gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
HIDUP
Reflected by Vagg© on Thursday, August 26, 2010 at 10:49 AMHidup
26-8-2010
Kita perlu merancang mengikut keadaan semasa.
Ada masanya, Allah memberikan kita ruang melaksanakan segala perancangan. Kadang-kadang Allah menurunkan dugaan kerana Dia tahu apa yang kita lakukan bukanlah yang terbaik.
Saat itu jangan terus mengalah. Buat perancangan baru. Jangan sesekali berhenti berusaha. Kejayaan itu hanya selangkah dihadapan kamu. Teruskan berjalan.
————————————————
Sebenarnya nasihat ini adalah secara terus untuk adik aku dan diri aku sendiri. Dia belum mengalah. Tapi seandainya satu hari nanti dia sudah mahu mengalah. Ingatlah pesan aku ini. Sokongan dari aku insyaAllah ada.
=====================================
Thanks untuk abang gua, Adytentangsesetupai. Heh.
Ya memang dalam hidup kita nih, kita perlu merancang mengikut keadaan semasa… dan jangan terlalu mudah mengalah.
Masa ayah start sakit arituh, time tu lah aku baru nak start smula kuliah, semester baru.. lepas dah 2 semester aku bercuti pregnantkan dan bersalinkan Afi. Bukan main masa tuh bersemangat nak attend kuliah.. tetibe jadi macam tuh. Memula macam frust gile, dalam pale takleh nak berfikir tenang, berkecamuk gila. Nak-nak bila jadi benda tu, Gabanz takde kat sini. Seb baik ada kakngah, abang faizul. So takla berat sangat untuk aku pikul sorang-sorang ngan Afi yang kecik lagi nih.. dan mama yang memang takleh nak urus diri sendiri pun.
Bila Gabanz dah bersama aku.. aku rasa lebih kuat. Keadaan jadi lebih ok walaupun kekadang stress tapi Gabanz sangat memahami dan tak pernah sekali membiarkan aku sedih sorang-sorang. Walaupun dia tak slalu ada kat sini ngan aku, aku tak pernah rasa dia tak ada. .. dan mungkin sebab aku dari dulu dah biasa buat benda sendiri, so bila banyak benda nak kena handle sendiri, tak jadi masalah besar sangat.
..dan kerana keadaan semasa.. keputusan pun harus kita ambil mengikut keadaan tuhla… dengan alasan-alasan yang bagi kita memang patut. BAGI KITA, BUKAN BAGI ORANG LAIN.
Dalam pada kepala pening pikir itu ini, keja dah berenti sebab nak balik sini je trus jaga ayah, yuran study riban-riban lom bayar, ayah yang ada harinya aku tengok macam tension gile, stress sebab banyak benda yang dia biasa buat tapi aku tak bagi buat (memang stress bila dia tarik muka aku tak bagi buat itu ini yang dia biasa buat), tension nak menghadapi mama yang bila datang hari dia buat perangai memang sangat stress orang yang menjaga, assignment yang kekadang siang pun memang takkan boleh buat, letih ngan kerja rumah seharian, tapi boleh lagi buat macam takde pape.
Sebab satu je dalam pale aku.. kalo aku buat lemah.. for sure aku akan mengalah trus. Macam memula masa arwah mak aku meninggal dulu. Ada la sebulan dua aku cam takde arah tujuan sebab masa tu memang hidup aku bergantung sangat pada arwah mak. 22 tahun ngan dia je berkepit. Bila dia tetibe ALLAH ambik smula.. aku ilang arah sungguh. Tapi ALHAMDULILLAH syukur, benda tu sebenarnya terjadi kerana sudah DIA rancang, dan itu memang yang terbaik untuk aku. Kalo tak.. aku tak rasa aku akan biasa dengan hidup berdikari.
Moral: kekadang berpura-pura macam takde pape jadik pun ok gak.. sebab nanti kita akan terbiasa untuk takde la stress sangat.. dan last-last.. bila dah biasa buat ada masalah cam takde masalah, itu akan buat kita jadi kuat.
Hidup ni penuh risiko, dan mengambil risiko adalah salah satu benda yang pasti kita takkan dapat lari daripadanya… dan aku jugak sentiasa percaya yang kita ada kemampuan yang berbeza. Oleh sebab itulah, ada kalanya bila kekadang kita buat sesuatu keputusan, ada yang suka nak mempertikaikan. Mungkin salah satu sebabnya kalau dia yang berada di tempat orang itu, dia yang tak mampu nak menghadapi seperti orang itu. Jadi, janganlah suka mempertikaikan.. tapi fikirla mampukah kita menghadapi kalau kita diberi ujian seperti itu. Hmm kalau dia boleh fikir macam tu takla dia boleh suka suki mempertikaikan kan?
Tapi aku sangat tak kisah.. asalkan suami, ayah, kakak-kakak, adik beradik dan kawan-kawan yang memahami ada ngan aku.. apela sangat insan-insan picisan itu. Takde kesan sangat dalam hidup aku, melainkan dia tolong aku potong bawang kat dapur ke tuh lain cite la kan wakakakakaka tetibe plak.
Untuk orang-orang yang penting dalam hidup aku.. u know who u are lah.. tak perlu aku sebut sorang-sorang. dan tima kasih untuk nasihat, pertolongan, dorongan dan hape-hape sajelah. Aku sangat menghargai tapi sori kalau tidak setiap masa aku dapat menunjukkan rasa menghargai tuh sebab kadang-kadang bila banyak sangat benda nak pikir dalam kepala, kita terlupa benda yang lain pula.
UPDATE: AYAH
Reflected by Vagg© on Friday, July 23, 2010 at 8:53 AMok, update. tapi panjang. sebab takde gambo pape. no time to upload any pics. kat kampung, thank God ada broadband. tengkiu celcom. dan kalo ada typo, abaikan je la.. pandai-pandai la ganti ngan perkataan sesuai heh. aku malas nak check.
- 7 julai 2010- ayah bagitau dia jatuh bilik air. pitam katanya. rasa tak sedap ati dah. ajak pi klinik dia cakap badan lenguh-lenguh sebab jatuh je kot. so aku tunggu. sebab sebelum ni dia pernah jatuh, so biasa la rasa lenguh-lenguh tu. tak expect la dia jadi letih tak bermaya sebab benda lain.
- naik tingkat atas (rumah 2 tingkat, bilik ayah atas, aku bawah).. tengok 1 plastik kulit durian. Ya Allah ayah.. kenapa ikut sangat selera tu. speechless. maybe salah aku gak sebab tak alert sibuk sangat dengan Afi, lagipun musim durian skang so bila terbau durian aku tak expect la datang dari rumah aku pun, ingatkan dari rumah jiran. sejak dah ada Afi, aku tak sempat nak naik jenguk atas slalu. kekadang kalo naik pun amik baju-baju kotor nak basuh.
- 8 julai 2010- plan nak bawak ayah pegi klinik, dia nak rehat je. so beli multivitamin lagi dengan harapan dia makin sihat.
- 9 Julai 2010- pagi jumaat. tengok ayah bila bercakap macam tak dapat nak bukak mulut elok-elok. risau gile, dalam pale bimbang dia kena stroke. trus bagitau kakngah.
- kakngah, abang faizul dan family sampai. bawak ayah ke hospital trus even ayah takmo. bawak je hospital, dia punya diabetes BEYOND READING. reading paling tinggi tahap gula/glucose dalam darah 33, tapi ayah punya lagi tinggi dari tuh. keadaan jantung pun tak ok. immediately admitted.
- kakngah dan abang faizul terpaksa balik since abang faizul kena handle program kat skolah esoknya. malam tu sedih gile takde sape tunggu ayah kat ward. aku plak ada Afi dan mama yang kena dijaga kat rumah. Gabanz plak kat KB.
- Gabanz decide dari KB trus balik KT 2-3 hari esoknya. nak tunggu ayah kat ward. so dia tak balik KL lagi. lega.
- 11 julai 2010- glucose reading ayah ok sket, turun ke 22. tapi since wad penuh, doc cakap dah leh discharge. aku pun ok je la since aku rasa kalo dia kat wad skalipun, ngan keadaan wad yang crowded, yang sakit lagi tambah sakit. huhuh. tambah lagi ngan keadaan ayah kena jalan berpimpin, takkan nak expect nurse jaga 24 jam kan. oleh sebab hari sebelumnya dah buat sume rawatan penting, aku ok je la dia discharge dah walaupun belum sihat sepenuhnya pun.
- ayah cam confuse dan mamai bila dah balik rumah. “sape bawak ayah pegi hospital?” soalan yang sangat menyedihkan hati aku. dan banyak lagi la yang ayah jadi tak ingat, contoh: anak kakngah brape orang.. anak aku brape orang. time taip nih rasa sedih gilos huhuh. tapi aku dah tau awal-awal tuh keadaan normal bagi pesakit yang paras gula dalam darah terlalu tinggi, leh bagi kesan pada fikiran dia. once dah reda paras gula tuh, akan ok balik.
- 12 julai 2010- kakngah amik cuti dan datang temankan jaga ayah, gabanz pun dah kena balik KL dulu settlekan sume keja dan amik keja untuk dateline baru. 15hb balik sini smula. so aku lega sket kakngah ada sama. sebab setabah-tabah aku selama ni, hati aku tersentuh gila bila dengar ayah cakap “ayah ni entah umur panjang ke tak entah..” sebab sebelum ni dia takpernah sebut camtuh.. yang slalu sebut.. “umur ayah ni panjang..”
- 13 julai 2010- kami decide bawak ayah balik ke kampung, Dungun. rumah arwah mak. senang kat sana ramai sedara kalo jadi pape senang nak mintak tolong. petang abang faizul datang ambik, bawak ayah dan mama. satu kereta. aku plak drive bawak kakngah dan Afi. Afi sayang, baik anak ibu sebab tak meragam dalam keta. 1st time jalan long distance.
- 15 julai. Gabanz balik. happy. orang tersayang ada bersama, so jadi lebih kuat. macam minum milo muahaha. da, 15 julai jugak, BIRTHDAY AYAH. happy birthday, ayah. masa peluk cium ayah, aku mintak maaf semua salah silap aku. dia jawab, “ya ayah maaf semua. nanti buat salah, mintak maaf buat lagi.hahahaah (dia gelak)” hahaha laser gile kan? aku tau dia tengah mamai macam tu, kalo tak sebelum ni anak-anak buat salah pun dia takde cakap laser gitu. ayah seorang ayah yang penyabar gile. tapi kalo sesekali (pertama kali) dia cakap gitu, elok gak untuk anak macam aku ni. time turun dapur, tengok mata kakngah merah. malas nak tanya lah. skang nih semua ada emosi sendiri, yang penting kita paham-paham sendiri je dah.
- icad demam. sian kakngah. note: irfan ngan imran kakngah tinggal kat abang faizul kat rumah dia sana. icad dan adib plak tinggal kat kaksom, pengasuh diorang. so selama 3 hari kakngah sama-sama jaga ayah, dia tinggalkan anak-anak dia. thanks to her.
- ramai gak yang datang lawat ayah, tapi dia memang nampak tak larat dan macam biasa, masih confuse dan mamai.
- petang 15 hb, kakngah balik rumah dia. aku pun memang nak suruh dia balik, kesian gak tinggal rumah lelama ngan anak plak demam. aku ok dah since gabanz pun ada sama.
- 18 julai 2010- gabanz balik KL malamnya. petang tuh aku dah siap-siap masak pape yang patut, simpan dalam fridge, senang esok panaskan je. ngan Afi yang kekadang susah nak letak bawah lelama, kena buat gitula.
- ayah dah nampak makin sihat, tapi aku tak kasi dia keluar memana lagi. tau dia pun boring, tapi nak buat cemana. kena sehat bebetul dulu.
- ingatan ayah pun dah makin ok, dah ingat balik cucu-cucu dia brapa orang etc.
- tapi paras glucose ayah masih tak stabil, kena monitor gile-gile.
- memula aku ada gak rasa cam hectic gile kena urus itu ini. ngan mama yang alzheimer (ala-ala nyanyuk gitu, ke bukan ala-ala dah? memang? whatever..) tapi memang pening jugak la bila hari-hari dia duk tanya ayah “bila nak balik KT?”. member belum sempat nak rehat, baru nak lelap tidur dah terbangun kena kejut tanya soalan sama. tapi masalahnya kalo balik KT skalipun, hari-hari tuh gak soalan yang dia tanya. ahaahah. so dah 2 tahun lebih dengar soalan sama, aku dah lali dah. hahaah. cuma bila banyak kali dia ganggu ayah, boleh mendatangkan amarah di hati gua jugak la. berbalik pada rasa penat gile urus itu ini, pikir balik, tengok balik keadaan orang yang ada ahli keluarga kurang upaya, nak kena jaga ayah mak yang sakit teruk, ngan anak-anak tak sihat, kehidupan tak menentu mana, aku rasa aku lagi beruntung sebab at least.. aku ada kekuatan dengan orang-orang tersayang sekeliling aku. so this is a test, a challenge given by him. i’ll definitely take it.
- memang la dalam pale pening pikir dah 3 minggu tak kerja so no work no pay. pikir pasal study yang dah 2 kuliah aku skip. tapi aku rasa ada benda yang lebih penting aku kena tumpu buat masa ni. biar sume dah reda dulu, dah ok balik. ada timenya, bila kita berada bersama dengan insan tersayang yang memerlukan kita sedangkan kita sepatutnya berada di tempat yang lebih boleh menyenangkan kita.. bersama yang memerlukan kita tuh lebih memuaskan ati.
- thanks to ady, misty, farihah for all your supports.thanks to all the messages kat FB, EMAIL as well as at nini3posen.com. kalo ada nama yang aku tak sebut, sori sebab lupa dan takleh nak pikir panjang nih. banyak benda nak pikir dalam pale.
- take care all. see u.
HI.
Reflected by Vagg© on Friday, July 9, 2010 at 12:57 AMThanks for all the comments regarding my dad’s. Kat blog jugak kat FB.
In fact, I don’t plan to tell the ‘chronologies’ in here since it would bring me to the phase of unstable emotion again and again haha. But let me tell you roughly bout it.
Ayah’s condition is quite ok right now, but he really needs more rest. Lebih rehat sesuai dengan umurnya la kan.
Kenapa tak sihat? 2 hari lepas, jatuh kat bilik air. Pitam. Sebab musabab malas nak cerita lebih-lebih. Macam aku cakap tadi la, kalo cerita balik dari awal, boleh mengembalikan stress aku. Kalo aku tak tahan nanti, aku cite la kat mangsa-mangsa lain lagi hahaha. Takat ni biar Gabanz je la jadik mangsa. Skang nih kepala kena ligat berpikir. Banyak benda nak kena fikir, nak kena plan and so forth. So doakan je semuanya elok, kan.
I’m trying not to look stressful (at leastttttt, in here) so mari kita berhappy-happyan sedikit.
Boleh tolong buat entry lawak gile-gile tak kat blog korang hari nih. Aku nak gelak. Heh.
Ok malas nak mengada banyak-banyak. Fokus esok (or should I call it hari nih sebab skang dah dekat kul 1 pagi, Jumaat):
- minum air barli + longan banyak-banyak untuk buat stok EBM.
- sabtu 10/7 registration untuk semester 7 aku kat uitm, out campus yang tak abis-abis tuhla kan. kata dah coti setahun mengendongkan budak tecik sana sini. so lepas ni pepandai la bahagi masa suruh budak tecik nih taip assignment aku.
- oh lupa, registration semester baru aku tak pergi, that one is very sure. thanks untuk coursemate aku yang bermurah hati nak tolong registerkan.
- gabanz ada ride.. konvoi ke KB arinih. have a safe journey, dear. this might be his last ride sebelum berehat lama, setahun setengah tak boleh nak join konvoi tugeder-geder lepas nih. pasal nih aku cite balik la. the draft is already here, tapi aku malas nak edit lagi la.
- dalam pale aku ni buat stok EBM buat stok buat stok.. harap-harap cukupla nanti. seharian nak tinggalkan Afi bila pergi kuliah.
- takmo stress nanti production EBM merudum. takmo stressssssssssssssssssssssssssssss.
- so please help.
YA ALLAH..
Reflected by Vagg© on Tuesday, April 20, 2010 at 5:03 PM
Dulu dengan adanya mak.. ayah.. kakak.. anak-anak buah... hidup aku sangat bermakna.
Adanya seorang yang dipanggil suami.. hidup aku lebih bermakna.
Skang..
Adanya dia yang dipanggil anak.. hidup aku semakin bermakna. Sangat-sangat.
Ya Allah..
NikmatMU memang tidak ternilai..
Terima kasih Ya Allah..kerana memberikannya kepada kami..
* patutla ada ibu yang sanggup tak makan kerana nak bagi anak makan dulu.. ada ibu yang sanggup kerja siang malam untuk besarkan anak.. ada ibu yang sanggup dihina dicerca untuk mempertahankan anak.. ada ibu yang sanggup mati untuk anak.patutla.. sebab skang baru aku tau perasaannya.
MAKCIK YANG SEBOK!
Reflected by Vagg© on Monday, January 18, 2010 at 9:46 AMNih entry separa emo hahaha.. emo bagi pihak orang lain dan emo bagi pihak aku gak di akhir drama. Huh.
Sabtu lepas aku kena gi klinik kesihatan tu sebelah pagi.. amik BP, tekanan darah. (haaa bab amik BP nih nak gak aku emo bagi pihak aku.. tapi aku takmo cite lagi.. itu lain kali aku cite. heh.)
Skang kita cite pasal sedikit benda yang bagi orang lain.. TAK RASA PAPE.. tapi bagi sesetengah orang.. akan terasa.
Masa aku duk nunggu nurse datang ke klinik pagi tuh…
ok masa nunggu tuh.. ada la sorang akak ni.. dalam 30-an dan masuk 40-an la kot.. dia tolong bawak anak adik dia nak check jaundis (kuning).. pastuh ada lagi sorang.. akak yang baru je pregnant.. sorang lagi umo lebih kurang aku, pun bawak baby.. pastuh sorang lagi mestila aku. Hahaha aku kira watak menempel dalam drama nih ok.

Pastuh biasala.. sesambil tuh, sembang la kan.. walopon aku takde le ramah mana. Aku asik duk belek baby kat sebelah aku (anak pompuan yang sebaya aku tuh. pompuan nih aku kasi nama dia MILA)
Then sembang la pasal akak yang baru je pregnant tuh.. katanya dia 3 kali dah miscarriage sebelum tu. Okey aku bagi nama akak tuh KAK INA. Pastuh tetibe akak yang 30-40 an nih nyampuk dengan ramahnya tahap terjuiih-juih mulut..

cemana boleh gugur????
akak selama ngandung nih.. tak penah pun gugur!!
Aku tetibe cam terkejut la.. eh lancangnya mulut ko. Ok oleh sebab aku dah bengang ni.. aku kasi nama akak tuh AKAK MAKCIK SEBOK, ok. Wakakakakakaa.
Time tuh.. kak ina.. ngan sorang lagi yang sebaya ngan aku yang pegang baby tuh cam tersentap le gak dengar ayat dia.
Pastuh kak ina tuh jawab la.. dah takde rezeki nak buat cemana. ngan senyum kelat.

Pastuh makcik sebok ni jawab balik
yelaaaaaaaaaaaaaaaa takkan la sampai 3 kali??? tu tak jaga bebetul la tuh.
akak dulu.. tau je ngandung.. trus bla bla bla bla ape ntah dia ngomel.. tapi pasal tips kesihatan dia masa ngandung ke kononnya.
tu aku tak kisah la..
yang aku cam bengang sket.. (WALOPON TAKDE CAKAP PASAL AKU PUN)..
bila dia cakap..
hmmmm jiran akak tu lagi laaaaaaaa.. sampai skang dah 10 tahun kawin takde anak! tak dapat-dapat.
ntah ape tak kenanya.
akak suruh ikut petua akak nak senang dapat anak.. TAKMO. JENIS DEGILLLLL.
pastuh jiran lagi sorang plak lembikkkkkkkkkkkkkk manjang kalo ngandung.
kita nih pompuan.. walopon lemah.. time ngandung.. bawak-bawakla rajin kuatkan badan nih.
jangan asik melepek manjakan diri je. nanti anak LEMBAB!!
akak duluuuuuuu.. masa ngandung.. enam-enam orang tuh sume akak GAGAH je.
takde la nak muntah-muntah nih. anak last je muntah-muntah. tapi akak takde nya nak baring-baring manjang. tido manjang. paksa gak diri kita nih jadik KUATTTTTTT.

Time tuh aku rasa cam nak sumbat selipar aku dalam mulut dia. baru dia tau cemana kombinasi bau dan rasa kaki + simen (hahahaha selipar aku tuh terkena simen basah yang ayah aku guna nak tampal lantai kat garage rumah arituh ahahahaha.dah kering.. baru aku tingat nak kikis. udah terlambattttt.)
Pastuh Kak ina tuh cam berubah la muka dia.. maybe dia terasa akak tuh ngate dia ke apa ke wallahualam la. Tapi sian gile la ok. Orang pregnant kan SENSITIPPPPPPPPPPPPPPPP. Ko suka ati ko je nak cakap macam la ko tuh perfect sangat sume benda ko elok je.

Makcik.. tuh rezeki masing-masing.
Ingat TUHAN ke tak?
Kalo diberikan ko kesenangan masa pregnant.. bawak-bawakle bersyukur. Kita nih tak sama keadaannya. Even muka, rambut, perangai pun lain-lain. Inikan pulak benda-benda keadaan diri kita nih.. suka ati je nak samakan keadaan kita ngan orang lain???
Kalo gitu la keadaannya.. sume la orang pregnant nih sihat sejahtera.
Sume la bila nak beranak.. seminit push dah keluar baby.
Pastuh bab nak condemn orang pregnant nih lembik ke ape ke.. gua pantang la sket.

Ko ingat ada ke orang sesaja suka nak baring sepanjang masa atas katil? Lenguh, ok , belakang nih. Bawak plak budak yang makin membesar dalam perut.. kaki, belakang, pinggang sume lenguh.
Tapi masalahnya kalo memang berdiri je.. trus cam pitam semacam.. takpun malam dah hampir 1 malam tak dapat lelap.. kalo siang orang nak rehat pun ko cakap MANJAKAN DIRI KE?
Ubah sket cara berpikir tuh boleh ke tak?
Jangan pandang keadaan diri kita je. Macam ko best sangat.
Itu la manusia nih.. kalo asik tengok diri sendiri nak ikut kepala sendiri je.. memang takkan nampak takkan paham keadaan orang lain. Sampai masa.. nak suruh ikut cara dia je. Cara orang.. hak orang.. ketepikan.
Problematic punya orang.
Satu lagi sesapa yang suka duk cakap pasal orang lambat dapat anak nih… memang le bagi aku kurang adab.
Benda nih kerja TUHAN ok.. ko jangan memandai masuk campur bab-bab kuasa ALLAH nih..
Itu hak DIA.. bila nak berikan rezeki tuh.
![]()
Cam aku sekalipun.. bukan sebulan kawin trus pregnant.. masuk gak 3 bulan baru dapat tau berita happy. Orang lain.. ramai lagi yang bertahun menanti. Tapi hak kita ke nak buat assumption itu ini? Again.. tu kerja TUHAN la.. jangan ko memandai cakap TAH MANA SILAPNYA bla bla bla. Melampau.
Orang macam nih.. satu je yang nampak terang-terang.. JENIS PIKIR SATU HALA JE. tak reti nak pikir dari sudut lain. Apa yang ko ada.. ko rasa orang lain yang takde tu macam SATU KEKURANGAN BESAR bagi ko. Apa yang kesenangan yang ko pernah alami.. ko assume orang lain sume mengalaminya. Takde istilah ko nak memahami keadaan orang yang kekadang nasib nya tak sebaik kita.
Pastu banyak lagi la dia nih merepek.
Last-last memasing buat bodo je.. kitorang duk sembang pasal baby si MILA tuh.
Tak lama bila dia sedar cam orang tak brape layan dia… tup-tup masuk bab skolah anak-anak ni plak. Kutuk-kutuk cikgu plak.
cikgu zaman skang nih pemalassssssssssss.. tau datang keja je.
nak ngajar anak kita elok-elok jangan harapla. makan gaji buta!
Tetibe gua macam hot.. ko penah rasa cili boh masuk dalam lubang idung tak kak????
gua memang pantang kalo cakap
budak-budak bodoh lembab nihhhhhhh.
Dia sambung lagi bercakap..
anak akak tu sampai nampak bodoh dah. padahal dia bukannya bodoh dulu. cikgu dia punya la pemalas! ape ntah diajarnya sampai skang sifir 3 pun tak ingat-ingat. lembab jadiknya anak akak tuh.
Ehhhhhhh dia nihhhh. gua pun start engine…
“kak.. saya nih cikgu gak. tapi selama bertahun saya jadik cikgu nih.. sekalipun takde saya panggil anak murid saya bodoh, lembab nih. sebab sume budak tuh sama je.. yang beza dapat markah elok ke tak tuh.. sikap dia sendiri nak belajar ke tak. ataupun sesetengah budak nih amik masa nak paham sesatu benda tu. manade sehari sebulan belajar nak suruh pandai semuanya. tapi kalo mak sendiri yang sebut anak dia lembab, bodoh.. memang gitu la jadiknya. sebab kata-kata kita nih DOA. nak-nak mulut seorang ibu. masin. kalo gini, tak kira la ek orang ngandung tu suka rehat je sokmo sepanjang ngandung. tak berkaitan ngan LEMBAB cam akak cakap tadi tuh. tadi akak cakap masa ngandung GAGAH je..kenapa plak skang anak akak tu akak cakap LEMBAB????? Sume cikgu kat skolah dia tuh ke penyebabnya? bukan sebab mulut kita ke?”

Kepada akak mulut luas dan ramah.. semoga anakmu tak bersikap sepertimu.dan semoga tak masinla mulut maknya tuh yang anak sendiri pun dicakapnya bodoh dan lembab. Kot-kot nanti sampai masa.. sume yang ko ngate orang tak ingat dunia nih.. berbalik bedebuk kat ko. Hmm..
P/S: pics credits to inmagine.com.
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..








