gua bakal sibuk kembali setelah setahun bercoti-cotian dari kuliah. uitm, ai het yu muahahahahaha..
KENAPA NAMA LU MACAM TUH WEYYYYY
Reflected by Vagg© on Wednesday, July 7, 2010 at 9:22 AM*Images credited to inmagine.com.
=========================
Tahun 2002.

Gua baru abis diploma, cuti tunggu nak grad. Boring gile hari-hari mengadap TV, so gua apply jawatan GURU GANTI kat pejabat pendidikan. Rezeki gua, dapatla jadik cikgu ganti kat satu skolah rendah nih.
1st day mengajar.

Gua ada nervous bila tengok cikgu-cikgu situ serius banget. Masuk je bilik guru tuh gua rasa nak keluar balik je. Nak balik rumahhhhhh.. arghhhhhh nak tengok tibi, pelisssssssssssssssss. Padahal gua pun serius jugak. So inilah dipanggil mood mengada-ngada nak nervous tak tentu pasal.

Ok penyelia petang bagi gua schedule mengajar dan bagitau gua jadik cikgu ganti kat sorang cikgu yang tengah dalam pantang bersalin. Automatic gak gua jadik guru kelas untuk gantikan cikgu tuh. Kelas tu nama 3 CERGAS DAN KUAT (sori gua reka, sebab dah lupa nama kelas tuh, yang pasti bukan kelas 3 CEMPEDAK.)
Gua betulkan tudung elok-elok, make sure baju kurung kemas cantik, gua jalan ngan muka selambe gua. Muka selamba gua adalah muka yang serius, orang la cakap. Muka susah nak senyum. So tak jadi satu masalah besar la untuk gua, gua tak perlu nak buat-buat muka serius sebab muka dah memang serius. Cuma gua cakap kat diri gua..
‘budak-budak jangan bagi muka sangat nanti dia naik pale bila cikgu baru over ramah.’

So gua dah berkira-kira takmo jadi mesra darjah sangat unless gua perlu buat macam tu.
Gua sampai ke kelas darjah 3 tuh. Kat tangan gua, gua kepit BUKU KEDATANGAN MURID, sebab macam gua bagitau tadi, gua terpaksa ganti cikgu kelas diorang kan?

‘semua baaaaaaaaaaaaaangun. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssalaaaaaaaaaaaaaaamualaiiiiiikummmm, Cekkkkkkkk gu!’ – sorang budak laki pakai songkok bangun ngan muka sengih-sengih serius mentang-mentang jadik CLASS UMBRELLA (class umbrella=class monitor=nama yang anak jiran gua pernah bagi untuk ketua darjah sampai buatkan gua gelak guling masa gua darjah 2 dulu. Melampau gile kan gua gelak-gelakkan orang, macamla ko pandai sangat kan??????????????.)
‘aaaaaaaaaasssalaaaaaaaaaaaaamualaikum cekkkkkkkgu.’ Bunyi suara soprano sume murid. Gua jawab salam dan suruh duduk sambil pandang muka sorang-sorang. Ada yang senyum-senyum, ada yang cecepat simpan mainan, ada yang betulkan baju masuk dalam seluar, ada yang bisik-bisik kat kawan- EHH CIKGU GANTI CIKGU AZLINA KAN??, ada yang macam-macam la.
Yang pasti muka gua tetap serius banget.
..dan gua dah pesan awal-awal jangan nak bising-bising dalam kelas.

Baru gua nak start GET TO KNOW SESSION, sorang budak yang nampak ala-ala ramah sket cakap, CIKGU, GURU BESAR SURUH BAGI KERTAS IBU-BAPA. Kertas ibu bape hamendekah?? Gua mintak borang yang budak tuh pegang. Oh borang isi maklumat diri pelajar rupanya.
‘oh, nih KERTAS MAKLUMAT DIRI. ok letak kat depan ni, ya.’ Gua kasi arahan ala-ala cikgu kelas diorang. Eceh.

Pastu sume dah anto kecuali sorang budak yang nampak ala-ala gopoh gapah cari benda dalam beg. Gua tunggu je. Tak lama dia datang. Gua ingat lagi rupa budak tuh sket-sket. Pakai songkok kaler itam tapi banyak nampak putih dari itam (gua agak dia main conteng-conteng kapur kat songkok kot, ataupun main baling duster ngan kengkawan so kena songkok, eh macam gua penah main plak benda-benda gitu zaman skolah dulu), suar sedikit senteng, baju skolah sedikit kotor tanda keLASAKan melampau, stok-stok biasa budak skolah nak-nak lagi lelaki kan.. lasak kenmain. Lu tau balik rumah campak baju, mak sental macam nak bertukar jadik gorgon jadian. Eh kenapa gua emo sangat nih?
Ok sambung.
Budak yang gopoh gapah tuh datang ke depan.
‘cikgu. Ni. Kertas ibu-bapa.’

Ok fine, budak nih tak dengar kot tadi gua dah betulkan nama KERTAS IBU BAPA ni kepada BORANG MAKLUMAT DIRI. Atau maybe gua bagi vocab yang terlalu susah bagi darjah 3. So gua pasrah saje kalau dia susah nak ikut apa yang gua baru je ajar. Ishhh ni belum masuk bab tanya sifir ni, so gua masih belum naik minyak. Lagipun ape barang naik minyak hari nih, buang masa gua bersiap kan main cecantik nak menghadapi hari pertama kat skolah kan.

‘ok duk balik kat tempat awak.’
Gua nak stasrt get to know session versi gua sendiri. Kali nih malas la nak soh diorang bangun perkenal diri memasing. Baik gua tengok borang nih then panggil sorang-sorang.

Gua amik kertas paling atas. Kertas budak yang last tadik tuh la.
Tengok bahagian
NAMA MURID: Kawal Wiramas.
Whattt??? Klasik ke hape nama nih.
Ok takpe dalam pale gua dah pikir, maybe salah sorang mak atau ayah dia berdarah INDON atau JAWA, so nama agak belah-belah sana la. Gua biasa dengar orang indon nama WIRA. MAS pun penah. Tapi KAWAL?????????????? Ok takpe, sukati mak bapak dia la nak kasi nama apa pun kan. Yang gua ober sebok nih kenapa?
Gua tengok lagi nama kat kertas tuh. Oh lupa nak cakap, kertas tu tak bertulis tangan ye, siap BERTAIP ngan mesin taip. Rajin betul mak/ayah budak nih. bisik hati gua.

Pastuh gua berkira-kira.. nak panggil hamende budak nih? Wira ke? Mas ke? Mas kang bunyi macam gua feeling dia jadik suami gua plak (eh MAS kan orang indon guna untuk panggil suami diorang muahahaha gilos takkan budak darjah 3 nak jadik laki gua plak kannnnnnnnnnnn ).. atau nak panggil KAWAL? Oh ini lagi gilos. Tak sanggup gua nak gelak guling sebaik saja panggil budak tuh ngan nama KAWAL.
So gua panggil
WIRA.
Itu lebih sesuai.
“WIRA, Meh sini jap.”
Sebab gua nak tanya la nape borang tu macam kotor sket, nampak cam kesan kena air oren ke hape ntah. Selain nak kenal dia sket-sket, boleh gua pesan dengan penuh hikmah, LENKALI JANGAN LETAK KERTAS SEBELAH AIR OREN WALAUPUN SEDAP GILE AIR TUH.

“WIRAAAAAAA.”
Sume diam.
Gua angkat pale, tengok sume budak ala-ala terlopong.
Pastuh gua pandang budak yang nama wira tuh la. Dia pun terlopong sama.
Wehhh pintu kelas tak tutup nih.. korang terlopong nak bagi masuk lalat kah????????
Gua tinggikan suara gua, WIRA, SINI KEJAP. TAK DENGAR KE CIKGU PANGGIL????? Gua dah hangin.

Gua pandang dia ngan muka tension.
Budak tuh makin luas terlopong. “EH WIRA, AWAK NI CIKGU PANGGIL AWAK, MEH SINI KEJAPPPPPP.BUKAN NAK MARAH AWAK KAT DEPAN NIHHHHH.” Padahal niat gua memang nak bebel kat dia kejap kan pasal kesan air oren tuh.
Tapiiiiiiiiiii..
dia makin terlopongggggggg, ok.
Arghhhhh gua dah nak jadik gorgon dah nihhh.


Pastuh gua tengok budak-budak lain ada yang muka takut-takut.. ada yang duk bisik sesama sendiri pastu pandang-pandang gua. Ehhh lu sume nak ngumpat gua gemuk ke haaaaaaaaaaaaa???????
Apesal gua paranoid gile nih? Tetibe tuduh orang cakap gua gemuk plak kang hahahaha.

Gua masih tak kool dan tak puas ati ngan WIRA.
Gua kasi last warning, WIRA, BOLEH TAK KALO CIKGU PANGGILLLLLLLLLL, AWAK DATANG CECEPAT KAT DEPAN NIH????????????????????
Pastu budak sebelah dia tanya plak, SAPE CIKGU? Eh takkan lu plak, ada mata gua pandang lu? Gua dah hangin.
YA ALLAHHHHHH… WIRAAAAAAAAAAA.. AWAKLA! AWAKKKKKKKKKKK.
Ke nak suruh panggil apa???

Pastuh class umbrella (class monitor) menyampuk ngan muka takut-takut sket,

Cikgu, nama dia Apis.
Bukan WIRA.
What????????????? Gua tengok kertas tuh smula.

Nama murid: Kawal wiramas
Umur: 9 tahun
Nama bapa: Osman bin Abdullah (ok nih gua reka, sebab dah lupa nama apa)
Pekerjaan bapa: Kawal Wiramas (syarikat security)
Nama ibu: Kamariah binti Ali (nih pun gua reka)
Pekerjaan ibu: Surirumah
Ok abaikan yang lain-lain tuh.. sila tengok ruangan NAMA MURID dan PEKERJAAN BAPAAAAAAAAAAAAAA.

Ok gua tau gua silap tak baca dari atas sampai ke bawah borang tuh. Gua tauuuuuuuuuuuu gua silapppppppppppp.
Tapiiiiiii..
Kenapa lu excited sangat weyyyy, taula kerja security, janganla sampai silap taip nama anak pun kasi nama KAWAL WIRAMAS jugak pastuh lupa nak betulkannnn.
Skang sape yang dah nak jadik ala-ala sakit jiwa???

Eh ape yang cipta nama syarikat security tuh KAWAL WIRAMAS?
Kasi tau gua. Gua nak tikam dia ngan pensel skangggggg jugak.
=============
edited at 12.10:
gua memang tak pernah dengar nama syarikat security KAWAL WIRAMAS sebelum tuh. sebulan dua lepas tuh barula pertama kali tertengok sebuah van kaler ceklat, belakang dia tertulis KAWAL WIRAMAS SECURITY. jam tu gak gua rasa nak karate van tuh sebab teringat balik kesah memalukan dalam sejarah perGURUan GANTI gua.
GUA YANG INESEN
Reflected by Vagg© on Friday, June 25, 2010 at 12:48 AMWARNING: MACAM BIASA, ENTRY INI SANGAT PANJANG. (warning requested by adytentangsesekucen.)
Ni kisah gua masa kecik.
Kisah-kisah yang bakal dipaparkan mungkin juga dianggap berunsurkan kurang sopan. Tapi mahapkan je lah.. dah nama pun masa tuh gua budak-budak. Sejak dah besar (ye gua tau masa kecik dulu pun gua dah sedia besar pun).. gua dah tinggal perangai-perangai tak elok tuh sume.
Sume gambo adelah cilok dari inmagine.com. Takde gambar sebenar coz sapelah yang nak ambik gambar gua yang tengah buat memacam eksperimen, observation dan temu bual masa tu.
So skang gua nak start cerita. Lu olls dah start enjin kereta?
Ok KATA KUNCI untuk entry nih adalah INESEN BOLEH MEMBAHAYAKAN.
1.) Gua inesen tapi penuh DENDAM
Ok dari gua dah start pandai bercakap, pandai berjalan, pandai sume la.. mak gua dah pesan.. gua tau mak-mak orang lain pun dah pesan.. jangan mengintai benda-benda yang tak elok.Jangan gaduh-gaduh
Tak baek.
Sebagai anak yang baik, gua sure la angguk je. Ok straight to the Ampang Point.. mak gua pernah pesan.. “jangan ngintai orang dalam toilet.” .. or.. “jangan ngintai orang tengah poo poo..” So pepaham sendiri la. Sume mak orang penah pesan benda yang sama pada anak-anak kan. Takdenya mak-mak, atau ayah-ayah, even dia seorang pengintai pengendap berjaya, akan ajo anak dia yang umo 3 tahun, “ok sayang nanti pas makan biskut, sayang pergi mengendap anak maksom sebelah ye. abah tunggu.”
So kata-kata mak ni gua simpan dalam kotak ingatan gua.
Jangan buat.
Pastuh tak lama.. gua masuk Tadika. Masa tu dah 6 tahun.
Gua kan sehat macam arwah Yusni Jakpar masa kekecik dulu (eh sampai skang pun la). So gua benci gile orang mengata gua
gemuk
gemuk
gemuknye awokkkkkkkkkkk..
Siyes gua rasa nak lempang.Kalo gemuk jadi mati ke weyyyyyyy muahahaha.
Dan yang tanpa disangka-sangka, ada la sorang budak laki ni. Dia sebenarnya anak sedara cikgu Tadika gua. Dan kebetulan Cikgu Tadika gua tuh sepupu mak gua. Kira macam dia tuh bersedara la ngan gua kan. Maksud gua, budak laki tuh la.
Tak tau la nape…. gua yang masa tuh baru 6 tahun dah ada perasaan indah yang berputik terhadap budak tuh yang sama umur ngan gua tuh la. Reason dia.. sebab dia buat rambut style pelakon SYAH REZZA (gua minat gile syah rezza nih dulu, sampai pernah berangan nak kawin ngan syah rezza nih. perghhhhh gile kentang gua kan.)
Ok berbalik pada budak laki tuh.. lama la gak gua menyimpan perasaan. Bila pandang dia je.. gua slalu cam rasa muka gua merah. Malu kot..ehhhhhhh yela.. gua malu. Auw.
Sampaila pada satu hari.. dia join sorang budak pompuan dan mengata gua
g.e.m.u.k
Masa tu hancur luluh la sket hati gua, tapi tak sempat nak cakap DEM YU sebab belum pernah dengar kata-kata tuh kan. So gua memendam perasaan sambil menjeling tajam. Kebetulan hari tuh mak gua datang amik gua dari Tadika lambat sket. So gua tunggu la mak dengan perasaan boring gileeeeeeeeeee.
Yeahh perasaan yang sebelum tuh berbunga-bunga sebab leh balik lambat memula tu (dengan feeling leh meluangkan lama lama sket ngan jejaka idaman) dah berubah jadik perasaan yang penuh kegelapan.
Gua tensi gile.
Dalam gelak-gelak budak kabaret (budak laki tuh la, fine lepas tuh gua panggil dia kabaret pun takpe dah kan since cinta gua dah hilang kat dia) tu.. tetibe dia cakap kat kawan kami yang sorang lagi..
“saya nak kencing la.”
So dia pun pegi la. Pastu kawan kami sorang tu pegi kat bilik cikgu kat hujung belah kiri gua.. dan tetibe mata gua pandang ke sebelah kanan gua… hujunggggggggg sana. Oh TOILET.KO ADA KAT DALAM KANNNNNNN.
Gua pegi. Dengan muka berpura-pura NAK MINUM AIR MASAK. (dapur dekat je ngan toilet.)
Tapiiiiiiiiii.. gua pegi intai budak kabaret tu kat toilet.
Dari celah-celah daun pintu.. gua nampak samar-samar je. Tapi PENUH CAHAYA DENDAM PAK MALAU DENDAM BERLIPAT.
Pastuh gua lari cecepat.
Duk depan balik ngan muka inesen gile. Oh ye nak bagitau, hari tuh hari Khamis (kalo kat Terengganu, tu hari last skolah la. Esoknya jumaat sabtu, cuti.) So gua pendam KIV dulu PROJEK gua.
Ahad minggu depannya..
budak laki idaman gua tuh nangis berguling..
tak basuh kencing…
hahaha..
tak basuh kencing..
hahaha..
tak basuh kencing..
hahaha buuuuuuuuuusuk.
buuuuuuuuusuk.
Sume kawan-kawan gelakkan dia.
Gua duk bersandar kat dinding ngan muka penuh puas ati.
==========================
2.) Gua NAK TAU JE:
Kita memang slalu diingatkan oleh mak-mak even cikgu-cikgu pun cakap yang setiap kita ada batas-batas anggota yang boleh dilihat dan anggota yang SULIT dan TAK BOLEH DILIIHAT atau DITUNJUK pada orang.
Gua slalu pelik cam whyyyyyyyyyyyy ek tak boleh tengok.
Yang tambah curious.. gua terpikir adakah anggota yang tak boleh dilihat tuh sume orang sama je ada. Atau tak sama.
Macam-macam dalam pale gua nak tau sume benda, kan?
So untuk MEREALISASIKAN cita-cita gua yang berkobar-kobar tu.. gua amik port secara senyap-senyap dan rahsia dari pengetahuan orang lain pada satu petang.
Gua berhati-hati gile biar takde sape pun dalam rumah gua tuh tau projek gua.
Masuk je bilik tuh, gua kunci pintu bilik tu untuk mengelakkan gua orang kakak gorgon gua tu datang sergah gua ke hape ke kan. So RIDSECT TAK BERI PELUANG, ok.
Sasaran dah pun berada dalam bilik pun. Ye bersama gua dalam bilik yang sama. Orang lain tarak. Gua dah mark saspek ni sejak dia balik kerja lagi. So kali nih gua takkan lepaskan.
Once gua dah kunci pintu bilik. Gua trus slow-slow merangkak.
Merangkak.. merangkak.
Gua letakkan rebahkan badan ke lantai.
Gua try dapatkan posisi selesa. Gua dongak dalam kepayahan. Renggangnya kayu atas ngan bawah tuh belum cukup renggang dan tanpa gua sedar.. gua terkeluar bunyi uhhhh ehhh uhhhh ehhhhh sebab susah kena mengengsot sambil meniarap sebab perut gua kan berlapis cute masa tuh.
dan…
bunyi uhhhhhhh ehhhhhhh uhhhhhhhhh ehhhhhh telah didengari sasaran gua.
Tetibe..
“adikkkkkkkkkkkkkkkkkk buatpe tuh???????? ngintai cik kencing ke nih????? (CIK=PANGGILAN UNTUK MAK GUA)
“takdelahhhhhhh.. mana de.”
Gua jawab ngan cuak gile sambil bangun cecepat dari merangkak dan meniarap nak intai mak gua yang tengah nak shi-shi kat dalam toilet.
Cissssssss niat nak inbestiget tidak direstui gile. Gua nak tau je.. tuh pun tak boleh.
Gua pasrah.
======================
3.) Gua mem’SPOTCHECK’kan ayah gua:
Masa kejadian.. gua darjah 1 rasanya.
Tapi memang dah skolah la. Sebab gua dapat ‘ilmu’ nih pun dari cikgu gua. Setazah.
Dia cakap.. “masa semayang kita kena pakai baju bersih-bersih. pakai seluar. seluar panjang, seluar dalam jugak. pakai elok-elok bagi yang lelaki. yang pompuan.. pakai telekung semayang bla bla bla.”
Masa tuh darjah 1.. mak gua dah ajar sume pasal cara semayang, bacaaan hape sume. Ayah gua pun.
.. dan time tuh.. masa waktu Maghrib.. gua duduk dendiam kat ruang tamu. Kat ruang tengah, ayah gua semayang Maghrib kat situ.
Gua kerling ke ruang tengah.
Gua jalan slow-slow. Masa tuh ayah gua tengah SUJUD rakaat ke-3 kot. Gua tunduk ngan sedikit tertonggeng.
“hah ok.. pakai. kaler putih.”
Kata gua dalam hati. Alah gua intai nak check je. Ayah ikut ke tak cakap Setazah, bila semayang pakai bersih-bersih, pakai baju, seluar,
shpender
pun Setazah cakap kena pakai.
So ayah telah memenuhi PIAWAIAN yang setazah gua tetapkan.
==============================
4.) Gua dan kawan gua SAMA-SAMA INESEN dan mengakuinya:
Zaman 80-an dulu kan kat TV banyak cite omputeh. Gua suka layan cite I DREAM OF JEANNIE, MAN FROM ATLANTIS, 6 MILLION DOLLAR MAN, BIONIC WOMAN, LITTLE HOUSE ON THE PRAIRIE.. banyak lagi la. Sitcom pun gua layan.
So dalam gemar-gemar layan tuh.. dalam best-best cite tuh.. kalo sebut omputeh.. ada je kan adegan yang tak brape nak senonoh.
Oleh sebab mak-mak kita cakap
JANGAN TENGOK, TAK BAIK..
So bila ada adegan romantika d amor tuh.. gua feeling tutup mata la. Tapi nampak gak.
What to expect weyyy.. kalo suruh budak kecik tengok benda yang diorang tak pernah tengok. Ada dia nak biarkan macam tuh je.
Kat skolah, gua pernah membincangkan hal nih ngan kawan baik gua, kak canai.
gua: awak tengok tak cite I dream of Jeannie (masa tuh gua sebut JENNY, instead of JINI) semalam?
canai (kawan gua): tengok. awak tengok tak masa diorang syium syium ?
gua: eh mana tengok. mana boleh.
canai: saya pun
gua: tu lah.. mana boleh tengok kan
canai: ha ah
eleh eleh eleh ko tengok dedua orang nih berlakon….inesen la konon tak tengok.. padahallllllllllllllllllllllll.
Ok done that part. Ada lagi part yang sadis.
Mak gua tengah mekap-mekap nak pergi keja. Hari tuh hari Sabtu, confirm.
Sebab gua tak pergi skolah. Mak plak Sabtu kerja (dulu-dulu keja kerajaan, Sabtu pun on je keja.)
Gua lepak atas katil. Duk bawah selimut gaya nak tidur balik.. tapi tak boleh sebab dari kecik mak tak biasakan kami tidur balik once dah bangun pagi.
Tetibe gua lilit selimut tuh bagian dada.. ala-ala berkemban sket.. tapi takla berkemban sangat.. kira menutup bagian yang sepatutnya la.
gua: cik.. tengok ni. boleh tak buat macam ni?
mak gua (kami panggil mak kami CIK): buat ape???? (ngan muka terkejut)
gua: macam ni la.. tapi yang ni pakai t-shirt. kat TV cite omputeh tutup ngan selimut je. (statement innocent gile!)
mak gua: tak boleh tak boleh. ehhh pegi mandi siap-siap, kang pegi ngaji dengan kakak. cepatt.
Mak gua ubah topik sepantas kilat berkilat sabung menyabung ayam.
Mesti mak gua tahan je masa tuh kan.
Tapi dalam atiiiiiiiiiiiii.. OMG.. ANAK AKU KAH ITUUUUUUUUUUUUUUU.
=========================
Ape skalipun kat sini.. gua nak tekankan yang gua
TAK BERSALAH
muahahahha.
Gua hanya menurut hukum alam di mana jika dah namanya kanak-kanak.. apa yang dia tengok sume dia nak tahu lebih lanjut.
Sebagaimana erti kata kanak-kanak yang sebenar..
mereka adalah seperti kain putih.. suci.
terpulang pada mak ayah nak mencorakkan.
tapi pada masa yang sama, kekadang walau mak ayah dah cuba mencorakkan pun, tetap sedikit sebanyak tak boleh lari dari perasaan nak tau anak-anak yang membuak-buak. Tahap root beer float pun ada ok tahap membuaknya.
So AFI.. gua harap perasaan curious gua yang tahap dewa masa kekecik dulu tak terturun kat lu haha.
Isk.. serius ini adelah scaryyyyyyyyyyyyyyyyy.
Cemana agaknya situasi gua 5-6 tahun nanti.
HUSBAND GUA 1 – episod: PEMBULI JALANAN BERWARNA OREN
Reflected by Vagg© on Wednesday, June 16, 2010 at 11:28 PMGua ada husband yang bernama husband bukan nama sebenar.
Dia ada wife yang bernama gua mungkin nama sebenar.
Gua suka merajuk. Semulajadi. Masa kecik mak gua pun tak tahan ngan perangai suka merajuk gua.
“sari spuluh kali sebetor ngajuk =sehari sepuluh kali merajuk” - itu bahasa terengganu, harap maklum.
Masalah suka majuk menjadi-jadi bila tengah pregnant.
Satu hari masa masih pregnant.. gua ngan husband gua baru lepas sembahyang Maghrib. Dia jadik tok imam la kalo time dia balik sini (balik sini maksudnya balik dari KL, dia kan keja KL, gua plak kat ganu. motip gua kena ulang tayang bagitau info nih? haha) Ape kes gua nak jadik tok imam kan? Pastuh sementara nak tunggu Isyak, gua baring la kat tikar sembahyang. Letih.. lenguh kaki hape sume.
Gua ngan laki gua..sejak mula kawin sampai le skang nih pun ada tebiat suka main cuit-cuit time tengah tunggu nak semayang seterusnya. Biasanya maghrib-isyak la. Biasanya gua la yang gedik acah-acah nak cuit dia. Dan biasanya acah gua tuh menjadik kenyataan yang last-last kalo menyusahkan diri dia je takpe gak. Dedua kena pergi amik wudhuk balik ngan gua yang over bebel padahal gua yang tukang start. Husband gua macam biasa la. COOL. Patut dia ada hak seligi gua habis-habisan. Wakakakaka.
Ok berbalik pada part gua baring kat tikar semayang tuh..
Pas baca yasin hape sume.. husband gua bangun.. pegi duk depan lappy.
Tetibe tak semena-mena gua terasa.
EMOSI OK, EMOSI.
Biasala fomfuan freknen kan. Hormon hape la yang ada kat pompuan pregnant nih sampai asik je nak kena emo kan. Tuh gua pun tak paham.
Ok time tuh gua rasa cam dia dah tak sayang gua. Penat gua mengandung anak dia. Pastu skang duk jauh-jauh. Padahal gua letih hari tuh.Tolong la picit kaki ke hape ke. (padahal sebelum tuh gua dah pesan kat dia jangan cuit-cuit gua nanti takmo amik wudhuk lagi skali. pastuh gua plak yang emo. gilos.)
Pastuh husband gua tanya gua hape ntah.. gua diam je. Gua buat cam telinga gua kena sumbat ngan kapas yang kita gigit time kena cabut gigi masa darjah 3-4-5-6 Epal tu. Gua buat dono. Dalam ati gua..
rasakannnnn..
malas gua nak bercakap sampai mood gua dah ok balik!
Lepas tu Isyak. Semayang. Abis, bagi salam. Doa. Sampai part nak bersalam.. gua salam je. Husband gua nak cium dahi pun gua bangun cecepat. Apetah lagi bagi cium pipi kan? Konon gua bajet pipi licin gile la padahal sejak pregnant.. naik ala-ala jeragat kecik. Serius gua rasa nak tampar pipi laju-laju kalo tuh boleh ilangkan jeragat tuh.Ok stop merepek pasal jeragat plak. Ni bukan drama minggu ini bertajuk “pipi isteriku berjeragat ketika membunting.”
Gua lipat sejadah.. letak je atas kusi.. Malas nak gantung kat tempat gantung tuh sebab kena lalu dekat husband gua. Ahhhh gua malassssss! Baju semayang pun tak tanggal lagik.
Gua trus kebabom atas katil. Gua tutup muka ngan bantal macam biasa. Perangai biasa kalo merajuk
Buruk gile. Tapi gua tetap bajet kiut.
Pastuh husband gua naik atas katil.
Dia cuit gua. Gua cakap JANGANKACAUORANGNAKTIDOSAKITPALENI.
Macamla husband gua tu baru kenal gua 3 jam. Ingat dia caye la gua bagi alasan tu. Dahla bantal yang tutup muka tuh gua campak dah. Ye, gua takleh tutup muka lama-lama. Lemas. Sebab tu kalo tido pun tak penah tutup muka kepala segala. Motip nih pun gua nak bagitau?
Pastuh husband gua tanya.. nape ni?
Gua jawab TAKDEMENDELAJANGANKACAULAGERAMLAMACAMNIH!
Pastuh husband gua diam.
Gua bajet dia malas nak layan tak kuasa nak layan kalo sehari sampai 8kali merajuk. Emo tak agak-agak.
tapi..
Tetibe..
Gua rasa cam husband gua makin dekat ngan gua yang tengah merajuk sambil tutup mata tu. Padahal mata berkelip-kelip.. blah laa.
Gua diam. Tak gerak-gerak.
gua dah tak tutup muka macam gambar ni. gua tutup mata je lepas tuh. ni gambar hiasan je. kebetulan dulu husband gua penah snap gambo gini. so gua rembat sekeping dua jadikan model dalam cite nih.
Tetibe..
Rasa cam dia makin dekat. Siap leh rasa panas-panas orang bernapas. Eeeeeeeeee pantang betul gua. Bunyi orang bernapas-napas ni. Rasa nak tolak dia jatuh katil, tapi oleh sebab gua tengah BERLAKON TIDUR.. gua biarkan je.
Tetibe..
gua rasa..
sesuatu melekat di bibir.
Gua ulang..
rasa sesuatu melekat di bibir…
yelaaaaaaaaa bibir gua la. Bukan bibir posmen kampung sebelah.
Pastu gua cam koser nak bukak mata.. tapi sebab tak tahan.. gua bukak.
Tetibe…
EEEEEEEEE APE NIHHHHHHHHHHHHHHH???????
Husband gua jawab..
ALA TAKPE LA.. BIAR BERSERI SKET BINI ABANG PAKAI LIPSTICK... sambil pegang lipstick gua yang kaler ala-ala oren jenis Avon dan..
sambung tenyeh kat bibir gua.
Arghhhhhhhhhhh.. gua makin naik mental tapi gua gelak kuat-kuat. Lagila nampak mental kan?
Jaga lu, Gabanz. Nantikan hari pembalasan, wahai pembuli jalanan.
p/s: liptick gua tuh.. rosak sket ok sebab pembuli jalanan tu reti bukak je tak reti tutup. time bukak dia pandai pusingkan kasi lipstick tuh keluar. pastuh time nak tutup, tak reti pusing smula. pegi amik penutup, zasss tutup. so boleh tak beliau sendiri bayangkan betapa seksanya lipstick tu terpenyek baekkkkkk punye????????
NASI KERABU KUAH AIR MATA BUDU
Reflected by Vagg© on Thursday, February 25, 2010 at 8:06 AMIni bukan entry nak kasi resipi ye.
..dan so far takdek lagi yang request makanan ini. So tuan blog selamat tak payah buatkan.. tak payah kasi resipi lagi.
Sejak pregnant ni kalo masak pun takat masak untuk kasi kenyang ayah mama je. Takpun time Gabanz balik. Takpun kalo aku ada ngidam nak makan something, so masakle.
Kalo tak.. memang terserlah kemalasan itu.
Benda dalam bungkus nih adelah NASIK KERABU ye.. tapi yang nih snap gambonya lepas beberapa minggu berlaku satu INSIDEN MENYAYAT HATI. Wakakakakaa.
Nih berkaitan ngan emosi semasa pregnant. Sila amik perhatian. Haha.Sejak preggy.. benda yang paling aku sensitip adelah bab MAKANAN. Benda lain ok lagik.. tapi kalo bab makanan… ada je yang buat aku emo lebih-lebih.
==========
Pada satu hari Sabtu nih.. kebetulan time tuh Gabanz balik sini..
Aku malas buat breakfast.. so ayah beli je. Untuk yang asik duk pikir “nape ayah ko yang pegi beli makanan kat luar? nape tak pegi beli sendiri? tak ke menyusahkan orang tua?”
For your info, ayah gua memang bukan jenis suka duduk rumah. Sehari boleh keluar 5-6 kali. Awal pagi selain pegi masjid.. beli paper. So kalo aku yang pegi keluar beli makanan.. sah-sah macam-macam alasan dia kasi. “meh ayah beli.. meh ayah beli. ayah kan nak keluar.” So, that’s it. Dia bukan jenis boleh duk rumah rehat-rehat goyang kaki manjang. Ntahle aku pun tak paham. Apetah lagi menantu dia. Lagi tak paham.. sebab suka sangat keluar haha.Ke mana dia pegi jenjalan aku pun confuse.
Ikutle.. janji selamat sudah.
Ok berbalik pada breakfast yang dibeli.. ayah balik tuh.. trus cakap..
“Ni makan la.. ayah ngan mama dah makan tadi (kat kedai tuhle gamaknye kan.) Arinih ayah beli NASIK KERABU. “
Mak buyung yang masa tuh 7 bulan kot.. aku lupa dah.. tahap nak
terlompat-lompat, okey.
bestnye nasik
kerabuuuuuuuuuuuuuuu..
Lama gile tak makan. Kecur air liur aku. Aku siap belek sket bungkusan tuh. Nampak ayam panggang. Wahhhhhhhhh. Trus jalan cecepat masuk bilik. Kejut Gabanz yang berguling penat semalaman dalam bas.
“abang cepatla bangun. ayah beli nasik kerabu,. bestnye besnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Cepatlaaaaaaaaaaaaaa”
Wakkaaka. Sabo je la.
“kalo takmo bangunnnnnnnn.. orang makan sumeeeee kang.” siap warning okey. Haha.
Pastuh cecepat la aku pegi buat air untuk breakfast tuh kan.. pastuh zasssssssssss mengadap makanan depan meja. Haha.
Pastuh bukak la bungkusan aku ngan gaya jilat-jilat bibir macam dalam eklan dalam tibi hahaa.
Bukak-bukak jeeeeeeeeeeeee.. trus tetibe rasa frust gileeeeeeeeeeeeeeeee.
Nasik tuh penuh ngan
BUDU.
Ye, BUDU.. dia buat macam kuah plak. Tahap SIRAM bersudu-sudu okey. Atau mungkin guna senduk. Gile ke hape.
*perhatian: gambo yang aku post nih adalah nasik kerabu yang letak sikit je budu, ok. tapi yang aku nak makan rituh tuh.. penuh ngan budu. siap leh nampak budu yang tak serap ke nasik. punyela melimpah. sakit gile ati guaaaaaaaaaa. ahaha.
Kenapa aku harus emo?
Sebab aku bukan penggemar budu. Memang dari kecik lagi aku tak leh nak makan budu. Dah pernah try pun. Tapi takleh nak masuk.. nak buat cemana. There’s no such thing aku berlagak ke.. assume budu tuh busuk ke so that aku tak makan. Benda lain okey je aku telan. Belacan, tempoyak, cencaluk. Tapi budu tak boleh.. tak tau nape.
Tapi kalo takat letak sket-sket.. aku telan je kalo dalam nasik kerabu.
Tapi kalo tahap melimpah.. orang yang gile budu pun MUNGKIN jadik tak selera.
Trus emosi berubah time tuh.
Aku pandang nasik gabanz plak kat sebelah. Sket je budu. Tak melimpah macam aku.
“abang.. orang takleh nak makan ni. tukar ah..nak abang punya… abang takpe.. leh makan budu. “
Laki ahkak nih plak ntah nape dia nampak nasik dia lebih kurang melimpah je ngan bini dia punya.. boleh dia jawab..
“laaaa sama je ni. abang punya pun banyak budu.”
Padahal dia punya banyak nasik yang elok lagi ok.
Belum dicemari buduuuuuuu..
Aaaaaaaaaaaaaaaa. Aku dah nak nangis. Gile je kan nangis depan makanan.
Tapi siyes ok.. memang emosi gitu waktu tuh. Yang tak pernah mengalami, sila tak payah kasi komplen as if ko tak pernah kena macam nih.. so orang lain pun tak pernah kena emosi gini.
Aku nak nangis.. tapi tahan je.
Yang pasti..
air mata sudah bergenang..
wakakakaka.
Pastuh aku senyap je. Cubit ayam panggang tu je makan.
Sadis gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. pastuh abis ayam.. aku trus letak nasik yang tak makan tuh bawah tudung saji. Trus masuk dapur.. basuh tangan.
Kat sinki.. gua menangis. Wakakakaa gile je kan.
Pastuh aku tunggu gabanz abis makan.
Bukan gi tunggu sebelah dia.. tapi tunggu kat sinki. Wakakaka aku kan majuk.
So.. nanok tengok muka awok…
hahahahahahahahahaa.
Elok aku dengar orang tolak kerusi.. trus aku jalan laju-laju kuar ke meja makan balik. Kira berselisih je la ngan suami kesayangan gua tuh. Tapi time tuh malas nak sayang kejap, ok. Heh.
Time tuh aku dah kesat-kesat air mata.
Ayah tengah baca paper time tuh. Aku berharap gile dia tak datang kat meja makan.
Ayah kan suka beramah mesra haha.
Tetibe..
Apa yang aku tak tunggu.. tatap kunjung tibeeeeeeee..
Ayah tetibe datang.. nak makan ubat ngan vitamin dia yang lom makan pagi tuh. Trus dia selak tudung saji..
“ehh nape tak makan nasik ni?” sambil selak tudung saji.
Trus aku..
“dia letak banyak buduuuu…”
uwaaaaaaaaaaaaaaaa aku bantai nangis macam budak-budak, okey depan ayah.Siap teresak-esak. Gilo.
Serius tak kelakar.
Malu gile.
Aku memang susah nak nangis depan ayah, ok. Even time mak meninggal dulu.. aku tahan gile nak nangis depan dia.
Bertahun-tahun selama ni aku tahan nak nangis depan dia.. sebab aku tau kalo ada pape, aku nangis, dia sure sedih..
Alih-alih bila ngandung cucu dia si budak tecik ni.. aku boleh bantai nangis.
Sebab musabab?
Nasik kerabu je.
Tak ke mentallllll..
Ayah cam terkejut gile hahahahaa.
Trus dia tepuk-tepuk belakang aku.. sambil bebel.. punyela nak sokong anak dia…. “YA ALLAH.. kalo letak banyakkkkkk.. tak sedap laaaaa. Ayah pun lupa nak cakap satu bungkus tak payah letak budu. Takpe ah jap gi ayah keluar beli makanan lain, ya.”
Aku plak.. “takpe takpe.. jap gi Ni makan roti.” sambil kesat air mata hahahahahaha memang tak bleh blah ok. Pastuh siap kelentong plak nak makan roti. Padahal manade stok roti. Uwaaaaaa..
Pastuh aku dengar Gabanz dah siap basuh tangan..
Aku trus lari masuk bilik… (wakakaka padahal bukan lari pun.. jalaM laju-laju je.)
=========
Nanti aku sambung… part lepas nih lagi oberrrrr/ Nak buat sekali harung.. memang panjang gile-gile. Ahkak kan tak suka tulis pendek-pendek cite sket-sket. Nak cite biar kasi terang, kasi ada flow.. kehkehkeh.
NOOR SALEHA, SAYA SEBENARNYA BAIK!
Reflected by Vagg© on Monday, November 2, 2009 at 8:24 AMIni kisah masa kecik. (sorry takde gambo zaman skolah.. sume kat kampung.. so tak pat nak scan. jadiknya mekasih untuk inmagine.com.. saya telah mencilok gambo-gambo di sana..
)
============
Aku kan garang zaman kecik dulu. Skang ni je tak garang. Wakakaka boleh caye ke.

Kisah aku lempang budak darjah 6 masa aku darjah 1.. aku dah penah cite kan.. hahaha.
Masa darjah dua.. aku ingat-ingat lupa aku ada kes gaduh ngan sesapa ke dak. Yang aku ingat.. zaman tuh zaman FEMININ terlampau. Asik main ANAK KAN nih je. Korang panggil apa aku tak tau la.. tapi aku panggil ANAK KAN. (anak kan= anak patung kertas yang leh tukar-tukar baju apa sume tuh la). Penuh bawah meja oooo.. duk main je sesado. Cikgu takdek sket.. mula la.. “Awok.. meh kita maing anok kangg (= awak, jom kita main anak kan – ini bahse ganu ye ahaha.)”

ini adalah ANAK KAN..
Pastuh yang aku ingat.. masa darjah 2 aku suka ngadu. Jap jap “cikguuuu tengok dia nih. Cikguuuuu tengok dia main jelir-jelir.” Ada skali tuh satu kelas kena diri atas kusi.. ada budak mana ntah main sengih-sengih.. buleh jadi satu modal untuk aku ngadu kat cikgu. Wakakakaa. Trus le aku….. “cikguuuuuuuuuuu… tengok di…”.
Pastuh tak abis nak sambung ayat.. tetibe kena marah. Bukan budak tuh kena marah. Aku kena. “Nini! Awak nih suka sungguh mengadu ye! Tengah diri atas kusi pun ngadu!”. Wakakakakaka nak pengsan I masa tuh tau. Jatuh maruah I sebagai budak darjah 2 Merah ahahaha.

Sejak tuh aku takde ngadu dah. Takat-takat tarik kusi kawan dari belakang masa diorang tengok jungkit kusi tuh biasa la. bukan teruk sangat pun kan. Takde lagi la yang jatuh nonggeng. Aku tarik walaupun secara mengejut..
diorang masih selamat…
Wakakaka.
Masa darjah 3.. aku jadik pengawas ahahaha. Sama ngan KAK CANAI bestpren ku dari dulu sampai skang. Heh. Tapi masa tuh dia kelas 3 Hijau.. aku 3 Merah. Time tuh terasa sepi sket since kawan baik takdek kan. Hahaa. Aku rasa cam boring la.. so ‘jahat’ aku menjadik-jadik. (lagi nak salahkan kak canai.. kalo dia ada pon sama je pangai ko weh hahaaha.)
Bila I jadik pengawas.. lagi le suka salahguna kuasa. Orang bising sket aku gi cubit. Sepit ketam aku power gak ooo. Kekadang guna kuku. Tuh lagi best. YA ALLAH TERUKNYA PANGAI KOOOOO. Ahaha.

Ada satu kes.. aku cubit sorang kawan tuh. Nama dia NOOR SALEHA (memang nama sebenar). Sian dia kalo ingat balik haha. Nape aku cubit.. aku dah lupa. Aku rasa kes dia eksen cakap
“arituh saya gi EMPORIUMMMMMMM KEMAMANNNN.” – sambil jeling-jeling aku.
(emporium=pasaraya yang bebudak zaman tuh terliur gileeeeee nak pegi, macam g KL la.. bila balik KL sume eksen idung kembang sampai abis 2 period kelas BM pun tak surut-surut lagi kembangnya.) so bila orang eksen.. bagi aku masa tuh.. aku haruslah cubit dia haha. NO KOMPROMI YE.
Pastuh 2-3 minggu lepas tuh.. ada sorang budak darjah 5 tanya aku.. masa kelas agama petang (aku masuk kelas budak darjah 5.. tak tau nape.. yang pasti terlebih advance le haha.) dia tanya aku.. “EH NINI, AWOK CUBIT NOOR SALEHA SAMPAI BERLUBANG KE?? DIA KATA MAK DIA NAK JUMPA AWAK.”
Wakakaka hampeh manade BERLUBANG. Aku jawab balik “MANADE BERLUBANG. EH MAK DIA KAWAN MAK SAYA LAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.”

Wakakaka padahal masa tuh aku takut. Cuak gile oooo. Tapi berlagak KOOL. Sebenarnya mak dia bukan kawan mak aku pun. Dahle mak dia garang ooooo. Cumanya mak aku penah hantar aku gi rumah dia.. sebab time tuh mak aku kebetulan nak gi rumah jiran Noor Saleha ni, depan rumah dia. Oleh sebab aku tak suka nak ikut mak aku dan join sembang-sembang orang tua.. (tak elok kan kita dengar perbualan orang tuaaaaaa..).. wakakaka konon la.. so aku guling-guling nak g umah Noor Saleha nih.
Masa gi umah dia tuh.. kami duk tolong mak dia kacip karipap. Mak dia buat karipap petang tuh.
Wahh koooooo.. orang dah kasi makan karipap pon ko bantai cubit anak dia gak ye! Hahaha.

Buat Noor Saleha Ghazali.. maafkan saya kerana masa tuh saya masih tak reti berfikir waras sangat lagi. Melampiaskan kemarahan semata-mata awak eksen dapat pegi EMPORIUM dengan cara mencubit itu saya tau perkara yang salah.. tapi saya tetap buat masa tuh ekekee.
Tapi yang pasti.. lengan awak TAK BERLUBANG pun kan. Mungkin gak awak cakap LEBAM. Tapi budak darjah 5 yang nama Mashitah tuh cakap berlubang. Dia salah dengar le kot. Hahaha seb baik Mashitah tuh tak kena cubit sama ngan aku. Harap aku tengah CUAK je masa tuh. Kalo dakkkkk.. (wakakaa tak insap-insap lagik nih.)
Itu je..
Lenkali cite lagi pasal kisah brutal zaman skolah.
blog ini adalah blog relax-relax suka-suka dan kadang-kadang hot hot. ahak ahak. sukak atau enggak gua tak paksa. gua hormat cara orang lain di blog masing-masing...begitu jugak gua harap orang dapat hormat cara gua di blog gua sendiri. kita buat hal masing-masing. baru best.. peace..
















