TUTORIAL MEMBUAT WATERMARK PADA VIDEO
Ok ini tutorial requested by PUAN NINA. Oh ye, lagi satu, tutorial ni untuk YANG BELUM TAHU, ye. Yang dah tahu, sila minggir, jangan duk bising cakap “ehhh dah tau lama dah.” Kalo dah tau, nape ko tak buat tutorial sama? Boleh aku tengok ko punye je takyah susah-susah google yang omputeh punya ni. Wakakakakaka.
Sebelum ni pun dulu ada mention aku nak letak tutorial watermark kat video nih kan.. tapi tup tup lupa terus. Ni ada orang request ok la kan.. trus teringat balik. Tahniah, nina sebab berjaya menjadi reminder akak, ok haha ala-ala reminder handphone ploks.
Ok aku guna VIRTUALDUBMOD untuk buat watermark kat video ni..
Satu sebab nampak senang.
Satu lagi sebab aku malas nak google lagi banyak tutorial hahaha. So masa tu ada aku jumpa 3.. yang aku paham dan rajin nak baca adalah 1 ni je. Kalo ada yang lagi senang aku tak tau la kan. Jadi, boleh google sendiri.
Oh ye. aku ambik kat sini, ya. http://forum.videohelp.com/threads/191496-Put-a-custom-watermark-on-your-video. Kasi credit banyak-banyak gitu hehe.
Ok memula..

1. DOWNLOAD VIRTUAL DUB MOD
Ok first thing, pegi ke sini dulu untuk download VIRTUAL DUB MOD : http://www.videohelp.com/tools/VirtualdubMOD

Kat bahagian DESCRIPTION, tengok bawah sket.. klik kat Download Sites > Download (Direct Link.)
Ok pastu sila lah download dengan jayanya. Pastu kita ke step 2.
2. CREATE WATERMARK.
***ok ini khas untuk create TEXT, ye. kalo nak tempek gambo/image watermark kat video pun boleh, ikut je step no.2 ni tapi replace text dengan image/pic pada bahagian background hitam yang aku akan mention lepas ni. ok? ***
Ok create lah watermark dulu. Boleh guna PHOTOSHOP, boleh jugak guna yang paling senang, PAINT. Guna je la pun takpe je coz watermark yang kita nak buat ni simple je dulu. In case nak buat yang cantik ada shadow ke hape ke, boleh la guna photoshop, yo.
Untuk yang nak guna PHOTOSHOP untuk buat watermark, boleh tengok panduan ni je. Ini panduannya. So korang skip je step 2 untuk tuto buat watermark guna paint ni since korang dah guna photoshop:
Createkan watermark size lebih kurang 260×60. Atau nak yang lebih besar atau kecik pun boleh. Tu suggestion saja. Pastu make sure background watermark adalah HITAM/BLACK, sementara FONT/TEXT COLOUR adalah PUTIH/WHITE. Then savekan ke file BMP (bitmap) atau TGA (targa.) Dua file tu je yang akan diterima kalo guna VIRTUAL DUB MOD ni. Pastu korang trus lompat ke step 3, ok.
Haaa untuk yang guna PAINT ni.. Sume pc and laptop ada kan? Ko jangan cakap takde plak. Pegi ke START> ALL PROGRAMS/PROGRAM> ACCESSORIES> PAINT.

Ok aku tunjuk dulu 3 icon penting untuk buat watermark simple ni.
1. FILL WITH COLOUR – untuk kita kalerkan background kita nanti.
2. TEXT – untuk tulis la apa nak tulis kat watermark tu nanti
3. RESIZE- untuk resize watermark.

Lepas tu.. RESIZE dulu watermark tu. Setkan dulu nak besar mana.
Untuk mula-mula ni.. try buat kecik dulu. Nanti lain kali.. boleh try buat besar lagi ke apa ke.
Ok untuk aku punya, aku buat size 260×60 (pixels).
Bila kita tekan RESIZE kat icon no.3 yang aku tunjuk tadi, automatik keluar box macam kat bawah ni.

So klik kat PIXELS, biarkan kosong box kecik kat MAINTAIN ASPECT RATIO tanpa tanda ‘tick’, dan masukkan bahagian
HORIZONTAL: 260
VERTICAL: 60
Ok dah.
Pastuh WARNAKAN BACKGROUND. Ok untuk background ni, sila pilih kaler HITAM/BLACK, ye.
So klik kat icon no. 1 (FILL WITH COLOR- refer pic memula untuk paint tadi).
Lepas dah klik, akan keluar icon macam bekas ink/dakwat kan.. pastuh pilih warna hitam kat bahagian COLORS.
Then pegi ke bahagian yang korang dah resize tadi, dan klik kat situ. Automatic jadi hitam.

Ok gambar bawah ni lepas korang dah klik kat situ dan jadi lah kaler hitam.
Ok lepas tu.. klik kat icon no. 2 (TEXT- yang huruf A tuh hah. refer gambar atas tadi yang aku letak no. 1,2,3 kat icon)
Pastu korang halakan mouse ke background hitam tu.. klik kiri, jangan lepas, buatkan satu kotak dalam bahagian background hitam tu. Alah macam nak drag pape kan..
Then tulisla apa yang korang nak tulis dalam tu.

Ok tengok pic bawah ni. Semua arrow yang ada tu adalah bahagian yang penting atau bahagian yang korang boleh guna untuk tulis text pada watermark ni.
Klik TRANSPARENT, bukan OPAQUE.
Make sure highlight kan text tu, then klik pada color yang dikehendaki.
Juga highlight text untuk adjust jenis font, size, dan style… nak bold ke tak ke.

Ok settle dah? Savekan.
Savekan ni dalam 2 jenis file je.
1. BMP (BITMAP).
2. TGA (tara) – yang nih kat paint takde plak.. kalo kat photoshop ada. so yang guna paint, save dalam BMP file, ok.

3. SETKAN WATERMARK KE DALAM VIDEO
Ok skang bukak VIRTUAL DUB MOD yang dah download tu.
Pergi ke FILE> OPEN VIDEO FILE
Pastu korang pilih la video yang korang nak tu.. then double klik ataupun klik ke video dan klik OPEN.

Pastuh pegi ke VIDEO > FILTERS
Akan keluar satu box, korang klik ADD kat bahagian tepi kanan tengah tu.
Dan akan keluar satu box lagi.. cari kat bahagian LOGO, dalam list bahagian kanan tu.
dan klik OK.

Lepas klik ok.. akan keluar box bawah ni.
Klik button no. 1 untuk:
Pilih FILE WATERMARK yang korang dah buat tadi.
Klik / tick box untuk no. 2
Jugak untuk no. 3
dan 4.
Lepas tu klik button no. 5, select lagi skali WATERMARK FILE korang tadi.

Ok dah settle yang tu.. korang ke bahagian bawah lagi.. tekan SHOW PREVIEW (NO.9). akan keluar lagi satu gambar untuk preview video. tengok bawah ni.
Lepas klik SHOW PREVIEW, akan keluar lagi satu windows untuk video tu.
Macam bawah ni. Nampak muka Afi dalam video tu kuar dalam lagi satu windows? Ha gitu la untuk previewnya.

Skang watermark dah ada dalam video tu.. korang nak TEXT WATERMARK tu nampak terang ataupun SEE THROUGH? boleh.
Pegi kat bahagian 6 (OPACITIY).
Adjust la di situ, nak brape percent hape sume.
Ok skang adalah masa untuk korang setkan position watermark tu.
Bahagian no. 7 dan 8 (refer pic atas tadi yang aku letak banyak nombor tu) adalah untuk setkan position watermak.
Boleh klik mana-mana button yang ada di situ.
TL-top left, TC- top center, TR – top right
ML- mid left, MC- mid center, MR- mid right
BL- bottom left, BC- bottom center, BR- bottom right
Andersteng? Main-main klik la situ tengok sesatu position yang terbaek di mata korang.
Dan boleh jugak adjust sket-sket lagi kat bahagian no. 8 (X- OFFSET dan Y- OFFSET- klik pada arrow atas dan bawah tepi tu.korang akan nampak watermark tu gerak ke kiri ke kanan ke atas ke bawah. so adjust la.)
4. SAVEKAN VIDEO.
Ok dah settle semua.. pegi ke FILE > SAVE AS.
SAVEkan ke dalam file AVI. (audio- video interleave)
dan akan keluar box untuk VIRTUAL DUB status.. tunggu abis dia loading and save. Tunggu saje.

Itu je.. pastu boleh la upload ke youtube contohnya. Settle.
Nak upload ke youtube plak ni lain cerita lain tutorial la plak kan.. ini tutorial untuk letak watermark kat video je dulu.

SELAMAT MENCUBA, BEBEH.










