit.. macam mana?
I’m not a mother yet.. but I could feel the feelings of frustration because of someone we love..

Ikutkan letih aku.. ikutkan cara aku treat student aku ngan tegas sebelum nih.. ko tak usaha ko tak dapat.. ko malas ko yang tak cerdik..
memang ko beruntung la kali nih, bang.
kalo dak.. dah lama teacher kasi sebijik kasi tak lupa sampai bebila.
Geram okey..

Aku duk naip sambil duk ubah sket ayat yang lintang pukang sambil kepeningan tapi masih kontrol maNcho segak bergaya tadi nih wakakakakaa. Dalam geram geram tuh.. terselit jugak rasa kasih sayang tuh. Kalo dak.. aku tak buat dah..
“huhu abes budak tuh tak buat pape ke? huhuh kalo abang le.. jangan harap le.. kasi dia pengajaran. sayang marah-marah pun tetap sudi tolong. abang bangga ngan sayang tau..”
sms dari hubbyku semalam buat rasa cam lega sket..
walopon mungkin dia tak dapat nak memahami sepenuhnya perasaan seorang cikgu tuh.. walopon dalam tegas dan garang tuh.. masih ada boleh tahan banyak la jugak kasih sayang aku kat student aku nih. eh takde le teruk sangat gua nih kan. wakakakaaka. at least time dia nak exam.. aku sanggup datang ulangkaji ngan dia. free of charge. duit memang le penting.. tapi tak setiap masa kita kena pentingkan duit tuh.. pengorbanan dan kasih sayang tuh tetap sama penting.

ko rasa kalo ko tuisyen ngan orang lain.. semua cikgu nak layan ko gini ke abang????????? jangan harapppppp. ko pikir sket. bukan darjah 3 ko skang nih.. dah tingkatan 3…
takmo pikir tang cikgu.. pikir tang mak ayah sket la..

Buat keja ikut suka cincai cincai gini nak suruh aku cakap “OK, DAH BAGUS”….. ? Nih baru tengok depan depan isinya belum kan.. lagi sakit ati.

Gini ke nak menunjukkan kita bersungguh buat kerja yang cikgu dah kasi.. yang penting untuk exam PMR kita? Eh gua kasi chance nih bukan sebarang chance jugak. Sebab aku dah kasi kaw-kaw jugak kat dia tadik. Terkebil-kebil. Nampak dia nak marah sket..aku dulik sangat marah dia.. kesedihan mak dia tuh lagi penting..

haha tak mampu weh aku nak berpura-pura senyum . nih dah muka SELENGE dah nih.. lepas semayang subuh kul 6.15 pagi.. aku dah gerak pegi antokan ke rumah dia benda nih.
korang mesti cakap kan.. nape sampai nak kena anto.. soh je la mak dia datang ambik. bukan masalah mak dia tak leh datang.. maknya doc.. dan aku dah tau sangat rutin kerja dia.. kadang-kadang kul 1 pagi baru balik dari klinik. rumahnya boleh tahan la jauh dari tempat kerja.. dari skolah budak-budak tuh.. pagi mak dia kena anto anak dia si abang yang buat hal nih dulu… then adik dia.. then baru la jumpa rumah aku… then jauh lagi.. baru le sampai ke klinik dia.
bagi aku cam menyusahkan dia yang aku anggap cam kakak dah sket.. nak kena pegi amik kat umah aku.. then patah balik anto anak dia nih.. anto lagi sorang.. then baru pegi keja. dia turun keja 6.45.. anto anak-anak sume. balik tengah hari amik anak.. kul 2 pegi klinik smula. petang balik kul 6.. kul 7.30 dah gerak ke klinik smula malam. Kul 1 pagi baru balik umah smula.
She’s a single mother actually.. if u wanna know the real situation.Ex-hubby dah takde kat sini.. tapi sentiasa tiap hari call once a month balik jumpa anak-anak.. kemudahan semua ada. Sebab tuh la diorang tak kisah bulan-bulan berhabis bayar cikgu datang ngajo ke rumah diorang, beli itu beli buku ini hape sume.. untuk pelajaran anak-anak. Mungkin dari segi kasih sayang atau pressure tuh ada la sikit kurang, manade family yang perfect.. tapi at least.. sebagai anak.. tak banyak.. sikit pun harus ada kesedaran jugak demi mak nih.. demi ayah nih..
that’s why i think bout her, the mother, more than other things , sometimes..
yes she pays me for teaching her children, but at the same time, i’m willing to help her more than that..
aku tak kisah bila dia kena ke KL ke ape ke.. dia mintak tolong ambikkan budak budak nih dari sekolah.. bukan kerja aku pun kan? tapi sebab benda tuh kita sendiri boleh fikir… kita sendiri leh decide untuk fahami dia.. kalo kita nak.

so nak suruh orang fahami apa dan kenapa kita buat something tuh.. idokle senang. aku kekadang mudah je.. kalo nak cakap banyak sangat.. sila cuba try test sendiri cemana keadaan tuh.. baru la kita leh rasa kan.
yes it;s not easy to teach student nowadays.. but it’s not damn easy as well.. to make people understand why we do something for the sake of our student.
as for me..
i will always love my students.. regardless of how ‘terrible’ they are. coz it’s something bout love, which is HARD TO EXPLAIN. same goes to the question of why i love teaching very much. it’s also hard to explain.. but i know the love grows day by day..
![]()
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..





