gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
TAKMO PEGI SETOLAH KINAPEEEE? – TIPS nak handle (part 2 dah)
Reflected by Vagg© on Friday, January 1, 2010 at 8:52 AMOkey sambungan.. dari entry semalam, part 1.
6. Motivation dari benda/
individu yang diorang suka.
Kanak-kanak nih kan cepat terpengaruh. Kekadang kalo suka something, atau suka seseorang, apa je yang berkaitan ngan orang tuh, sure dia nak tiru kan? So inilah peluang yang parents boleh ambik untuk buatkan diorang suka ke sekolah, dengan bantuan benda/indvidu yang aku sebutkan tadi nih.

Contoh;
- Anak korang suka gile ngan sepupu dia yang darjah 6 tuh.. takpun tak kira la beso mana orang yang dia suka tuh. Even datuk dia sendiripun.. kalo dah jadik IDOLA diorang.. mintakla bantuan diorang untuk membantu menggalakkan anak korang gi skolah. Cara dia, sure korang tau kan? Suruh la diorang kasi baek punye ayat kat anak korang.. biar berSINAR-SINAR mata diorang nak buat apa yang IDOLA diorang tuh suruh.
- Korang gak boleh menambah sedapkan cerita (bukan nak menipu ye, tapi nak galakkan diorang suka ke sekolah) tentang IDOLA diorang nih. “KAK NANA tuh kan kak… dia skolah slaluuuuu dapat nombor yang bagus-bagus. sebab dari kecik dia memang suka pegi skolah. Takde nangeh-nangeh pun. Kalo nak nangeh pun hari mula-mula je.. lepas tuh dah ok dah. Dia suuuuuuuuuuuuuke sangat gi skolah tau kak? Kakak takmo jadik cam dia ke?”
- Buku cerita tentang cartoon character yang diorang suka. Yang cite pasal pegi ke skolah. Ataupun VCD, rancangan kartun kat TV.. yang cite pasal cartoon characters tuh pegi skolah. Ada sesetengah budak, bila diorang tengok POOH, DORA , MICKEY MINNIE MOUSE pegi skolah.. oh tetibe nak pegi skolah samaaaa. Wahhh.Hari-hari duk tayang CD Dora Goes to School kat anak korang yang gile Dora.. lelama hilang le jugak serba sikit keras ati dia.. mana tau tetibe je kuar statement.. AI PONG NAK JADIK CAM DORA JUGAKKKKKKKKKKKK…PIGI SETOLAHH.. ekekeke.



Selain kasi diorang layan sendiri CD.. mak mak ayah ayah mainkan la peranan jugak.. baca sendiri buku cite yang ada, yang berkaitan tentang sekolah. Biar anak-anak korang dengar.
*Aku takkan terima okey, alasan dari parent yang cakap TAK RETI NAK BACAKAN CERITA.. TAKDE BAKAT LA.. bla bla. Korang tak cuba cemana nak reti? Pastuh nak pulak suruh anak cuba pegi skolah, kalo dia jawab TAK RETI jugak… ada best tak rasa? So sendili mau ingat.. kalo kita nak anak cuba something.. kita pun kena cuba something yang kita lom penah cuba dan sebelum nih tak yakin kita mampu buat.

Cite gak pengalaman korang zaman-zaman dulu (toksah le plak cite pasal korang pun kena kejar keliling rumah sebab takmo pegi skolah ahhahahaa not gooooooooooooodddd.. ya, buat masa skang lom elok lagi nak cite benda-benda tuh, diorang lom reti pikir lagi. silap aribulan, samakan je ngan diorang nyer style, MAK TAKMO PEGI SKOLAH, SO SAYE PONG TAKMO JUGEK! Haaa hamik ko. Ilang le nak suruh anak pegi skolah.)
So, sila cerita benda-benda POSITIF je kat diorang. Masa bercerita tuh.. bukan je leh buat anak korang berfikir.. tapi jugak bantu diorang gunakan imaginasi diorang, which is good for their mind development.

7. Teacher’s (s’) cooperation.
Kerjasama cikgu juga penting. Biasanya cikgu yang dah berpengalaman akan tahu cemana nak handle anak-anak nih. Diorang tengok pun dah tau budak nih jenis cemana. Biasanya cikgu yang bebetul ikhlas nak ngajar anak-anak kecik takkan kisah cemana perangai budak-budak bila nak masuk skolah nih. They will know how to handle them.
Cuma apa yang korang kena bagitau sket-sket info kat cikgu tuh.. bagitau la sket anak korang nih jenis akan cepat terkencing bila takut dan jumpa orang yang diorang lom biasa ke (toksah gelak la.. nih memang pernah berlaku okey… so parents kena bagitau awal-awal so that cikgu tuh leh prepare hahaha.).
Takpun kalo anak korang ada masalah trauma atau fobia yang amat bila jumpa orang yang diorang tak kenal sampai gigil-gigil ke apa ke.. tuh kena bagitau ek. So that the teacher(s) will know how to handle them rightly.

Ada gak cikgu yang bersuara tinggi dan nampak garang… menyebabkan anak-anak takmo pegi skolah disebabkan rasa takut diorang tuh. Ya, ini juga berlaku. Suara cikgu tuh kuat sangat, budak tuh plak ingat cikgu marah dia.. haaa sudah. Takmo gi skolah plak. Eh eh ehhh.. benda nih berlaku, okey.
(Wakaka berlaku kat i plak tuh.
Ohhhh..)
Kisahnya.. suara aku kebetulan la plak memang kuat kan.. ada sorang student aku nih ingat aku marah dia. Sudahnya 2 hari takmo pegi skolah.. last-last aku tau tu bila mak dia bagitau. Laaaaa ahahaha. Tapi esoknya tuh aku tetap suruh dia tinggalkan anak dia kat kelas.. pastuh pepandai la gua approach dia. Zappp.. kejap je dah okey gelak-gelak peluk-peluk I, okey. Hahaha.
So kerjasama dari guru pun penting untuk amik ati anak-anak nih. Diorang nak kena percaya kat kita dulu kan.. so lepas tuh takde la masalahnya. Bila diorang dah rasa mesra.. selamat ngan cikgu… takkan ada lagi kes SCHOOL, I HATE UUUUUUUUUUUUUUUUU. Haha.

8. Parent’s (s’) cooperation.
Nih bila kat skolah ek. 1st or 2nd day still akan diconsider OKAY kalau korang nak temankan anak/ tunggu biar diorang okey dulu. Sebab ada sesetengah budak.. dia akan TERKEJUT bila tetibe mak tinggalkan gitu je tanpa cakap pape. Ada gak yang even terkejut.. tapi boleh adapt dengan situation baru tuh dengan baik, dengan bantuan guru.
So 1st day, kalo korang nak tunggu tuh still boleh. Tapi kalo korang kental.. 1st da.. just tinggalkan je lepas korang kasi KATA-KATA SEMANGAT TERLEBIH DULU. Toksah risau la.. teachers know how to handle your kids. Hmmm.. 2nd day pun boleh lagi la walaupun aku tak galakkan hahaha.

(selingan: zaman aku ngajo dulu.. aku dah remind parents awal-awal.. 1st day je aku benarkan tunggu wakakakaka. Kejam kan? Sampai aku nyer pengetua siap pot pet dalam meeting.. “si Nini nih 2nd day dah jegil mata tak kasi parent tunggu anak diorang.” Hahahahaa. I fedulik hape. Tapi ayat sambungan dia lepas tuh.. “tapi elok dia buat gitu, lagi cepat budak-budak biasakan diri ngan kelas, ngan cikgu dan kawan-kawan. Takkan nak mak ayah teman belajar sama dalam kelas kan? So korang kena ikut si nini nih. Paling lama 2nd day je leh tunggu anak.”)
<<ceyyy konon kembang idung lah bos kutuk-kutuk pastuh puji balik??? takdok maknenya.. apa yang aku buat untuk menyenangkan both parties.. parents tuh dan anak-anak diorang gak. mau ke sampai seminggu ko datang lewat keja atau amik cuti semata-mata nak tunggu anak? sampai bila?? dan anak plak.. lagi cepat diorang leh adapt ngan new environment.. lagi cepat proses pembelajaran tuh.
Kalo la mak ayah asik duk tunggu.. dalam pale diorang nih ada sape? Mak ayah la kan.. padahal diorang nih kat skolah. So sepatutnya dalam pale kena ada cikgu dan kawan-kawan dah.
Oh lupa.. untuk menyenangkan aku sama ye. Haha. Tapi hasilnya sangat bagus.. hari ke-3.. dah leh start ngajo.. kelas lain ada yang masuk 2 minggu baru takdek gangguan, baru leh ngajo. Ngan aku.. cannot.. sometimes i got to be very firm and strict.
Cara aku maybe nampak tak ‘relevan’ bagi sesetengah parent. Tapi.. dari segi keselesaan guru.. parents pun kena ingat. Yang kena mengajar anak-anak ni si cikgu.. so kalo anda di tempat guru, selesakah anda bila anda nak mula handle anak murid.. mula nak pujuk.. nak biasakan diri diorang dengan anda.. nak mula bukak buku cerita bercerita untuk tarik perhatian diorang, TAPI DIPERHATIKAN OLEH PARENTS? Sure rasa tak selesa kan?
Bagi aku.. memang gile punye tak selesa. Please let me handle your kids coz they are mine now. Yes, student adalah milik guru apabila di kelas. Selagi cikgu tuh takde guna kekerasan, violence ke hape ke terhadap kanak-kanak di kelas.. biarkan anak anda dengan cikgu diorang.
Jangan terlalu risau.. jangan terlalu bimbang anak takleh nak adapt with the new situation.
Come on.. semua orang gitu.

Ape purpose anto anak pegi skolah? Nak diorang jadik independent kan? Nak diorang berani kan? So leave them, let them learn something new.. to handle their own emotion, to mix around, to socialize and
you should even let them cry.
Biarkan nak nangis pun.. nanti stopla tuh. Taula cikgu diorang cemana nak handle.. taula diorang diam bila tengok kawan-kawan lain asik main kejar-kejar, cuit-cuit segala. Sila kesian kat anak secara berpada-pada. Masuk second or third day, tinggalkan diorang trus ngan cikgu diorang. Lagi lama korang nunggu dia.. lagi lama dia nak amik masa sukakan skolah diorang tuh.
Please remember that!
So give cooperation to ease the process.

9. Firm and strict approach.
Korang dah gunakan semua soft approach untuk anak tapi lom menjadik jugak?
So this is the time for using the strict and firm approaches. Some kids tend to take advantage on their parents’ leniency. Diorang tau mama diorang leeeeeeeeeeeeemmmmbut sangat. So diorang akan naik kepala.. nanok pegi skolah jugakkkkkkk. Nanokkkkkkkkkkkkkkk.
>>Padahal mama dah tunggang terbalik ikut semua apa yang dia nak. Nak eskem.. okey meh beli. Nak beg skolah Barbie… okey. Nak sikat rambut Barbie supaya bila sikat pagi nak gi skolah tuh nampak cantik.. okey amik. Tapi last-last ko kasi mak korang plak tensi sebab ko takmo masuk gak kat kelas kan, budak? Hahaha.
Hey mum and dad out there,
this is the time to be firm.
You have used the soft approaches but no positive upshot. So skang jadiklah sedikit tegas dan garang.
Maksudkan apa yang korang cakap. Ajar anak untuk tahu tanggungjawab diorang sama dalam memberi dan menerima. Ajar diorang jika kita dah terima something, kita juga harus tau untuk memberi, supaya both parties akan puas hati, akan happy, akan bahagia.

Sama macam parent dah bagi diorang macam-macam, sampai dah masa untuk diorang train diri diorang untuk bagi pulak apa yang parents nak, untuk appreciate kasih sayang parent untuk diorang. Bukan hanya semata-semata menerima. Ajar diorang erti TANGGUNGJAWAB seawal umur diorang nih.
Biarkan diorang rasa takut dengan apa yang kita cakap. BUKAN TAKUT HINGGAKAN BUAT DIORANG JAUHKAN DIRI DARI KITA, tapi takut kerana ketegasan kita. Jangan terlalu berlembut hinggakan merosakkan anak.

Contoh;
- Tunjukkan yang korang serius. Jangan asik duk berlembut manjang, sudahnya nyusahkan korang kan? Apa salahnya bertegas sket. “Kakak, ibu dah bagi apa yang kakak nak. So kakak jugak kena ikut apa yang ibu nak. Ibu tak main-main, ya. Kakak dah besar so kakak kena belajar untuk patuh apa yang ibu dan ayah nak. Sekilah tu penting, so kakak kena pegi. Ikut cakap ayah dan ibu.”
- Atau.. “Abang, kalau kali nih abang tak ikut apa yang abah cakap, abah takkan ikut lagi apa yang abang nak lepas nih. Sebab both of us kena buat masing-masing happy. Abang nak happy, abah buat abang happy. So bila abah nak happy, abang pun kena la bagi abah happy jugak. Kalau kali nih abang degil lagi, abah takkan biarkan dah. Abah takkan lembut-lembut dah. Ingat tau?”
- Sedarkan diorang yang diorang kena tunjuk contoh yang baik pada orang lain. “Daniel, Daniel kena tunjuk kat adik yang Daniel bukan macam dia yang still kecik lagi, asik nangis je. Daniel nak ke kalo Daniel nasihatkan adik suruh buat pape, tapi adik takmo ikut? Suka tak? Sama la macam papa dan mama, bila papa mama suruh Daniel buat pape untuk kebaikan Daniel, Daniel kena ikut jugak.”
- Bagitau diorang, ingatkan diorang yang sikap diorang tuh bukan sikap yang baik dan sebagai parent, korang tak suka dia buat perangai gitu. Sekali dua mungkin boleh dimaafkan.. tapi bukan lebih dari tuh. “Nina.. listen. Esok, ibu dan abah takkan consider dah kalo Nina mengamuk takmo pegi skolah okey. Nina dah 2 hari mengamuk and you yourself know that being like that is definitely not good for everyone. It’s a very bad attitude. Ibu dan abah tak suka Nina buat perangai macam tuh so lepas ni, ibu dan abah takkan pujuk lagi. You have to change it okey. Nina tau kan kalau buat perangai, orang takkan suka kita kan? So kalau nak orang sayang dan suka kita, kita kena tunjuk perangai yang baik.”
- atau.. “Sayang, ko takmo gi skolah? Meh mak kasi penampo sebijik nakk????????? Mak ko dah tensi tahap gajah duduk pastuh berguling dah nihhhh paham??????” (wakakakaak ini hanya selingan kisah RATAPAN SI ANAK TIRI. Jangan ikut plak tips nih hahahha.)

So berbalik kepada bertegas nih.. ini adalah penting jika soft approach dah tak jalan. Yes parent kena berlembut ngan anak coz jiwa diorang lembut. Tapi semua nih bergantung pada keadaan. Jika anak reluctant nak ikut apa yang kita suruh SELEPAS DAH PUAS KITA BERLEMBUT, tiba masa untuk kita bertegas plak. Biasa dengar kan.. dalam lembut, harus ada tegas dalam mendidik anak-anak nih. So kena ingat tuh.
Jangan biarkan anak yang mengawal kita.. kita yang harus mengawal diorang dalam membentuk diorang.
Kalo korang nak ikut kehendak anak takmo pegi skolah, sampai bila? Sampai ke sudah ke nak layan kehendak diorang.. takmo pegi? Takpun nak suruh tunggu kat kelas manjang. Korang pun sure kena keja kan? So kekadang, untuk ajar anak jadi kuat.. kita sendiri kena KUAT SEMANGAT untuk bertegas dan tinggalkan je diorang kat kelas walaupun rasa kesian gile bila dengar diorang nangis.

Ye aku paham.. mak ayah mana tak sayu nak tinggal anak.. dan tak sayu bila dengar anak menangis kan?
Tapi pikir jugak dari segi lain..
Kita nak anak independent.. nak anak kuat.. nak anak boleh hadapi apa je situasi di sekolah..
So kita kena la berkorban sket.. bertegas dan jangan bagi muka dah kat anak-anak. Kita dah mulakan dengan cara lembut .. so tibalah masa untuk gunakan plak cara yang keras dan tegas plak.
- Lepas dah bertegas apa sume.. bila anak dah okey kat skolah.. approach diorang smula dan bagitau kenapa kita bertegas dan marah diorang. Remind diorang yang kita buat gitu bukan sebab benci atau tak sayang. Bagitau betapa bermaknanya diorang kat kita.. dan jangan bagi diorang rasa DOWN + rasa tak diperlukan oleh parent dah.

10. School is FUN- 2!
Point last nih sebenarnya penting sangat, ye. Ni related ngan point no. 3 yang aku dah explain semalam. Besides of telling the kids regarding the importance of schooling, the parents as well, have to keep on reminding their kids how fun the school is. Nih aku ada selitkan dah sebelum nih.. cite pasal apa yang ada kat skolah selain belajar.

BONUS ye untuk korang yang hantar anak ke kindie yang cukup menitikberatkan tiap segi perkembangan anak-anak. Bukan setakat belajar je.
Every kindergarten should actually focus on ways of developing children not only academically, but emotionally, physically and psychologically as well. So carilah kindie yang menitikberatkan semua nih.

Kanak-kanak bukan untuk diajar supaya BELAJAR, tapi jugak untuk menyanyi, mewarna, melukis, berlakon, bersiar-siar di taman, berlari di padang, berkelah, melawat dunia luar (lawatan. contoh; lawatan ke zoo, tempat-tempat yang leh stimulate diorang punya mind…etc.), memetik bunga, daun, bermain pasir, tengok apa di sebalik kejadian alam, buat kraftangan simple-simple (ikut diorang punya kreativiti), belajar cemana nak buat sesuatu (contoh nak uli doh kuih.. they will enjoy this kinda activity very much!).. bersolat, berinteraksi dengan rakan-rakan selain dari rakan di kelas diorang.. dan macam-macam lagi la.

So tanggungjawab korang untuk pilih tadika/kindie yang menitikberatkan benda-benda nih.Macam kindie yang aku ngajar dulu.. aktiviti wajib – sambut birthday anak-anak murid, aktiviti menyanyi, slot kreativiti/seni, sambutan raya/hari guru/hari kanak-kanak/keagamaan, amali solat, lawatan ke taman haiwan, nature walk, sukan tahunan, konsert akhir tahun, contest-contest untuk kanak-kanak amik bahagian, macam-macam lagikla.

INGAT.. kanak-kanak usia 4-6tahun nih masih di tahap yang diorang takleh dipressure ngan belajar je. Harus ada aktiviti lain yang menyeronokkan. FUN LEARNING adalah penting. Kalo korang tersilap pilih kindie yang mengenepikan benda-benda nih.. cemana anak nak excited lagi pegi skolah esok lusanya? Kan?

So, sebenarnya, awal-awal lagi survey, observe dan pilih la tadika yang ada ciri-ciri yang aku cakapkan tadi. Kalo takde semua pun takpe.. at least ada la 2-3-4 ciri-ciri yang leh buatkan ia menjadi tadika sangat mempraktikkan FUN LEARNING. Bukan ko letak budak 4-5 tahun suruh duk atas kusi dari kul 9-11.. belaaaaaaaaaajo je! Orang dewasa pun muntah, ok. Apetah lagi budak kecik yang masih kurang daya tahan, daya kesabaran dalam diri diorang tuh kan?

So the choice is in your hand.
Dah kompem dah tau semua pasal tadika yang korang nak anto anak-anak korang tuh.. tibalah masanya untuk yakinkan diorang yang tadika nih bukan tempat untuk duduk belajar je.. banyak lagi yang best di sebalik nama S.E.K.O.L.A.H tuh.
=======================================
So itulah saja tips yang terlintas di minda aku.. ekekee kalo ada lagi.. aku tambah le lagi di kemudian hari. Bila? Haaaa itu kita tak tau wakakakaa.
Cumanya aku nak remind korang.. tak semestinya 10 tips aku kasi tuh.. SEMUA AKAN MENJADIK. Ingat tuh.. sebab setiap individu nih berbeza. Cuma yang aku rasa perlu.. mulakan ngan soft approach.. kalo tak menjadi.. barulah guna firm/strict approach. Jangan buat anak rasa DIPAKSA untuk ke sekolah dari awal.. nanti diorang pegi kerana takutkan korang..
That’s why aku suruh praktikkan yang soft approach dulu. Lepas semua dah tak jalan.. dah tiba masanya untuk bertegas sedikit.
Untuk tips-tips selain soft and firm approach tuh.. terpulang la yang mana nak didahulukan dulu. Bergantung pada keadaan, emosi anak, dan emosi korang sekali.

CUMANYA..
Jangan plak sekali try.. tak menjadik.. semudah-mudahnya korang putus asa. Itu tak boleh diterima. Kita nak anak kita jadi kuat semangat, alih-alih kita plak yang cepat putus asa nih apa kes?
So, let the kids learn something from you first. Biar diorang ikut dan belajar betapa kentalnya korang, betapa sabarnya korang, tak putus asa.
dan jangan lupa DOA..
Nih tips dari ustazah Nor Bahyah yang pernah aku baca.. untuk lembutkan hati anak:
Surah Ali Imran ayat 200
As Syuraa ayat 19
Al Hasyri ayat 21Baca ayat-ayat nih.. hembus dalam air.. kasi anak minum. Paling-paling pun.. baca al Fatihah, selawat.. mintak pada ALLAH.. yakinkan diri yang DIA akan kabulkan doa kita.. INSYA ALLAH..
Selamat berjaya untuk korang.. dan jangan lupa google jugak tips-tips lain.. sure banyak lagi selain dari pengetahuan dan pengalaman aku yang terhad nih. Jangan bergantung kat sini je. Usaha dan jangan give up okay.. INSYA ALLAH. Anak-anak adalah anugerah untuk kita.. hargailah diorang dan kawallah mereka sebaiknya…
TAKMO PEGI SETOLAH KINAPEEEE? – TIPS nak handle (part1)
Reflected by Vagg© on Thursday, December 31, 2009 at 2:49 PMSOALAN:
Azim dah nak masuk tadika nanti. Tapi dia macam taknak pergi skolah. Dah puas kami pujuk, maybe dia ada bad experience sebelum ni. Harap akak boleh kasi tips bla bla bla.
- from Mrs. Taj via sms (aku summarizekan je sms dia, apa yang aku ingat dan letak dalam pale.. sebab sms tuh aku terdelete huhuh.)
JAWAPAN:
Kalo Mrs. Taj ni tak tanya soalan ni pun.. aku memang plan nak buat entry berkaitan benda ni. Nak-nak bila dah nak bukak skolah kan.. lagi le aku teruja nak buat. Asik duk teringat je kat cite time ngajar kat tadika dulu-dulu. Ingat senang gua nak lupa? Oh tidaaaaaaak.. Untuk yang lom tau.. memang ni kerja yang paling aku suka dan takkan lupa.. dan long term plan aku pun.. mau ada pre-school institution sendili.. amin..
Okey berbalik pasal kes anak takmo pegi sekolah.. benda nih adalah benda yang biasa berlaku, tapi JANGAN DIAMBIL REMEH. Sebabnya.. dari apa yang aku pernah baca, dari segi psikologinya, kes macam ni jika diambil remeh oleh parents dan diorang tak cuba membantu anak-anak nih untuk mengatasinya, akan ‘membuka peluang’ untuk kanak-kanak tuh menjadi individu yang cepat give up dalam apa yang dia nak buat, lemah, takut menghadapi cabaran dan masalah.. dan juga suka lari dari masalah yang akan dan bakal dihadapi pada masa depan nanti.

Makcik nak tanya nih, kenapakah kamu takmo pegi skolah ye Shafiqqqqqqqqq????? Ape SEBABBBB? Haha.. sebenarnya nih normal bagi kanak-kanak yang;
- kurang terdedah dengan pergaulan dengan kanak-kanak lain. dalam erti kata lain.. kurang bersosial.
- tinggal di rumah sepanjang usia 0-4 tahun, maknanya tak tinggal di taska, ATAU yang dah biasa bergaul dengan kanak-kanak lain dalam kelompok yang ramai. ini adalah lagi satu faktor, yang mana kita akan dapat beza cara kanak-kanak yang dah biasa di taska dengan yang sebelum masuk skolah, duk kat rumah tak kira ngan pengasuh ke ngan nenek ke ngan mak ke. TAPI ingat, ada jugak kanak-kanak yang dah biasa duk taska.. tapi tetap bermasalah bila nak masuk tadika/skolah. tapi tak ramai la.
- kanak-kanak yang cam mrs taj cakap, maybe ada bad experience bila sebut hal skolah. contoh; ada orang takutkan dia pasal skolah ke.. cikgu garang ke.. atau dia pernah dihantar ke tadika/taska sebelum nih tapi dibuli rakan atau pape je la yang logik okey.
- kanak-kanak yang pemalu dan susah nak berenggang ngan ibu bapa dan hanya leh bergaul ngan adik beradik dia je.
- kanak-kanak yang nak hidup dalam ‘dunia’ dia je.. takmo sikitpun campur ngan dunia yang baru.
- kanak-kanak yang anti sosial.. takmo kawan ngan orang lain.
- kanak-kanak yang sebenarnya bukan dia takmo pegi skolah pun, cuma dia belum mengetahui akan keseronokan di sebalik pergi ke sekolah, ada cikgu yang amik berat pasal dia.. atau lom rasa lagi betapa bestnya ada kawan-kawan kat skolah yang diorang leh ajak main power ranger, guling-guling.. even leh ajak rebut-rebut mainan atau paling basic la.. REBUT KALER PENSEL sampai boleh pegi cubit kawan sampai lebam. itu semua adalah proses pembesaran kanak-kanak yang sangat biasa. the more they explore, the more the will enjoy their ‘life’ at school. tapi tuhle.. cuma diorang lom tau je kan.

TIPS:
Okey apa yang aku cakap nih based on knowledge, experience and reading ye.. dan tak semestinya cara atau tips yang aku bagi nih SESUAI UNTUK SEMUA KANAK-KANAK. Sebabnya, setiap kanak-kanak, lain pendekatan yang kita kena guna. Semua nih berdasarkan perangai dan response yang dia akan bagi bila kita approach diorang. Sama la macam orang dewasa kan.. tak semua orang sesuai dengan soft approach.. ada yang kena tegur kaw-kaw baru leh ubah diri… dan ada gak yang takleh orang tegur dia teruk-teruk.. kena lembut. So, gitu gakla kanak-kanak.
You are the mum.. the dad.. so you got to know your children very well, before using any approaches. Remember that.

1. Kenal pasti kenapa anak
takmo pegi skolah.
Nih benda 1st yang korang kena tau. Kalo tak.. guna la cara pape pun takkan jalan. Okey maybe la kalo jalan pun.. kejap je. Tapi lepas tuh.. diorang akan mula balik perangai takmo pegi skolah tuh.
So sila la kenalpasti kenapa diorang takmo pegi skolah.
- Takmo pegi sebab takutkan cikgu? Kenapa boleh jadik gitu? Ada orang pernah takutkan dia yang CIKGU KAT SKOLAH GARANG MACAM MUSANGGGGGGGGGGG.. EEEE TAKUT. Hahah. So kena yakinkan anak-anak yang cikgu pun macam mak ayah diorang gak. Kalo kat umah, mak ayah yang akan jaga dan sayang diorang. Kalo kat skolah plak.. sure la cikgu yang akan ganti mak ayah dorang. Cari la pape cerita kanak-kanak yang menunjukkan cikgu tuh baik, dan akan layan mereka dengan baik sekali.
- Takut ngan kawan-kawan. Atau takut orang buli? Maybe dia penah tengok cite atau drama student kena buli.. so diorang takut. POSSIBLE. Kanak-kanak kan cepat terpengaruh. Remind diorang yang benda tuh hanya cerita je, dan kalo terjadi sekalipun, diorang tak perlu takut dengan semua tuh sebab kita kena berani di mana-mana je dan tak boleh bagi orang pijak kepala kita. Kalau terjadi benda nih.. remind diorang yang akan ada individu yang akan melindungi diorang iaitu GURU. Tanamkan sifat berani dalam diri diorang. Jangan bagi jadik penakut. Tunjukkan cerita pape yang logical.. yang menunjukkan orang yang berani, tabah dan kuat.
- atau diorang ada pengalaman sebelum nih. contoh dah penah kena antar taska ataupun kat baby sitter yang ada 2-3 orang anak.. then anak-anak tuh pernah kacau atau pukul dia ke hape ke. tuh contoh la. kids are so fragile and every single thing happened to them beforehand would affect their future attitude, emotional and behaviour.

Biasanya budak-budak nih takut nak gi skolah sebab diorang lum kenal cikgu dan kawan-kawan. Lom biasa lagi. So tugas ibu bapa dan guru untuk yakinkan diorang yang di sekolah jugak, diorang akan selamat. Tak semestinya sebelum nih kalo satu-satu benda tuh kita jumpa yang tak elok.. esok pun akan jumpa yang tak elok gak. Kasi contoh senang;
hari tuh mama masak ayam goreng tak sedap la.. tapi hari ni mama masak sedaaaaaaaaaap sangat kan? so tak semestinya semalam tak elok, hari ni pun tak elok gak.
atau..
eh hari tuh atroman lawan resakse dia kalah kan? tapi kali nih dia menang la. tak sama kan, abang?
Let your children use their mind and think logically. Don’t forget to assist them as much as you can.

2. Soft approach
Kanak-kanak nih lembut jiwanya. Kalo kena gaya pujukan, diorang akan tanpa sedar, patuh dan ikut apa yang kita suruh diorang. Even sebelum tuh punya la takmo pegi skolah, tapi kalo kena gaya mak/ayah dia pujuk, tetibe jek jadik baek punye patuh haha. So apa yang penting bila nak pujuk tuh tentulah pujian yang melambung-lambung.
Contoh;
- “Abang kena pegi skolah tau. Kan ibu ada cakap arituh, kalo pegi skolah, jadik pandai. Dapat kawan pun ramai. Ehhh, dulu abang cakap nak jadi pandai kan? Nak jadi baik kan? Haaa abang kena pegi skolah. Kalo abang pegi skolah, ibu ngan ayah pun suka. Yeyy.. abang jadik anak yang baik la nanti. Dahle ibu ngan ayah sayang, cikgu pun mesti sayang kat abang kan? Anak ibu ni dahle hensem.. ikut cakap ibu plak tu.” (jangan lupa peluk belai-belai diorang.)
- “Abang, dulu kan.. ada kawan abah kan.. dia tak suka pegi skolah. Lepas tuh, dia takde kawan. Kat rumah pun takde orang nak kawan ngan dia. Abang tak macam tuh kan? Abah rasa abang mesti lagi bagus.. good boy abah mesti nak pegi skolah, biar ramai kawan kan? Kalo takde kawan.. kalo sume orang takmo kawan ngan kita, cemana nak main hide and seek?” (atau bagi jela contoh games pape yang dia biasa main ngan anak jiran/cousin/adik beradik dia yang lain.)
- “Sayang, arituh mama ada tengok cite kat tv.. ada budak takmo pegi sekolah. Eeee tak bagusnya. Not good! Anak mama tak macam tuh kan? Anak mama good, strong. Dahle comel. Kalo pegi skolah sure lagi nampak comel. Kan papa pernah cakap dulu kan.. kalo kita buat perangai bagus, baik, ikut kata mak ayah, cikgu sume.. ALLAH akan bagi wajah kita jadi laaaaaaaaaaaaagi cantik, comel. Semua orang suka. Ingat tak?”
Kasi la baek punye melambung pujian.. tapi pada masa yang sama.. gunakan ayat-ayat yang boleh buatkan anak berfikir dan boleh motivate diorang untuk lakukan benda yang sebelum ni diorang taknak buat.

3. Kepentingan/ keseronokan sekolah.
Kena bagi anak-anak tau apa pentingnya sangat sekolah nih sampai kena pegi skolah? Kalau tak.. diorang takkan rasa yang pegi skolah tuh penting..
Tapi sila la explain dengan cara yang diorang leh paham. Jangan plak ko pegi cakap..
“abang, kena gi skolah untuk mendapat ilmu yang tinggi, profession yang bagus di kemudian hari.. dan dapat menaikkan taraf bangsa kita secara global.”
Wakakakaka mau anak ko lari koser nak layan.

Gunakan ayat yang boleh diterima dek akal diorang, pada tahap diorang tuh.
- “Kakak, kakak tau tak bila kita pegi skolah.. kita leh belajar ABC, pastuh kakak leh tulis nama kakak sendiri .. ala macam kak ina tulis cantik-cantik dalam buku kaler dia tuh… leh letak kaler banyak-banyak tuh. Pastuh kakak leh membaca. Eh ibu ada beli buku Snow White yang bahasa melayu tuh kan? Tapi kakak pandai kaler je takleh baca lagi. Haaa nanti dah leh baca, boleh la kakak plak bacakan untuk ibu ek? Bestnya.. ibu tak sabar nak tengok akak pandai baca. Mesti anak ibu nih pandai kan?” Ya.. sila relatekan topik yang korang nak cakap tuh ngan benda yang diorang dah pernah tengok sebelum nih, benda yang diorang excited nak buat sama tapi belum kesampaian.
- “Boboy anak ibu.. ingat tak cerita budak yang tido tepi jalan tuh? Lepas tuh takde orang nak kawan ngan dia.. dia pakai baju pun yang koyak-koyak sebab takde duit nak beli, orang curi duit dia pun dia tak sedar, tau-tau tinggal sikit je, sebab dia tak reti mengira. Tu sebab dia takmo pegi skolah, takmo dengar apa yang cikgu ajar la tu. Sebab tuh kita kena pandai membaca, mengira. Nak pandai baca.. mengira.. kena la pegi skolah. Sebab kat situ nanti cikgu akan ajar kita semua benda.”
- atau.. bantu diorang untuk tau selain dari belajar.. apa yang diorang boleh buat kat skolah nuh.. kat tadika tuhh hah. Contohnya begini: “Yaya tau tak kat skolah kan.. bukan kita kena belajar dalam kelas je tau.. kadang-kadang cikgu akan bawak kita jalan-jalan kat luar kelas.. tengok pemandangan, main kat padang, kalau ada hari sukan.. leh amik bahagian. Kalau time ada lawatan nak ke mana-mana pun boleh pegi jugak. Kalau ada birthday kawan pun leh celebrate. Time birthday yaya pun sure la boleh celebrate gak. Macam-macam leh buat kat skolah tau.”

4. Provoke.
Ada jugak anak-anak yang pantang diprovoke sket. Macam anak buah aku dulu, si Irfan.. nak suruh buat pape yang dia takmo.. sure aku akan cakap benda-benda yang boleh mencabar diri dia dan buat dia rasa dia la yang PALING BEST.. yang boleh buat semua benda. Hahah.

Contoh;
- Reka la satu contoh atau cerita yang boleh buat diorang compare ngan diri diorang.. dan bantu diorang berfikir. “Abang.. ada budak dekat rumah kawan ibu tuh, umur 4 tahun dah pegi skolah. Dahle tak nangis. Very good laaaaaaa. Eh abang takut ke nak gi skolah. Abang dah 5/6 years tau! Dah besar dah. Takut ke? Tak bagus la abang kalo macam nih. Girl ke boy ke.. tak bagus tau kalo jadi penakut. Kalo nak jadik good.. kena strong.. takleh nangis-nangis. You have to go to school. Okey sayang?”
- “Kakak, kadang-kadang kan.. ada gak budak yang takut nak gi skolah. Nak takut ape la kan? Bukan ada monster ke hantu ke pun. Kakak sure berani kan? Tak penakut macam budak lain yang takmo gi skolah. Kakak strong kan? Alah daddy tauuuuuuu.. kakak baaaaaaaaaagus sangat. Kalo kakak takut jugak… mesti nak pegi Theme Park nanti tak boleh, nak pegi mandi sungai pun tak boleh.. nak pegi Lost World pun sama tak boleh. Sebab orang berani je boleh main-main kat sana. Hmmm.. anak daddy berani kan?” Dalam nak bagi diorang berfikir tuh.. jangan lupa, still selitkan pujian dan dorongan.. supaya diorang rasa diorang tuh berani dan berupaya untuk lawan ketakutan dan keengganan nak pegi skolah tuh.

5. Reward (sebelum atau selepas).
Ada sesetengah budak, kena ada benda untuk stimulate diorang punya future emotion, action and attitude. Kena bagi something untuk motivate diorang. Bila ada something, dia akan tetibe je jadik nak buat benda tuh. TAPI ingat.. perlu ada limit. Jangan sampai anak akan rasa setiap benda yang diorang harus buat, kena bagi ganjaran dulu. Kalo tak.. diorang tak perlu buat.
Jap gi aku terangkan lagi pasal benda nih. Biar aku cite dulu contoh-contoh benda yang leh encourage diorang untuk ke skolah;

- Beg skolah/ stationery yang diorang suka. Kalo girl yang suka Barbie.. beli la beg/ alat tulis Barbie untuk diorang. Bukan bermakna kita nak mewahkan diorang, beli yang mampu dan ingatkan diorang yang, bila kita bagi nih.. diorang suka kan, tapi pada masa yang sama, diorang pun kena bagi apa yang kita nak. Apa yang kita nak? >> nak diorang gi skolah.
Lebih-lebih lagi kalo dia tau ada anak jiran atau anak kawan korang yang nak gi skolah sama gak. Dahle ada beg BARBIE.. haruslaaaaaaaaa berkobar-kobar diorang nak gi skolah. Budak-budak adalah suka menunjuk okey. Jangan korang nafikan. Masa kecik dulu ada tak statement.. EHHH BEG SAYA LAGI CANTEKKKKKK.. LAGI BESO….. KETAT-KETAT DUNIAAAAAAAAAAAAAA… (sambil juih mulut hahaha) ahahhaa betul kan? Ini adalah normal bagi budak-budak.
TAPI.. ingatkan juga diorang bahawa walauoun apa yang kita bagi tuh adalah untuk happpykan diorang namun pada masa yang sama.. diorang jugak ada TANGGUNGJAWAB untuk happykan kita semula.
And giving those things which they love doesn’t mean that we are training them to do the task by asking a reward first. Bukan gitu. Remind yourself that the tasks are the controller, not them. Dalam erti kata lain, bukan diorang yang control benda yang nak kena buat tuh, hinggakan nak buat something kena bagi reward dulu. Bila nak bagi something untuk motivate diorang.. remind diorang.. IBU BAGI NIH SUPAYA KAKAK RASA HAPPY DAPAT PEGI SKOLAH DENGAN BENDA NI. KALO KAKAK BAIK, BUAT PERANGAI ELOK, MANA TAU NANTI IBU BAGI REWARD LAIN PLAK KAN? TAPI KALAU AKAK MAIN-MAIN, AKAK TAKKAN DAPAT DAH. I HAVE GIVEN WHAT U WANT, SO YOU HAVE TO GIVE WHAT I WISH TOO. OKEY?

Selain tuh.. leh gak bagi adiah kat diorang LEPAS diorang dah pegi skolah tuh. Tak semestinya bagi sebelum tuh. Nih jugak dipanggil ganjaran, sama gak. Biasanya bila apa yang diorang buat dapat ganjaran, diorang akan rasa lebih lagi nak buat apa yang baik untuk diorang nanti.
Cumanya, jangan terlalu banyak bagi reward untuk anak-anak yang sikap diorang kena bagi something dulu baru boleh buat apa yang orang nak. Kes yang gini, kena remind diorang awal-awal kenapa kita bagi reward tuh dan kenapa ada kalanya kita tak boleh bagi.

Ok stop dulu.. bersambung sok plak
….gua nak rehat.
=================
*CREDITS;
pic yang selain dari pics anak-anak murid aku dulu adalah dari;
http://shop.uniformchanges.co.uk/images/HSM%20BG%20high%20school%20musical%20bag.jpg
http://www.daytt.net/upphoto/pic/20088121058030.jpg
http://pe.images22.51img1.com/6000/bfcosplay/e67a052a7f28a474af21341ccdab439d.jpg
TIDO ASING??? NANOK NANOKKKK
Reflected by Vagg© on Tuesday, July 21, 2009 at 11:48 AMSOALAN:
macamana cara terbaik nak memisahkan tidur kanak-kanak dengan ibu bapa
sedikit info tambahan.
dah berusia 4 tahun
takut gelap
tido kena buka lampu
kuat ngigau (bangun, duduk kadang2 jalan masa tido)
–
Date/Time: 2009-06-11 01:12:47 PDT
Sender : MIZA
Referrer: http://tanyajawab.vaggvagg.com/

JAWAPAN:
Nih la request TANYA JAWAB yang paling lama aku nak reply. In fact, memulanya dari entry nih. Then aku tengah nak komen kat blog dia time tuh tapi tangguh plak. Tup tup dia tanya aku kat blog tanya jawab wakakakaka. Aku kena amik mood untuk mengarang entry ini.. di samping nak kena google more info, banyakkan membaca lagi pasal itu ini.. to make it, if not perfect, could fulfil the request. What she needs and what she expects to know.
Untuk kasi entry nih lagi bermakna.. aku letak gambo tuan punye badan sendiri. Cik kakak. Diambik dari blog ibunya – thearpeggios.blogspot.com.
*entry nih memang panjang. tapi aku tak plan pun nak buat vol.1 , vol.2. cam biasa la.. baca baca.. rehat minum neskopi, sambung baca balik maaaaaaaaa.
============================
Anak-anak yang takut tidur berasingan / berseorangan nih adalah perkara yang normal. Sobabnyo?
1. Di usia ini, mereka masih bergantung kepada ibu bapa sepenuhnya.
2. Perasaan tidak selamat dan risau jika tidur bersendirian atau jauh sedikit dari ibu bapa. Kita pun kalo dah biasa buat something atau tinggalkan benda yang kita slalu buat pun kita boleh rasa tak selesa, risau, tak seronok dan memacam lagi la. apetah lagi budak-budak kan.

3. Bimbang ditinggalkan. Ada jugak certain kids yang pikir macam-macam yang bukan-bukan dan kadang mungkin tak logik dalam kepala kita, tapi logik dalam kepala mereka.
Contoh: mak suruh tido sorang-sorang kat bilik nih.. mesti lepas nih mak nak tinggal abang sorang-sorang. Mak ngan ayah adik nak pegi jauh, tinggal abang sorang-sorang,
- which is, nonsense at all.. manaade parent yang sesaja nak tinggal anak sorang-sorang memalam buta kan. But to them, everything is logical. Jadiknya.. nih salah satu sebab musabab pakcik murtabak kenapa diorang reluctant beno nak tido asing.
4. Fantasi yang keterlaluan. Fantasi dan imaginasi nih saling berkait. Sama ada pengaruh tv, persekitaran atau sejauh mana kreatifnya mereka berfikir dari segi yang seidikit negatif. Kekadang, benda-benda nih ada gak negatifnya. Contoh: kalo kakak tidur sorang kat bilik, nanti cemana kalo ada resaksa gorgon dalam cite ultraman tuh datang. Eee hodohnya diaaaaaaaaaa.. kalo dia masuk ikut tingkap cemane??? Nanok nanokkkk.. nak tido ngan mama jugakkkkkkkkk.

Logically? How on earth that kinda creature exists in the real life kan? Takpun diorang pikir terbawa-bawa ngan usikan dari sesiapa je (including parents) pasal antu keluar dari lantai la.. keluar ikut siling la.. masuk ikut tingkap la, habis cemana anak ko nak tido dalam bilik asing-asing. Lu pikirrrrrrr bebaik, nabil! Hahaa.
Kekadang benda nih kita pun tak tau sebab tak semua yang mereka fikirkan, mereka bagitau kita. Ada certain parent maybe cakap ‘eh mustahil la dia mana ada pikir benda-benda gitu.’ Remember, children’s mind ‘generates’ creatively and involves with lots of fantasies as well as those which might be considered as illogical. Jadiknya, nak usik-usik anak-anak tuh pikir la balik haha.
5. Usia yang mungkin masih terlalu kecil. Ada certain parent plan nak asingkan tempat tidur anak seawall usianya 3 tahun berdasarkan perkembangan anak-anak diorang yang nampak agak matang berbanding usianya. Ya, ada sesetengah kanak-kanak matang awal dari segi pergaulan, percakapan dan tingkah laku. But kids are still kids.
Diorang still ada perasaan takut, risau, bimbang, rasa tidak selamat, rasa taknak jauh dari mama abah diorang dan sebagainya. Kids are SO FRAGILE, regardless how I mature they look, in terms of action and way of talking. Sebab tuh ada yang nampak cam boleh urus diri sendiri semua, time pot pet usah cakapla.. tapi malam-malam, boleh meraung-raung kalo mak ayah suruh tido asing. Kenapa? Sebab diorang belum cukup bersedia sepenuhnya lagi, dan jugak kerana masih terlalu awal.
6. Tiada teman untuk tidur bersama. Let’s say, anak ko anak sulung. Dan ko ada anak lagi sorang yang still kecik. Mustahil nak suruh diorang tidur asing sesama kan? Korang plan nak dia tidur asing, kat bilik sendiri. Tapi benda nih tak semudah parent yang ada 2 anak yang berumur lebih kurang sebaya dan dah sesuai tidur asing, tak tidur bilik mak ayah dah.

Contoh, sorang umur 4, sorang umur 6. Takpun sorang umur 5, sorang 7 bla bla bla. Bila saling ada teman, tak banyak sangat problem sebab memasing tau.. “takpe, abang ngah takut pun, abang lon g ada ngan abang ngah kat bilik nih.” Takpun.. “eh kalo resakse nak datang, abang ngah ada. Kami leh lawan diorang.” Instead of yang disuruh tidur di bilik berseorang tanpa teman, memang normal kalau diorang takut atau ape.
Then mula la timbul TUDUHAN-TUDUHAN super duper tak logik macam “uwaaaaaaa uwaaa arghhhh umi tak sayang abang lagiiiii. Kalo sayang, nape suruh tidur dalam bilik lain.” Padahal logiknya, kalo budak-budak lain elok je tido dalam bilik sendiri, maknanya mak ayah diorang dah tak sayangkah? haaha
* Macam kakngah aku.. kalo tak silap.. anak dia yang 1st tuh 7 tahun. yang second 5 tahun, dedua dah disuruh tido asing. Problem hanya 1-2 malam je.. lepas tuh dah ok. Tuh pun problemnya pun sebab takut ANTU. Which was, aku jugakla salah sorang penyebabnya. Wakakakak.
Time tuh tak tau lagi pasal nih semua. Sikalang bila dah makin lama, makin banyak yang aku tau, based on knowldge and experience – DON’T U EVER usik anak-anak dengar antu atau pape je la.

Berdasarkan info yang ko bagi ek Miza, kakak dah masuk 4 years tahun nih kan..
4 tahun adalah umur di mana kanak-kanak sudah mula didedahkan untuk berdikari, dan pada masa yang sama, majority dari mereka sudahpun dihantar ke tadika untuk persediaan awal ke 5 tahun. Time nih, kalau diberikan kebebasan dan diajar secara berterusan, mereka dah pun mampu untuk mandi sendiri, pakai baju seluar tanggal sendiri, bersihkan diri sendiri tanpa bantuan bila di toilet, makan sendiri dan sebagainya.

Tapi, walaupun sudah kelihatan boleh berdikari, ingat.. mereka baru sahaja melepasi usia 3 TAHUN, usia di mana mereka dikategorikan masih kecil dan belum boleh berdikari dengan elok. Kiranya semua 50-50 ya. Bukan dah 100% okey, takdek masalah dalam pengurusan diri dan emosi.
Oleh sebab usia dia 4 tahun dan tiada teman untuk tido bersama dalam bilik lain, aku suggestkan;
1. Biarkan dia tidur asing, tapi dalam bilik yang sama. Tapi bukan di katil yang sama. Letakkan katil kecik untuk saiz dia ataupun bentangkan tilam ke apa ke (tapi make sure selesa) dalam bilik yang sama. Mulakan ngan tidur asing dalam bilik yang sama dulu. Satu sebab dia takde kawan nak teman tidur kalo bilik lain. Dua, sebab dia masih berumur 4 tahun. Ko mulakan ngan cara gini, nanti bila dia dah 5 tahun.. proceed ngan suruh tidur asing di bilik sendiri pulak. Jangan mulakan something dengan mendadak.
Yes, ada yang umur 4 tahun dah steady boleh tidur sendiri. But like i said earlier.. children’s capabilities are different. Remember to give them space to improve and learn something new.

2. Normal ye kalo perangai merengek-rengek tuh ada. Tapi gunakan psikologi yang tangkap lentok punya saiko.
Contoh; “kakak dah besar, tapi ibu tau kakak takde teman kalo tido sorang-sorang kat bilik. Sure kakak takut kan. Tapi, budak-budak yang bagus, cerdik, comel, baik, umur 5 tahun dia boleh dah tido sorang-sorang walaupun takde teman. So, skang kakak umur 4 tahun, jadinya ibu bagi kakak tido dekat dengan ibu (gunakan perkataan DEKAT, bukan DENGAN ya) dalam bilik ni.Tapi bukan sama atas katil, sebab budak-budak yang bagus, yang dah masuk skolah, dia boleh tidor sendiri tak payah rapat-rapat ngan ibu ayah dia dah. Kalo dekat ke jauh ke, semua ibu sayang pada anak dia. Tapi mana ada budak yang makin lama makin beso, tapi tidur dengan mak dia lagi kan? Cuba tengok makcik ipah (aku kasi contoh je nih wey nama ipah hahaha. tapi kasi la contoh sesapa yang anak anda suka dan kagum ngan dia.. kira cam idola dia).. manade dia tido ngan mak dia lagi kan?”
Takpun.. “Anak kawan ibu pun ada yang umur sama ngan kakak, tapi dia tido jauh sikit dari mama papa dia, bilik sama jugak. Dia cakap umur 5 tahun nanti nak tido sendiri, sekarang boleh la tido dalam bilik sama lagi. Dia cakap taknak tido katil yang sama sebab TAK BAGUS. Dia cakap dia nak jadi budak-budak yang BAGUS, BAIK, COMEL, PANDAI dan macam-macam lagi. Ibu rasa kakak pun macam tu. Kakak mesti boleh jadi lagi pandai, bagus, baik, comel dari dia kan? Ibu sayang kakak. Kakak pandai.”
Ulang ye puan-puan..ulangkan proses memuji.
PUJI DIORANGGGG
BAEK PUNYE MELAMBUNG.
Kanak-kanak adalah pantang mak datuk oiii kalo dipuji. And yes, it works perfectly in motivating them to do something. Use as more PUJI MELAMBUNG as you can.

3. Motivasi ko kena berterusan. Jangan arinih ko motivate dia tak jalan.. ko rasa sampai bebila tak jalan. Buat 2-3 kali tak jalan ko dah give up. Ibu bapa sendiri patut ada semangat juang memujuk dan kasi motivasi yang tinggi dan berterusan. Emosi kanak-kanak berubah-ubah. Sama cam kita la. arinih kita cakap gini, esok lusa kawan pujuk-pujuk ko suruh beli PINGGAN MANGKUK CORELLE.. korang pun leh termakan pujuk.Inikan puleksss budak budak.

Ini kan pulak anak-anak oiii.. sangat la makan dek pujuk. Sume cepat atau lambat je. Yes, ada budak yang sedikit keras ati.. tapi keras nasik dalam kawah periuk nasi minyak kenduri yang tebal pun kalo rendam air.. lembik jugak akhirnya kan. So gunakan cara yang melibatkan psikologi dan sesuai ngan keadaan diri dan emosi dia. Ada sesetengah budak, ko pujuk sket pun dah ok. Ada gak yang pujuk le cemana pun tak jalan. Ada yang kita berkeras sket dia ok, ada yang lagi berkeras lagi memberontak. So you are the parent, u know their strengths, u know their weaknesses and you know very well how they act and react towards something.

4. Bertegas dalam kelembutan. Use soft but firm approach. Kanak-kanak nih jiwanya adalah lembut dan boleh dilembutkan lagi dengan kelembutan dari segi percakapan dan cara kita melayan diorang. Walaupun ko pujuk dia elok-elok, memula dia cakap nak tidur sendiri. Tapi lepas tuh taknak pulak.. sekali dua boleh lagi ko layan. Tapi lepas tuh.. sila bertegas. Kalo dia nak tidur kat katil korang gak.. pujuk gak dia ke tempat tidur dia sendiri walaupun KO TAK SAMPAI ATI.. KO SEDIH.. tapi kalo memanjang berlembut tanpa ketegasan.. sampai ke sudah la tak settle itu problem.
Bukan tiap masa kita kena berlembut.. dan bukan tiap masa kita kena bertegas. Make sure benda tuh balance. Kalo dia asik la nak mungkin janji.. haaaa tau la tuh mesti kita terlebih lembut terlebih tolak ansur. Make it firm. Tegas sikit walaupun rasa kesian sangat. Bila ko bertegas, dia tau ko serius. Tekankan yang bila berjanji, kita kena tepati. Dia akan tau, “kakak dah janji ngan ibu. kalau kakak tak ikut, kakak tak bagus. ibu pun marah. not good. so kakak kena ikut.” Kalo tak.. ko berlembut manjang.. dia akan rasa tak penting pun ikut ape ko cakap. Dia akan rasa macam.. “okey takpe memula janji.. tapi nanti nangis-nangis la teruk-teruk. sure ibu simpati. nanti dia ajak la tido sama smula.”

Like that la.. so dalam lembut harus tegas. Anak nak menangis ke apa ke.. biarkan. Bukan nak kejam, tapi setelah manjang kita berlembut, tiba masa untuk bertegas supaya DISIPLIN DALAM DIRI dia dapat dibentuk. Ajar mereka.. untuk mendapatkan sesuatu.. untuk membuatkan orang lain menghargai mereka.. mereka jugak harus melakukan sesuatu yang menyenangkan hati orang lain. Umur 4 tahun tuh adalah waktu untuk mengajar banyak benda.. kerana walaupun memula mungkin kita nampak mereka tak paham pape.. tapi semua ilmu tuh dah melekat dalam diri mereka. Untuk dipraktikkan.. it’s something which has got to do with the flow of time..

5. Give rewards. Kasi ganjaran kat dia untuk apa je usaha yang dia buat untuk tidur kat tempat jauh sikit dari ko. Ini bukan nak kasi dia terbiasa kalo buat pape nak kasi adiah. Tidakk. Certain people kalo nak anak-anak buat something.. akan cakap “kalo nana tido kat bilik sendiri, nanti mama kasi barbie doll.” Itu adalah cara yang sedikit salah. Yes, motivation is good, but instead of that.. gunakan cara ini..:

- lepas puji-puji diorang suruh tido sendiri, kasi galakan lagi dengan memuji jugak. kalo 1 malam dia dah berjaya tidur sendiri.. BARU LA KASI HADIAH.
“kakak, ibu kasi dollie nih untuk kakak. Sebab kakak baaaaaaaaaaaagus sangat dapat tidur sendiri. Ibu sayang kakak.”
Bukan nye dengan berjanji dulu nak kasi sebelum diorang buat. Tak payah cakap pape pasal adiah. Let them do it first. Lepas tuh baru kasi. Kalo lepas diorang dah buat, kita kasi adiah, benda tuh adalah SANGAT SURPRISE untuk diorang.. and they will appreciate it a lot.
ko jangan main
ngan budak-budak nih….
kalo dia buat pape.. dapat pujian.. dapat reward.. lagi la diorang bersungguh nak buat something. Kekadang tak larat nak melayan. You have kids.. i bet you know how they react once being praised or given something as a reward.
Additionally, it will boost their effort to do better. Even kalo 1/2 malam je jalan dia tidur sendiri.. tuh pun dah patut dipuji. Mana ade orang cuba trus berjaya. Sebagaimana kita, sebegitu la anak-anak. Dan diorang lagi lemah dari kita kekadang sebab diorang lom pandai mengawal emosi dan kehendak dalam melakukan sesuatu. Jjadiknya, kena la motivasi, galakan dan pujian itu berterusan.
6. Tidur bersama mereka terlebih dahulu. Ko ada cakap kan.. ko tak tahan mata. Selagi ko tak tidur.. selagi tuh dia tak tido. So kalo la biasa kul 10 ko dah tak tahan mata, an hour or 2 hours before 10, ko pura-pura la.. “ibu ngantukkkkkkkkkkkkk sangat. jom tido semua.” pastuh ko ajak cakap nak teman dia tidur dulu kat tilam ke katil dia yang kat bilik yang sama jugak tu. Tepuk-tepuk sambil bercerita itu ini. Ask for your hubby’s cooperation as well.. sama ada nak soh tolong jaga anak lagi sorang, or sesama duk sebelah dia.. tepuk-tepuk sambil bercerita. Belai dia.

Dan jangan lupa remind.. yang walaupun dia tidur asing dah, both of you love her so much! Dan soh tidur asing nih bukan sebab tak sayang, tapi sebab dah besar.. dah masuk sekolah. Kasi lagi contoh, orang-orang yang dah besar dah sekolah tuh mana ade tido ngan mak ayah dah. Tak lama dia lena la tuh.. hembus-hembus sket surah pape dengan doa dan harapan biar dia cepat lena. Lepas tuh ko nak sambung tengok tv ke hape ke.. sambung la.
Note: hubby and wife’s cooperation is vital in order to smoothen any plans you arranged for your kids.
![]()
credits: http://kosmo.vivanews.com
7. Design bilik. Ko ada cakap ko penat-penat design bilik dia kan. Takpe kalo skang ko suruh dia tido dalam bilik ko.. kat tilam lain atau katil lain contohnya.. belikan bed sheet yang dia suka. Dan beli la anak patung ke apa ke yang dia suka.. bawak peneman tidur. Biar dia rasa tak ‘kesepian’. At the same time.. dia suka ngan tempat tidur dia. Kalo letak cadar corak abstrak untuk diorang..
MEMBOSANKAN NYE LA
TEMPAT TIDURKU..

Instead of that.. tarukla cadar yang terserlah keKARTUNan nya atau apa je la yang sesuai ngan umur dia.
8. Ko cakap dia takut gelap kan. Kalo korang nak tidur tutup lampu.. belikan dia lampu tidur kecik.. just untuk letak next to her. Beli la yang kecik je.. yang ada bentuk kartun ke.. animals ke.. yang cute mute..

“ibu beli ni untuk kakak… so kakak takde la gelap. yeyyy” kekadang nak melayan budak , kita kena jadi cam mereka.. ceria-ceria.. suka yey yey yahooo sana sini.. make them feel comfortable and happy.

9. Masalah suka mengigau dan bercakap berjalan dalam tidur cam ko cakap tuh lak nanti aku buat entry lain. Versi khas okey.
10. Doa banyak-banyak untuk dipermudahkan proses ini. Usaha dan tawakkal kan. Make everything balanced. Kalo prong prang kita usaha.. takde tawakkal… tak guna kan. Usaha ada dah.. insyaALLAH akan dipermudahkan olehNYA.
Satu doa:
“YA TUHANKU. bermesralah terhadap diriku. Dengan mempermudahkan segala kesukaran. Ya Allah, bagi engkua sangat mudah untuk mempermudahkan segala kesukaran itu. Ya Allah, aku mohon kelancaran dan restumu di dunia dan akhirat. “
————————————————–

Takat tuh je la. Iyo.. aku pun takdek anak lagi. Tapi nih based on experience kengkawan ku.. kakak.. knowledge.. dan dari pembacaan. Serta experience gua sendiri menghadapi karenah anak-anak murid ku 20 orang dulu.. macam karenah, macam-macam emosi.. semua nih berkaitan je.. tinggal lagi nak adapt based on situation.
Dan nih lagi info yang maybe berkaitan ngan cara nak design bilik.. experience beberapa ibu bapa and so on. Ponek gua linkkan sesatu. Hope that it would help.. ![]()
http://kosmo.vivanews.com/news/read/13392-desain_tempat_tidur_anak
http://paradeiklan.com/spring-bedtempat-tidurkamar-anakkamar-tidur-perlu-dipercantik.html
http://saifulislam.com/?p=5496
http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1092
http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-250689-page-2.html\
http://lifestyle.okezone.com/read/2009/01/23/30/185583/30/ketika-si-kecil-butuh-tempat-tidur
http://panduan.org/node/107321
http://yuitsumuni.com/2008/08/08/bila-perlu-pisahkan-tempat-tidur-anak/
http://myhealthblogging.com/parenting/2007/10/01/dari-boks-bayi-ke-tempat-tidur/
http://wino.blogdetik.com/2009/05/02/waktu-tidur-malam/
———————————————————-
NURSERY/TASKA- vol.1
Reflected by Vagg© on Monday, June 8, 2009 at 1:36 PM
SOALAN:
salam vagg,
thanks for the posts….
kit takut la. ingat nak hantar anak umur 2 tahun gi nursery.
kalau vagg tahu, nursery mana kat putrajaya elok? yang maybe boleh extend after office hours? ada satu tu…fee dia dlm RM700 sebulan. ok ke mahal tu?
- nih soalan dari sorang reader, KIT last week.. so aku taruk dalam column tanya jawab jugakla… senang sket sesapa nak refer in future kan. yang rasa nak baca.. leh baca. kalo tak berminat.. ko skipkan saje.
(gambar-gambar adalah hiasan semata-mata.. yang pernah aku snap time kat tempat kerja lama dulu.)
JAWAPAN:
Kit, pasal nursery mana kat putrajaya yang elok nih memang tak tau ah.. sebab saya kat area Terengganu. So tau yang kat sini je la sket-sket. ![]()
Pasal fees pun, rate kat Terengganu nih tak sama ngan area KL sana. Kat sana berganda since cost of living tinggi kan..
But regarding the nurseries in Putrajaya, I have found some info which MIGHT help. Harap leh membantu la.. info tuh aku search kat satu forum.. walopon dah 4-5 tahun lepas tarikh forum tuh.. taska tuh maybe masih beroperasi kat area putrajaya tuh hah. Kalo tak.. sori ek. Tuh je aku termampu nak tolong.
1. http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=518
2. http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=6729\

Apa skalipun.. ada beberapa guidelines yang aku nak sharekan.. khas untuk yang nak hantar anak ke nursery/taska.. ataupun yang dah hantar sekalipun. Nih based on experience aku la kerja di tadika dulu. Oleh sebab company aku tuh pun selain tadika, ada jugak sediakan service untuk taska.. so aku tau le serba sikit.. campur ngan surf-surf sana sini. (kata suka kan.. kalo tak suka bab budak-budak nih.. ada aku nak surf?? Wakakakakaka).
Oleh sebab KIT tanya pasal nursery/taska.. so aku jawab bab nih je la ek. Bukan pasal tadika. Tadika lain plak.

Taska dan tadika adalah berbeza. Taska adalah singkatan dari Taman Asuhan Kanak-kanak, so fokus nya adalah lebih kepada mengasuh, menjaga anak-anak yang dihantar sepanjang ketiadaan ibu bapa diorang. Bermula dari proses kasi makan, mandi, mengasuh. Certain taska nih akan selitkan proses pengajaran yang agak formal kepada budak-budak.. certain taska tak, hanya jaga semata-mata. Ada tadika yang dari baby sampai ke 4 tahun, ada aktiviti yang dibuat untuk develop budak-budak punya minda.. interest etc. Ada yang kalo untuk baby bawah 1 tahun, memang le lom leh ajo ABC kan.. tapi diorang buat nyanyian, guna flash card, atau pape aktiviti yang sesuai untuk umur tuh, khas untuk develop the children’s mind.
1. BADAN BERTANGGUNGJAWAB
Badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk kuatkuasakan AKTA TASKA 1984 kat Malaysia nih adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM (under Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat). JKM nihla yang bertanggungjawab dari segi penguatkuasaan akta taska 1984 tuh untuk tujuan:
1. Mendaftar
2. Memeriksa
3.Mengawal Taska yang menerima masuk kanak-kanak di bawah jagaan pihak taska nih.
Dengan kata lain.. adanya badan atau pihak nih, kualiti menjaga dan mengasuh kanak-kanak taska dapat dijamin la. Dengan kata lain.. korang ada komplen pape yang kalo komplen kat management taska tuh pun tahap tak jalan hape dah..dia buat derk je.. boleh direct ke sini.
Tapi sila ikut prosedur.. sertakan nama, address etc.. untuk rujukan dan untuk dihubungi. Surat-surat layang toksah la.. sebab kita nak komplen nih dengan harapan orang leh kasi feedback atau bagi tindakan yang sewajarnya.. dengan tindakan bersurat-surat layang bagai nih.. nampak sangat tak professional.. dan ‘kurang cerdik.” Sudahnya.. orang tak layan. Kalo betul kita nak komplen dan harapkan sesuatu kekurangan tuh diperbaiki.. nape perlu takut nak sertakan semua maklumat yang perlu kan?

2. STAF YANG TERLIBAT
Kalo korang nak cari taska.. atau dah ada taska yang dah termasuk dalam list korang untuk dipilih.. korang kena make sure korang tahu pasal organisasi taska tuh. Sebabnya? Tiap staf kat organisasi tuh ada tugas masing-masing yang kalo tak cukup dan ada part yang tak dibuat, leh mengganggu perjalanan taska tuh. Bila flow kat management terganggu, cemana nak kasi service kat customer? Customer adalah korang la kan.
Umumnya… paling cikai… paling tak.. tiap taska kena ada
- Tuan punya / bos/pengusahanya.
- Penyelia / supervisor
- Pengasuh/ care taker
- Tukang masak
- Tukang cuci / cleaner
Tiap staf atas nih ada tugas masing-masing. Korang leh rujuk kat sini. Baca jangan tak baca okey. Nak suruh aku terangkan sesatu idokle larat. Tapi kalo ada yang tak paham.. leh tanya aku.
Kat situ dia dah sediakan list tugas atau tanggungjawab tiap staf yang korang kena tau dan ingat dan ayat lagi best.. HAFAL. Nape korang kena tau? Sebab in case kalo la jadi pape, korang ada hak untuk argue benda-benda nih.

Contoh: korang anto anak umur 2-4 tahun.. tapi bila korang anto ke taska.. korang sendiri yang bawak masuk anak ke dalam.. dan time balik… anak ko kuar sendiri (lepas pengasuh kasi beg memasing dan bagitau mak dah datang, aaa okey leh balik. Sedangkan pengasuh tuh duk je kat dalam taska tuh, tak keluar serahkan anak korang kat korang). Salah satu tugas / tanggungjawab pengasuh ialah
- Menyambut kedatangan kanak-kanak dan menyerah semula kanak-kanak kepada ibu bapa.
Bukan dia goyang kaki duk dalam taska tuh okey. So kalo ada parent yang tak tau tugas sebenar diorang.. biar je benda nih. Boleh terjadi perkara cam anak kuar sendiri dari pintu pergi ke kereta mak.. berlari-lari then jatuh (budak-budak adalah suka beno berlari-lari nih kan). Takpun terlanggar pape etc.. yang patutnya kalo pengasuh yang anto.. pimpin budak-budak tuh.. akan dapat halang dari terjadi benda-benda tak elok gitu kan.Memang la kalo nak jadik, jadik jugak.. tapi kalau memang tugas diorang sambut dan hantar keluar kepada parent.. tuh termasuk dalam tanggungjawab diorang yang takleh dipandang biasa je.
Bunyi cam remeh.. tapi korang nak ke anak korang jadi gitu? So sila alert pasal benda-benda gini walopon nampak remeh. Sebab kita tak tau apa yang akan jadi.. unexpected thing gitu kan.

3. NISBAH KANAK-KANAK DENGAN PENGASUH
Nih pun penting. Korang kena tau berapa orang kanak-kanak boleh ada dalam jagaan pengasuh dalam satu masa. Kenapa?? Nih untuk make sure perhatian dan fokus diorang pada anak-anak dalam jagaan adalah terbaik.
1. Bayi dari baru lahir hingga ke 1 tahun – hanya 3 orang untuk 1 pengasuh. Could never be more than that!
2. Umur 1 hingga 3 tahun – hanya 5 kanak-kanak untuk 1 pengasuh. Banyak aku tengok taska yang sampai dekat 10 orang satu pengasuh. Cemana ko nak kasi fokus dan perhatian. Yang nih nangeh, yang nih mintak dukung, yang nih gaduh rebut barang ngan kawan. Mengasuh bukan sekadar make sure ko jaga elok-elok.. tapi beri kasih sayang. Kalo dah ramai sangat untuk ko handle sorang.. boleh le kasi sepenuh kasih sayang masa mak ayah diorang takde ngan diorang dalam satu masa?
3.Kalo anak korang umo 3 hingga 4 tahun – make sure hanya 10 orang sahaja yang ada bawah jagaan sorang pengasuh. Nape untuk umur nih makin ramai untuk seorang pengasuh? Sebab pada tahap nih.. anak-anak dah mampu nak uruskan diri sendiri 60%, dan jika banyak diberi encouragement, umur 3 tahun, 3 tahun lebih, sebelum sampai 4 tahun dah ramai yang leh makan sendiri, pakai baju sendiri, seluar sendiri, etc.

Nape aku highlight benda nih? Sebab ada certain taska yang sesuka ati je taruk berapa ramai budak untuk sorang cikgu handle. Nih bukan salah pengasuh, tapi pengusaha/bos nya yang kena concern pasal nih. Pengasuh tuh kerja je.. yang arrange sume nih sepatutnya pengusaha/penyelia.
So, korang make sure sket okey pasal nih.
- to be continued.. panjang sangat kang penin pulak. so baca sesatu in detail dulu okey.
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..








